Wednesday 18 January 2023

Mandarin Lokam

Buah limau mandarin a.k.a. mandarin lokam a.k.a. lokam, buah yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Hujung minggu lalu sewaktu ke sebuah pasar raya, saya lihat meriah bersusun kotak buah limau mandarin. Tapi saya tak membeli.

Semalam encik suami balik dari kerja, ditangannya menjinjing sebuah kotak berbentuk bulat. Kotak cantik dengan isinya bersusun 8 biji buah limau mandarin saiz L pemberian seorang kawan berbangsa Cina. Alhamdulillah rezeki.
Buah limau mandarin a.k.a. mandarin lokam a.k.a. lokam

Buah limau mandarin a.k.a. mandarin lokam a.k.a. lokam

Menurut laporan berita The Star, harga jualan limau mandarin tahun ini dijangka meningkat sehingga 40%. Hal ini disebabkan oleh gangguan pada rantaian logistik global, selain kadar pengeluaran yang berkurangan.

Buah limau mandarin 4 kg bersaiz kecil berharga RM19.80 sekotak (berbanding RM12.98 pada 2021), RM22.80 untuk saiz M (berbanding RM16.98 sebelum ini), dan sehingga RM32.80 untuk saiz XL (berbanding RM18.38 sebelum ini).






14 comments:

  1. Cantik kotaknya. Boleh guna semula.

    ReplyDelete
  2. Nk kena cr jgk la limau...rs 3 thn x mkn limau ni hahaa..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki...
    Limau mandarin ni kesukaan sy. Masam ke manis ke boleh je habiskan :)

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecil, selalu dapat buah ni, sebiji, 2 biji, jiran-jiran bagi. :)

    ReplyDelete
  5. kan mahal.sikit kali ni.
    ciknur beli giant dah 2 kali sb memang suka.mkn limau

    ReplyDelete
  6. Walaupun kalau makan limau mandarin selalu sakit tekak, tapi tetap jadi favorite saya. Suka sngt limau.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, cantek betul kotaknya.. Limau mandarin ni, kalau makan, susah nk stop. suka betul sy. Lagi la size2 besar ni kn, manis, berjus aje.. Kita tahun ni xdapat byk limau. So beli baru puas makan

    ReplyDelete
  8. Melambak-lambak limau saya dapat, rasa nak jual balik je. huhu

    ReplyDelete
  9. Dapat sekotak
    dah 2 minggu tak habis2 lagi

    ReplyDelete
  10. MA pun dpt dah, terus teringat nak update jugaks.. yum yum..manis cuma x leh makan byk sgt.takut batuk

    ReplyDelete
  11. Saya jadi ingat semasa kuliah di Penang, saya stayed dengan Chinese family. Jadi tiap tahun baru China, pasti saya kebagian juga jeruk nih 😄.

    Tapi di Jakarta ini pun banyak juga, cuma memang harganya mahal mendekati Chinese new year

    ReplyDelete
  12. tahun ni dapat 3 kotak limau mandarin . alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  13. Tahun nie rasanya tak makan lagi limau ini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****