Wednesday, 25 January 2023

Kusemai Iris Berbunga Tulip

 
Kusemai Iris Berbunga Tulip
Judul : KUSEMAI IRIS BERBUNGA TULIP
Penulis : Gabungan Penulis
Penerbit : Ulul Albab Publication
Tahun terbit : Cetakan Pertama 2022
Jumlah halaman : 216


Bacaan buku pertama saya bagi tahun 2023. Sebuah naskhah himpunan karya oleh 31 orang penulis. Buku yang saya miliki ini merupakan pemberian kakak saya, selaku salah seorang penulis. Menariknya, di dalam naskhah ini mengandungi penulisan cerpen beliau yang pertama. Teruja saya mahu membacanya!

Karya yang dimuatkan di dalam naskhah ini bertemakan pengalaman para penulis ketika berada di luar negara. Seronok membaca pengalaman hidup yang berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia. Kadangkala saya merujuk aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi yang menjadi latar cerita. Cuma pembacaan saya agak terganggu bila ada hasil penulisan yang melakukan banyak kesalahan ejaan.

Saya kongsikan dua buah karya yang menarik perhatian saya :

Syahadah
Kisah perjalanan sekumpulan guru dan anak murid ke Jepun untuk program pengantarabangsaan. Anak-anak murid kemudiannya diserahkan kepada keluarga angkat. Saya suka pesanan yang diberi oleh guru kepada anak murid :
“Ingat ya, solat jangan tinggal. Jaga aurat. Hormat dengan keluarga angkat. Kamu semua bukan sahaja duta sekolah tetapi juga duta Malaysia dan duta Muslim.”
Tinggal bersama keluarga angkat yang berlainan agama, tentunya timbul beberapa isu. Di sinilah saya lihat pentingnya peranan guru membimbing anak murid dalam menangani persoalan yang timbul. Tentang makanan halal, tentang aurat.

Pengakhiran kisah dengan judul Syahadah ini membuat saya terasa sebak. Sesungguhnya walau di mana kita berada, kita merupakan duta agama yang kita anuti. Orang bukan Islam tidak melihat bagaimana Islam menurut ajaran kitab, tetapi mereka menilai apa yang dilihat pada diri seorang Muslim.


Epilog Cinta Semalam
Karya berlatarkan bumi Basel, Switzerland ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan gaya bahasa yang sedap dibaca. Pertemuan semula Azalea dengan Zohaib atas satu tugasan membuka semula kisah percintaan mereka sewaktu menuntut di universiti. Cinta yang tidak berakhir dengan perkahwinan.

Zohaib yang sudah berkeluarga bertindak seolah mahu menyambung semula perhubungannya bersama Azalea. Bagaimanakah reaksi Azalea? Pengakhiran cerita ini menjelaskan sisi tegas dan fikiran jernih Azalea dalam menangani persoalan hati.

Memetik kata-kata penulis :
“Tetapi dengan iman senipis kulit bawang, berupayakah dia menangani keadaan dan menangkis godaan sekiranya terus-terusan diuji dengan soal hati dan perasaan? Mampukah dia terus mengempang paluan ombak rasa daripada singgah dan meninggalkan jejak di pantai hatinya?”


 ————————————————————

Syabas buat kakak saya, Azizah dengan cerpennya berjudul Syahadah. Satu permulaan yang menurut saya cukup baik. Semoga terus bersemangat menghasilkan karya bermutu. Jemput ikuti YouTube beliau DI SINI.

Terima kasih juga atas kesudian menghadiahkan naskhah Kusemai Iris Berbunga Tulip ini buat saya. Saya ambil semasa pulang ke kampung di Johor tempohari. Terus saya memotret buku ini dengan latar persekitaran di rumah Mak kami.






18 comments:

  1. Bagaimana boleh terlepas suntingan penerbit untuk kesalahan ejaan?
    Apapun memang seronok baca pengalaman penulis di luar negara. Realiti kehidupan. Boleh ambil pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...harap penerbit lebih peka hal ni untuk terbitan seterusnya.

      Delete
  2. Wah, tahniah untuk kakak kak Ujie. Sayang juga ada kesalahan ejaan. Takde proof reader kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal.
      Akak pun terfikir, agaknya memang tak ada buat proofread.

      Delete
  3. Tahniah buat kakak kak Ujie menghasilkan karya utk buku. Saya pun sama, mood jadi terganggu kalau terlalu byk kesalahan ejaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Carneyz.
      Betul, beberapa kali ok lagi. Bila banyak, berkerut dahi baca sebab rasa terganggu.

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah utk Kakak puan 👍
    Stress bila baca buku ada typo :(

    ReplyDelete
  5. Saya pun sama macam Ujie. Rasa kurang best bila ada kesalahan ejaan masa membaca.
    Tahniah pada kakak Ujie, yang karyanya diterbitkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..rasa terganggu fokus membaca.
      Terima kasih Nur.

      Delete
  6. Saya suka judul-judul begini....

    ReplyDelete
  7. Menarik ulasan cerpen Syahadah tu.
    Memang besar tanggungjawab 'duta' ke luar negara yang berbeza agama dan budaya. Setuju sangatlah kalau dikatakan orang Jepun atau orang bukan Islam melihat agama kita berdasarkan tingkahlaku penganutnya.

    ReplyDelete
  8. Naskah yang sangat menarik.. Tahniah buat kakak sis..
    Cover buku pun cantik..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^