Sunday, 7 August 2022

Pencemaran Pemandangan


Foto diambil pada 20 Julai 2022 di Lebuhraya Utara Selatan sewaktu saya dalam perjalanan dari PP ke arah KL.
Setiap kali melalui jalan ini, pengguna lebuhraya akan disajikan dengan pemandangan di atas - bukit yang ditarah dan hilang kehijauannya. Pandangan mata juga turut tertarik pada papan iklan yang tertera ayat ‘TANAH…SUMBER YANG TIADA GANTI’. Hmm…’sesuai’ sangatlah papan iklan tersebut dengan latar belakang tanah bukit yang ditarah.

Sebenarnya bila diteliti, papan iklan tersebut kepunyaan Jabatan Pertanian dengan ayat seterusnya ‘Lestarikan Pertanian Anda’. Jadinya ia bukanlah berkaitan dengan tanah bukit yang ditarah di belakangnya tu. Bukit tersebut ditarah untuk aktiviti kuari, bukan untuk aktiviti pertanian.

Antara agensi yang bertanggungjawab memantau industri kuari adalah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Walaupun pemilik kuari sudah mendapat hak untuk operasi kuari, tetapi alangkah baiknya jika boleh membiarkan bukit yang tersergam di laluan lebuhraya ini kekal hijau. Keadaan sekarang ni memang sangat menyakitkan mata dan hati saya setiap kali melalui tempat ini. Ianya satu pencemaran pemandangan. Sayang sekali, Ipoh yang indah dengan panorama perbukitan batu kapur dicemari dengan pemandangan begini.


8 comments:

  1. Hati saya pun sakit, mata saya pun sakit! Pamandangan darat fizikal yang cacat!

    ReplyDelete
  2. Sakit mata dan sakit hati jika bukit digondolkan kerana kerakusan manusia :(

    ReplyDelete
  3. Dari jauh boleh nampak. Memang sakit hati betul.

    ReplyDelete
  4. Buklt yang ditarah berpotensi untuk tanah runtuh jika tiada aktiviti kawalan yang insentif

    ReplyDelete
  5. memang mencacatkan pemandangan... cakap tak serupa bikin kan kak

    ReplyDelete
  6. kebetulan yang menakjubkan. seolah-olah papan tanda tu perli aktiviti kuari di belakangnya walaupun takde kena-mengena

    ReplyDelete
  7. Hmm.. Tak cantik dah view .. adoi...

    ReplyDelete
  8. bukit yg ditarah hilang kehijauan tu , sakit mata pulak tengok pemandangan macam ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****