Tuesday, 2 August 2022

Nadias Hotel, Langkawi

Saya dan encik suami berada di Langkawi cuma dua malam. Pada malam pertama, kami menginap di HIG Hotel yang terletak di Kuah. Pada malam kedua, kami menginap pula di Nadias Hotel yang terletak di Pantai Cenang. Sengaja kami menginap di dua hotel berbeza untuk merasai pengalaman di Kuah dan Pantai Cenang.

Terdapat banyak pilihan penginapan di Pantai Cenang. Kami memilih Nadias Hotel atas faktor lokasinya yang strategik - cuma perlu melintas jalan untuk ke Dataran Cenang / pantai dan berdekatan dengan deretan kedai yang menawarkan pelbagai servis dan barangan (termasuk kedai bebas cukai). Juga faktor utama, hotel ini mendapat ulasan yang baik dari aspek kebersihan bilik.

Pada awalnya saya sangka hotel ni kepunyaan Melayu sebab nama Nadias (Melayu biasanya Muslim di negara kita). Di kaunter hotel pun saya lihat semua staf perempuan bertudung. Tapi lepas tu saya nampak sana sini diletaknya iklan promosi minuman keras. 

Bilik penginapan kami. Alhamdulillah memang saya puas hati, bilik dalam keadaan bersih dan baik. Memang selesa.

Tapi ada satu kejadian, waktu tu dah melepasi tengah malam dan saya terjaga daripada tidur dek bunyi riuh oleh sekumpulan perempuan Melayu. Mereka rancak berbual sambil ketawa kuat. Saya sangka suara riuh tersebut akan berakhir bila mereka sampai ke bilik masing-masing. Tapi tak, mereka terus berbual di depan bilik sambil ketawa kuat. Hilang sabar pula saya. Saya bangun dari katil dan buka pintu sedikit untuk menegur perbuatan mereka. Salah seorang daripada mereka meminta maaf dan kemudian masing-masing terus beredar. Lepas tu encik suami mengusik saya, katanya “..ada makcik garang kat sini”. Amboi. Kita bukan saja nak jadi garang, tapi dah mengganggu ketenteraman terpaksalah ditegur.

Tandas / bilik mandi berkeadaan baik.

Kawasan parkir terletak di bahagian belakang bangunan hotel. Agak jauh juga kita perlu berjalan kaki dari kawasan parkir ke lobi hotel dengan membawa beg. Mujur juga kami bawa beg galas belakang, tak begitu penat menjinjing beg.

Harga bilik penginapan di sini tidak termasuk sarapan pagi. Boleh tambah duit kalau nak bersarapan di sini. Kami memilih untuk bersarapan di kedai tepi jalan tak jauh dari Pantai Cenang.

Ok, lepas ni bolehlah kita tengok suasana di Pantai Cenang. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Pantai Cenang adalah sekitar 20 tahun lalu. Tapi masa tu saya tak ada blog, jadinya tak ada catatan suasana pada masa tersebut dan nama tempat penginapan kami. Sekarang ada blog, saya catatlah segalanya sebagai memori pada masa akan datang.




16 comments:

  1. Seronok ada blog kan Ujie. Boleh tulis catatan perjalanan. Kalau nak imbas semula kisah lama, boleh baca. Samalah, dulu saya pun tak ada blog. Ambil gambar pun pakai kamera, filem kodak. Sekarang tengok semula, gambar dah kuning-kuning. Catatan? Lagilah tak ada. Hanya dalam memori ingatan sahajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan...dulu nak ambil gambar kena fikir2, sebab kamera guna filem. Nak berjimat. Tak boleh suka2 memotret itu ini 😀

      Delete
  2. Bersih hotelnya. Kali terakhir jejak kaki ke Langkawi tahun 2019 sebelum Covid.

    ReplyDelete
  3. Perasan gak hotel ni masa kami pegi dulu.. Mmg ada niat gak nak cuba stay kat sini klu ada rezeki dtg lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki Ako datang Langkawi lagi.

      Delete
  4. compom ke yang akak tegur tu manusia betul bukan cik akak POn heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih...bukan rambut panjang, confirm la tu.

      Delete
  5. Oh, kalau saya pun bengang juga kot, orang buat bising tengah-tengah malam.

    ReplyDelete
  6. Eloklah tegur. Alhamdulillah mereka terima teguran dengan baik.
    Saya pun lama tidak pergi Pantai Cenang. Elok coretkan untuk ingatan.

    P.S:Saya pun tulis apa-apa walaupun remeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena hargai sekecil-kecil perkara, baru hidup rasa bahagia kan..

      Delete
  7. alamak, sape tu kena tegur, tapi memang betul pun, bila jumpa kawan-kawan kadang-kadang leka. saya pun ingatkan Nadia's ni hotel orang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun terfikir gitu gak, kita sendiri pun kdg lupa diri bila berkumpul. Tak perasan dah ganggu orang lain. Tu yang akak tegur ckp elok2 je.

      Delete
  8. Cantik dan nampak selesa tengok keadaan bilik . Tapi tue la fak selesa bila ada guest lain buat bising . Lagi2 sampai dengar dalam bilik kita kan ..

    ReplyDelete
  9. selesa hotelnya...dulu2 masa takde blog, selalu update di facebook, sekrg facebook dah kurang aktif..byk tulis catatan di blog..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****