SABTU | 30.07.2022
Bagi peminat alam semula jadi dan mereka yang sukakan aktiviti merentas hutan (jungle trekking), Cameron Highlands menawarkan sekitar 14 denai hutan (jungle trail) untuk diterokai.
Hasil carian di internet, saya dapati denai hutan #4 (Jabatan Perhutanan ke Parit Waterfall) menawarkan laluan paling mudah, tak memerlukan juru pandu arah dan mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan bagi satu hala. Manakala denai hutan #5 (MARDI ke denai hutan #3) adalah laluan kedua paling mudah, tak memerlukan juru pandu arah dan mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan bagi satu hala.
DENAI HUTAN #5 | MISI YANG TAK TERLAKSANA
Saya memilih untuk ke denai hutan #5 (MARDI ke denai hutan #3) kerana lokasi MARDI yang terletak tak begitu jauh dari penginapan kami iaitu di The Cool Point Hotel. Jadinya bolehlah saya dan encik suami berjalan kaki dari hotel menuju ke MARDI, tak perlu naik kereta pada hari Sabtu yang sesak dengan kenderaan di jalan raya.
Berpandukan Google Maps (carian : Jungle Trail 5), saya pilih mod berjalan kaki. Kami melintasi jalan, kemudian berjalan di laluan taman rekreasi dan padang awam, sehinggalah kami tiba di MARDI - Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands.
Tiba di kawasan parkir, kami ambil jalan ke kiri (dalam gambar). Seorang pengawal yang berada di situ bertanya, “Nak pergi mana?”. Saya jawab, “Trail 5”. Pengawal tadi menganggukkan kepala. Selepas itu baru kami faham kenapa dia bertanya, sebabnya kawasan taman agro ni tidak semua berpagar. Jadinya ada kemungkinan orang boleh masuk melawat (melalui bahagian yang tak berpagar) tanpa membayar tiket di kaunter. Kami pula tidaklah berminat nak masuk taman agro ni sebab dah pernah masuk beberapa kali sebelum ini.
Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan tar yang mendaki. Kami berjalan perlahan saja dek kepenatan dan sambil menikmati keindahan flora di sepanjang laluan. Setelah berjalan sejauh 1.3 km (berdasarkan kiraan jarak di Google Maps), akhirnya kami tiba di laluan permulaan denai hutan #5. Lokasinya bersebelahan dengan deretan rumah peranginan KoMARDI.
Tapi tak jauh pun kami berjalan, langkah kami terhenti bila melihat denai permulaan yang tak begitu jelas. Tertutup dengan rumput-rumput tinggi. Bimbang pula kalau kami masuk dan sesat, terpapar berita berkenaan sepasang ‘remaja purba’ diselamatkan setelah tersesat di hutan Cameron Highlands. Haha! Tambahan pula masing-masing dah kurang semangat sebab dah kepenatan mendaki jalan tadi. Maka, seorang ajak patah balik dan seorang lagi setuju aje. Yaa…sudah. Begitulah berakhirnya misi denai hutan yang tak terlaksana.
Marilah kita berpatah balik. Beginilah laluan kami tadi. Ni foto semasa nak menuruni jalan. Masa naik tadi tak larat dah nak berfoto-foto. Layan jaga pernafasan je sambil sesekali berhenti sebab terpesona memerhati bunga-bunga cantik yang tumbuh liar di tepi jalan dan di dalam semak belukar. Seronoknya di CH ni, cuaca nyaman sejuk je. Langsung tak berpeluh. Jadinya selesa jelah sepanjang berjalan.
SANTAI PAGI DI PADANG AWAM MDCH
Dah tak jadi jalan-jalan dalam hutan, marilah kita jalan-jalan di padang awam saja. Sebuah padang yang dijaga baik dan lengkap dengan kemudahan untuk orang awam beriadah.
Di tepi padang ada disediakan laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal (warna biru). Sebelah tu aliran Sungai Bertam. Dasar sungai bukanlah batuan atau pasir, tapi dah disimen mungkin untuk memudahkan kerja pembersihan. Memang bersih pun sungai ni, sedap mata memandang.
Orang lain berbasikal, berjoging atau berjalan kaki, saya pula sibuk memerhati dan memotret sana sini.
Selain disediakan bangku batu di tepi laluan, di sini terdapat beberapa buah tempat rehat berbentuk tube.
Di seberang padang sana, kelihatan Masjid Abu Bakar dan bangunan sekolah.
Dari padang, kami menuju ke Taman Keputeraan pula. Lokasinya cuma bersebelahan dengan padang awam tadi.
Terdapat sebuah menara jam dan taman permainan kanak-kanak.
Eh, ada almari comel menempatkan bahan bacaan. Usaha yang baik! Saya ambil masa lama sedikit di sini sebab menyusun bahan bacaan yang bersepah-sepah tu. Sakit mata saya tengok. Ada buku berbahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.
Beginilah saya apabila ke tempat yang penuh dengan hijau alam. Sibuk memerhati dan memotret segala yang terlihat menarik di mata saya. Walaupun akhirnya banyak yang kena delete, sebab tak semua yang cantik dipandang mata, akan nampak cantik dalam bentuk foto.
Letak satu foto bunga sebagai kenangan.
Ok, itu sajalah catatan riadah pagi kami di Tanah Rata, Cameron Highlands. Keseluruhan masa yang diambil adalah sekitar 1 jam 30 minit dan dapatlah 6,000 langkah untuk pagi ni. Alhamdulillah, seronok dapat jalan-jalan menikmati udara pagi yang nyaman di CH. Orang pun tak ramai, tenang je.
Terasa nYamannya udara pagi
ReplyDeleteNasib baik sedar laluannya tidak selamat. Dibuatnya berkobar-kobar masuk juga mungkin cerita lain dicoretkan.
ReplyDeleteJalan dalam cuaca yang nyaman ini yang seronok. Kurang berpeluh.
nyaman udara pagi di CH..mmg best aktiviti jalan kaki...aktiviti yg jarang dilakukan oleh pengunjung CH...kalau entry CH mesti aktiviti2 melawat tempat2 femes utk tourist...yelah, bukan selalu ke CH..hehe..
ReplyDeletecantiknya kak, kalau jalan-jalan taman cuaca sejuk mesti tak terasa penatnya kan kak...
ReplyDeleteKalau tak pasti better jangan pergi kan, nanti tak pasal-pasal viral satu Malaysia. Oklah tu janji exercise
ReplyDeleteNasib baik tergerak nak stop ye... Hehee btw nmpk aman je waktu suasana nya kan
ReplyDeleteMemang best kalau cuaca sejuk je.. Kaki jela letih sikit.. badan sejuk. errr.. sy pun takut nak hiking kalau kalau tempat tu penuh semak macam takda orang lalu...Huhu..
ReplyDeleteEhh, nice nya ada tempat kecik diletakkan buku tu... Takda yang curi ehh.. Mantap
iyea la baik patah balik..takot klo sesat ha..ehh klo saya pon mesti susun buku tu..hahah dah mmg keje susun buku
ReplyDeleteKak Ujie ni boleh berkawan dgn mak saya. Dia pun kalau berjalan2 di luar selalu ambik gambar bunga / rama2 / pemandangan hijau.
ReplyDeleteWah.. Syoknya berjalan-jalan begini.. pondok buku tu nampak menarik..
ReplyDelete