Wednesday, 4 January 2023

Sasaran Membaca Buku Tahun 2022 Yang Kecundang!

Tahun 2022 merupakan tahun kedua saya merekodkan buku yang dibaca menggunakan aplikasi Goodreads dengan meletakkan sasaran 24 buah buku untuk ‘Reading Challenge 2022’.

Berikut merupakan ringkasan cabaran membaca saya bagi tahun 2022 :

20 buku telah dibaca dengan jumlah muka surat 3,643 halaman. Ia lebih baik berbanding tahun sebelumnya, saya hanya mampu menghabiskan bacaan 16 buah buku dengan jumlah muka surat 3,124 halaman (boleh lihat DI SINI).

Ini pula rekod judul buku dengan halaman paling sedikit dan paling banyak yang telah dibaca.

20 judul buku pelbagai genre yang telah saya baca pada tahun 2022. Ada beberapa judul yang saya baca dalam bentuk e-book. Tapi ternyata kurang rasa puas, mungkin sebab jemari tak dapat menyelak helaian kertas.

Ada sebuah buku dengan judul Abd. Rashid Harun : Antara Kedaulatan dan Pengorbanan yang telah saya baca tidak disenaraikan di Goodreads. Jadinya jumlah keseluruhan sebenar adalah 21 buah buku. Kurang lagi 3 buah buku untuk mencapai sasaran. Kecundang lagi! Haha…

Yang berlalu jangan sesali. Tahun ini kita sahut cabaran baru. Saya masih mengekalkan sasaran 24 buah buku untuk tahun 2023. Cukup banyak bagi saya yang bukan ulat buku. Semoga kali ini saya tidak kecundang lagi.




18 comments:

  1. semoga berjaya capai sasaran tahun ni Kak Ujie!

    ReplyDelete
  2. 21 buah buku dibaca adalah jauh lebih banyak dari saya. Tahniah, Ujie. Teruskan amalan membaca, dan semoga dapat capai sasaran pada tahun ni. You can do it!

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Banyak juga 21.
    Harap tahun ini tercapai untuk baca 24 buah buku.

    ReplyDelete
  4. bagusnya akak saya ni lepas kahwin mood nak membaca tu kurang sampai kadang2 membaca tapi fikiran melayang,tahun ni ada juga azam nak banyak membaca sebanyak yg boleh tapi tak tau la azam kelaut ke tak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah lama tak membaca, memang payah nak mulakan - mudah hilang fokus. Akak pun gitulah..hehe. Caranya, kena paksa diri baca tiap hari walau sikit. Lama-lama baru datang rasa seronok dan boleh fokus.

      Delete
  5. Banyak tu..
    Apapun semoga tahun 2023 lebih banyak..Orang banyak membaca,selain banyak info katanya dapat mengelak nyanyuk..wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, antara cara nak elak nyanyuk - banyakkan membaca yang memerlukan otak berfikir. Kita usaha mana yang boleh.

      Delete
  6. Well done 👍 !
    Sy pun lebih suka buku fizikal berbanding e-book. Puashati dapat pegang buku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH.
      Hehe..itulah, saya cuba2 baca e-book, kot bolehlah kurangkan buku fizikal. Tapi nampaknya rasa kurang seronok.

      Delete
  7. wahhhhhhhhh banyaknyaaaa 21 buku tu kak! 3 je lagi nak capai tp kira dah banyak dah tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ana, 21 buku tu pun bukan mudah. Banyak godaan media sosial 😄

      Delete
  8. Banyak juga tu, tapi biasalah kak Ujie, kita pun banyak urusan lain. Kuantiti sedikit tak apa, janji dapat banyak ilmu dan pengajaran dari bacaan

    ReplyDelete
  9. oklah tu kak, dana lagi sendu lagi menyendukan

    ReplyDelete
  10. Terbaik sis.. Teruskan semangat membaca..
    Chayook!! Chayook!! Yang penting pada Sha adalah membaca..

    ReplyDelete
  11. Sahut cabaran baru tahun 2023 kak. Semoga tercapai misi tahun ni. Chaiyuk²

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****