Thursday, 4 August 2022

Bila Hujan Di Sepanjang Hari…

Masih lagi catatan di bumi pulau Langkawi. Cerita bulan Julai, tapi ‘rajin’ sangat menulis, itu yang sampai ke bulan Ogos tak siap entri. Banyak juga catatan lain yang tertangguh. Beberapa minggu terakhir ini, ada beberapa hari dalam setiap minggu saya menemani encik suami bekerja di luar kawasan. Bila di luar, memang jaranglah saya menulis blog. Bila dah balik rumah, sibuk menguruskan hal-hal di rumah dan melayan penat badan. Umur semakin meningkat, stamina pun semakin berkurang. Lagi pula tak rajin bersenam macam blogger Nur. Kalau nak stamina sentiasa dalam keadaan baik, kenalah rajin bersenam. Bukan tak tahu, tapi itulah nak cari semangat untuk konsisten bersenam itu yang susah.

Berbalik kepada cerita entri ini. Semasa hari terakhir kami di Langkawi, hujan mulai turun pada awal pagi dan berterusan sehinggalah kami naik feri pada waktu petang. Sampai di Kuala Kedah dan balik rumah di PP pun hujan masih tak berhenti. Cuma kadang-kala lebat, kadang-kala gerimis dan kadang-kala hujan berhenti seketika. Keadaan cuaca ni sesuai dengan ramalan cuaca yang saya semak sebelum ke Langkawi - diramalkan peratusan terjadinya hujan tinggi pada hari tersebut. Sebab itulah saya aturkan supaya aktiviti Mangrove Tour dibuat pada pagi hari pertama kami di sini.

Kalau tak hujan, kami nak naik Cable Car untuk ke Skybridge. Tapi sebab hujan, kami menghabiskan masa dengan membeli coklat dan pusing-pusing Langkawi dengan kereta sajalah. Siap terperangkap dalam kesesakan di hadapan sebuah sekolah rendah sebab lalu pada waktu puncak (ibu bapa penjaga nak ambil anak di sekolah).

Ke mana je kami pergi? Biarlah foto-foto berikut yang meneruskan cerita…

Coklat Langkawi
Kami masuk ke sebuah kedai coklat yang terletak di Jalan Pantai Cenang.

Coklat Langkawi
Coklat Whittaker’s Slab Almond Gold/Peanut - RM12.90. Ada orang kirim, kami beli juga satu bungkus Peanut. Sedap! Rugi beli satu je.

Coklat Langkawi
Nutella Spread dan Lotus Biscoff Spread. Kami beli Lotus Biscoff Spread Crunchy 400g - RM13.90. Tertera di situ, harga promo. Kalau harga biasa di sini, tak tahulah berapa. Beli saiz kecil sebab tak pernah makan kot tak sedap. Sekarang dah sebulan, isi tinggal di dasar botol je. Sedap ke tak sedap tu? 

Stesen Minyak Petronas, Harbour Park, Jalan Pantai Kok.
Singgah isi minyak kereta di stesen minyak Petronas. Lain macam reka bentuk stesen minyak ni. Ni gambar sisi bangunan. Nak ke tandas, kena pergi bahagian tengah bangunan. Ada lagi yang menarik di sebelah stesen minyak ni…

Telaga Harbour Park & Marina Langkawi
Kelihatan deretan kapal layar di sebelah bangunan stesen minyak. Oh, rupanya inilah Telaga Harbour Park & Marina. Sebuah pelabuhan untuk kapal layar dan perahu layar. Sementara encik suami mengisi minyak kereta, saya sibuk memotret foto di sini di dalam hujan gerimis. Nak turun ke laluan bawah tu pun boleh, tapi lain kali jelah semasa cuaca cerah. Berjalan masa hujan/mendung, foto pun kurang menarik.

Telaga Harbour Park & Marina Langkawi
Macam seronok je kalau dapat belayar dengan kapal layar kan…

Menara MAHA LANGKAWI
Pusing-pusing di pekan Kuah. Sampai di Menara MAHA yang masih dalam proses akhir pembinaan. Tapi di waktu malam sudah pun meriah dengan lampu yang bertukar warna. Boleh lihat pada video di entri INI.

Selepas tu kami cari kedai makan. Buka aplikasi Google Maps, buat carian ‘makan sedap near me’. Belek satu persatu senarai kedai makan yang dipaparkan, baca ulasan, baca waktu operasi. Dah jumpa kedai, jomlah kita pergi makan. Alhamdulillah jumpa kedai makan yang sangat memuaskan hati. InsyaAllah catatannya pada entri terakhir di Langkawi.



19 comments:

  1. rambang mata tengok coklat byk2 mcm tu...membukit tingginya...cantiknya petrol station, nmpk klasik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...tak tau nak pilih mana satu. Ambik itu sikit ini sikit, bila bayar banyak jugak jadinya πŸ˜…

      Delete
  2. Coklat Whittaker's kacang memang ketagih makan.
    Memang sedaplah itu kalau sapuan Lotus Biscoff Crunchy tinggal isi di dasar. Saya cuba sapuan biasa (yang licin) pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya, saya ingat entri NA pasal Lotus Biscoff tu.
      Lain kali memang nak kena beli banyak Whittakers peanut πŸ˜€

      Delete
  3. aduh kak geramnya nengok semua jenis coklat tu, rambang mata hujan ribut tak ku hiraukan heheheh

    ReplyDelete
  4. Seronoknya masuk kedai yang penuh dengan chocolate. Rugi tak beli, kalau datang dari jauh. :)
    Cantik bangunan stesen Petronas tu. Bila hujan, terbantut sikit aktiviti berjalan tu, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...tak banyak aktiviti boleh dibuat.

      Delete
  5. PH pernah sampailah Petronas tu 😍
    Nak kena dtg semula kalau nak naik cable car nampaknya puan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik kan Petronas tu..

      Sebenarnya cable car dah pernah naik. Tapi masa tu Skybridge belum ada. Tu yang teringin nak naik lagi. Memang kena datang semula la kan 😁

      Delete
  6. Ni yg rindu nak pergi langkawi - rindu masuk kedai coklat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan yang bahagia kan dapat tengok coklat banyak2 πŸ˜„

      Delete
  7. Lama tak singgah Langkawi.. Last masa tadika duluuu... Lol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena singgah tu Nona. Dah lama sangat, memang dah jauh berubah terutamanya Pantai Cenang.

      Delete
  8. nasib baiklah dah buat aktiviti outdoor hari sebelumnya. hujan memang terbatas pergerakan. tapi shopping pun best jugak. memang aktiviti kegemaran ramai kalau ke Langkawi. tak beli periuk belanga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak, ada la belek2. Susah pulak nak beli bawak naik feri πŸ˜„

      Delete
  9. Minggu lepas memang ujan je
    kat kl pun. Pg membawa ke ptg

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****