Wednesday 3 August 2022

Suasana Malam Yang Meriah di Pantai Cenang

Dalam entri sebelum ini, saya catatkan suasana petang di Pantai Cenang. Pada waktu malamnya pula, kami keluar sekali lagi untuk melihat bagaimana suasana malam di sini.

Kami keluar agak lewat, iaitu hampir pukul 10 malam disebabkan encik suami sibuk menyiapkan tugasannya. Saya ok saja, sebab saya rasa malas nak keluar pada waktu malam. Tapi kalau tak keluar, tak tahu pula bagaimana suasana malam di kawasan Pantai Cenang ni kan?

Dari Nadias Hotel, kami cuma perlu melintas jalan untuk ke kawasan pantai. Walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 malam, suasana di Jalan Pantai Cenang tetap sibuk dengan para pelancong dan kenderaan yang lalu lalang.

Suasana malam di Pantai Cenang, Langkawi
Beginilah rupa di Dataran Cenang. Meriah sungguh dengan kehadiran para pengunjung, lampu berwarna-warni dan bunyi muzik yang menghidupkan suasana.

Suasana malam di Pantai Cenang, Langkawi
Eh, tak tahulah mana satu ejaan yang betul - Pantai Cenang atau Pantai Chenang?

Suasana malam di Pantai Cenang, Langkawi
Dari Dataran Cenang, kami menuju ke pantai. Kelihatan para peniaga masih menjalankan operasi mereka. Di suatu sudut sana, kelihatan orang ramai berkumpul.

Suasana malam di Pantai Cenang, Langkawi
Oh, rupa-rupanya ada fire show. Patutlah pada waktu petang tadi kami lihat orang-orang sibuk berulang-alik membawa bean bag ni ke pantai. Saya tak pasti bagaimana cara atau caj dikenakan untuk menonton pertunjukan ini. Kami terus saja menyertai para pengunjung yang berada di bahagian luar pita merah putih.

Suasana malam di Pantai Cenang, Langkawi
Fire show oleh kumpulan anak muda. Saya lihat semuanya seperti masih di usia remaja.

Suasana malam di Pantai Cenang, Langkawi
Pelbagai aksi dilakukan oleh mereka. Memang cekap dan berani. Tak lama kami berdiri menonton fire show ni, datang dua orang remaja lelaki menghulurkan sebuah tabung. Saya tak begitu jelas apa yang dituturkan, tapi maksud tabung tersebut adalah untuk meminta kita memberikan bayaran seikhlasnya. Oh, begini caranya. Persoalan saya sudah terjawab. Kecuali penonton yang duduk di bean bag, rasanya sudah ada bayaran tetap.

Kami kemudiannya beredar ke bahagian pantai yang lebih tenang. Walaupun sudah lewat malam, masih ramai yang bersiar-siar di sini. Yelah, bukan selalu dapat datang.

Menikmati waktu malam di pantai. Bulan bersinar cantik.

Kami menghabiskan masa di pantai sekitar satu jam. Mata saya sudah mengantuk, tapi perut pula memanggil untuk diisi. Kali terakhir kami makan adalah pada pukul 6 lebih petang tadi. Jadinya dari pantai, kami terus menuju ke KFC yang terletak di Cenang Mall. Di sini, rata-rata tempat makan masih meriah seolah-olah malam masih muda.

Bagi yang sukakan suasana meriah, kawasan Pantai Cenang ni memang sangat sesuai. Bagi saya yang lebih gemarkan tempat yang tenang dan tidak ramai orang, suasana di sini agak menyesakkan. Tapi sesekali merasai suasana di tempat orang, pun bagus juga. 


Video berdurasi 0:48 minit, sedikit gambaran suasana kemeriahan di Pantai Cenang.



13 comments:

  1. Cantik suasana malam di sekitar pantai cenang

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok Ujie jalan-jalan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Angah, sesekali jalan2 😊

      Delete
  3. Wah pukul berapa Pantai Cenang akan tenang tiada orang agaknya.
    Nasib baik dapat makan walaupun lewat malam. Terus tidur lena lepas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah pukul berapa, dah lewat malam pun masih meriah gitu 😅

      Delete
  4. Dari video Ujie, agak bahaya aksi pertunjukan api tu ye, dia datang dekat dengan penonton pulak tu. Meriah suasana waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...kita pulak yang risau tengok aksi gitu.

      Delete
  5. Wah, meriahhh. Hari hari ada ke.. teringin pulak ke sana.... Nak jugak tengok pantai meriah memalam.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Nona, tak pastilah hari2 atau hujung minggu je ada fire show ni.

      Delete
  6. memang meriah. suasana macam ni sesekali boleh lah. rasa lebih selamat juga. bilalah nak ke sini lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi pun kalau tak meriah gini, tak merasalah jalan2 malam kat pantai.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****