Thursday 19 January 2023

Oh Kolesterolku!

Selepas 7 hari saya dan encik suami menjalani pemeriksaan kesihatan menerusi ujian darah dan ujian air kencing, pihak klinik menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan keputusan ujian sudah tersedia. 6 hari kemudian barulah kami berdua berkesempatan bertemu doktor untuk sesi konsultasi.

Sebelum masuk ke bilik konsultasi untuk bertemu doktor, staf klinik mengambil bacaan suhu badan, tekanan darah dan paras oksigen di dalam darah.

Kami kemudiannya masuk bersama untuk bertemu puan doktor. Di atas meja doktor sudah tersedia dua buah fail keputusan ujian kesihatan kami. Berdebar rasanya! Begitulah kan, nak terima apa-apa keputusan pun mesti ada terselit debaran.

Keputusan ujian kesihatan
Doktor mulakan sesi konsultasi dengan saya. Helaian demi helaian keputusan ujian di terangkan.

Keputusan ujian kesihatan
Tiba di helaian keputusan berkenaan tahap kolesterol, banyak pula angka dengan cetakan tebal (bold). Angka dengan cetakan tebal dan bergaris bawah menunjukkan keputusan ujian yang ‘bermasalah’.

Bacaan Total Cholesterol, LDL Cholesterol & Non-HDL Cholesterol saya menunjukkan melebihi tahap normal! Doktor menerangkan setiap bacaan dan apa yang perlu saya lakukan demi mencapai tahap kolesterol normal.

Menurut doktor, buat masa ini saya tak perlukan sebarang jenis ubatan. Cuma perlu mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan sihat dan rutin senaman. Ujian kolesterol boleh dilakukan sekali lagi selepas 3 bulan atau 6 bulan. Bacaan lanjut berkenaan apa itu lemak dan kolesterol serta panduan pemakanan, boleh klik DI SINI.

Atas saranan doktor disebabkan faktor umur melebihi 40 tahun, saya turut menjalani Ujian Penanda Jantung (Cardiac Biomarker Test) iaitu hs-CRP (High Sensitive C-Reactive Protein). Keputusan menunjukkan saya berada pada tahap ‘Average Risk’. Alhamdulillah. Tetapi saya perlu berjaga-jaga dan berusaha supaya berada pada tahap ‘Low Risk’ dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat. 

Saya catatkan di blog sebagai satu peringatan buat diri sendiri dan juga cabaran bagi mencapai bacaan tahap kolesterol normal. Ini akan saya lakukan bersama encik suami yang juga mempunyai masalah serupa.





22 comments:

  1. Sudah tahu apa yang bermasalah jadi bolehlah baiki.
    Alhamdulillah yang lain ok.

    ReplyDelete
  2. warning lah kira nya kan. tak pe. kena lebih mengamalkan pemakanan sihat. insyallah.

    ReplyDelete
  3. Teringat pulak ms sy dan en suami jumpa doc utk review lab report bln ogos dulu.. sy yg first time mmg berdebar.. lps ni nk buat di klinik kerajaan pulak

    ReplyDelete
  4. bila umur dah more 40 memang mcm2 kena jaga.. in sya Allah, boleh tu

    ReplyDelete
  5. dah check darah mcm2 blh tahu tahap ksihatan kita kan.. cuma tu la, lepas tahu kita plak risau.. hehe.. suami ni duk tangguh2 nk buat check up, dia duk risau sbb dia tahu dia makan xjaga kan..

    ReplyDelete
  6. keputusan atas pagar ye kak...sy belum pernah buat lagi ujian kesihatan ni umur dah 40an risau juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih tahap normal, tapi tak tinggi sampai perlu ambik ubatan.
      Umur 40 thn ke atas, patutnya kena buat kurang-kurang setahun sekali. Tapi akak ni pun buat beberapa tahun sekali 😅

      Delete
  7. Insyallah boleh dikawal lagi ini kak...

    ReplyDelete
  8. Bagus buat cek macam ni kan? Nak buat jugalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus dan perlu buat. Mencegah lebih baik daripada merawat kan..

      Delete
  9. mcm abe kie ni setiap 2 bln kena gi jumpa doktor. ngeri tul nak mengadap mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kesihatannya makin membaik, tak perlu kerap ngadap doktor.

      Delete
  10. Early detection, alhamdulillah masih boleh fix apa yg patut... Moga dipermudahkan semuanya puan

    ReplyDelete
  11. Take care Ujie. Insya Allah semakin baik semuanya nanti. Aamiin

    ReplyDelete
  12. Memang sebaiknya rutin pemeriksaan berkala macam nih. Saya pun dulu saat masih kerja, selalu pakai benefit medical check up dari kantor, tapi sejak dah resign tak pernah lagi. Rasanya memang harus walau pakai biaya sendiri. Lebih tahu apa yang salah daripada terlanjur parah

    ReplyDelete
  13. Kolesterol ni boleh dikatakan masalah orang kurus macam kita kan? Amalkan fish oil pun boleh membantu

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar, takut tu Kalau buat test ni tp bagus for kesihatan sendiri..Dapat kawal apa yg perlu. Sy pun tengah Cuba Cuba nak menjaga ni..sebab umur pun making meningkat...Sobbss

    ReplyDelete
  15. Semoga semuanya baik-baik sahaja ye sis.. Kena jaga pemakanan nampaknya..

    ReplyDelete
  16. Marilah amalkan gaya hidup sihat. Mencegah lebih baik dari merawat kan Ujie.

    ReplyDelete
  17. moga diberikan kesihatan yang terbaik buat akk dan suami :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****