Aktiviti Mangrove Tour kami berakhir sekitar pukul 1 petang. Dari Jeti Tanjung Rhu, kami bercadang untuk ke beberapa buah pantai dan air terjun dengan panduan aplikasi Google Maps.
PANTAI TANJUNG RHU
Pantai Tanjung Rhu terletak berdekatan dengan Jeti Tanjung Rhu. Sebenarnya boleh je berjalan kaki dari jeti, tapi kami naik kereta sebab tak perasan adanya laluan yang menghubungkan kedua tempat tersebut.
Di kawasan Pantai Tanjung Rhu ni terdapat deretan kedai cenderamata. Juga beberapa buah kedai makan berhampiran pantai. Suasana di sini agak tenang, tak begitu ramai pengunjung. Pengunjung yang ada pun rata-rata semuanya pelancong asing. Terasa seperti kita pula yang sedang melancong di negara orang.
Pantai Tanjung Rhu - pantai yang cantik dengan panorama deretan pulau kecil. Masa ni cuaca sedikit mendung, foto yang diambil pun jadi agak gelap.
Apa yang menariknya di Pantai Tanjung Rhu ni? Kewujudan fenomena air laut surut penuh yang menyebabkan terjadinya ‘laut terbelah’ hasil pembentukan beting pasir di pantai ini. Menurut info, fenomena tersebut berlaku sekali atau dua kali dalam setahun. Semasa berlakunya fenomena tersebut, kita boleh berjalan kaki ke pulau terdekat. Menarik!
Cuma ada satu perkara yang saya kurang selesa di sini, disebabkan rata-rata pengunjung merupakan pelancong asing maka masing-masing lelaki perempuan berpakaian mandi yang tidak sopan. Sebab itulah saya tak merakam foto penuh suasana di pantai ini. Mungkin ada yang berpendapat, biasalah tu orang putih memang begitu pakaian mandi mereka. Bagi pendapat saya pula, kalau kita ke negara orang maka sewajarnya kita ambil tahu dan hormati budaya setempat. Bagi pihak kita pula, kan bagus kalau kita berani tetapkan etika pemakaian pakaian mandi yang sopan di pantai-pantai awam. Di kolam renang atau pantai persendirian, itu cerita lain. Pakaian mandi yang sopan tu bukanlah suruh orang putih menutup aurat patuh syariah, tapi memadai pakaian yang tidak mendedahkan bahagian atas tubuh sehingga ke bahagian atas lutut. Prinsip saya, rumah kita cara kita.
PANTAI PASIR HITAM
Destinasi seterusnya, kami ke Pantai Pasir Hitam. Nak tengok hitam macam mana pasir di sini.
Mula-mula sampai sini, saya tercari-cari mana jalan nak ke pantai yang terletak di bahagian bawah. Yang kelihatan cuma deretan kedai makan dan taman permainan. Oh, rupanya kita perlu menuruni anak tangga berwarna-warni ini untuk ke pantai.
Pemandangan yang cantik - ada buaian, bot-bot nelayan dan pulau-pulau kecil.
Tapi sayangnya masa ni air laut pasang. Tak dapatlah nak berfoto di buaian tersebut.
Hitam tak pasir di sini? Menurut pemerhatian saya, pasir di sini tidaklah hitam sepenuhnya. Ia seakan-akan pasir pantai yang bercampur dengan kotoran berwarna hitam. Ada kemungkinan juga pasir di pantai ni akan lebih jelas hitam sewaktu air laut surut.
Jadinya, macam mana pasir di pantai ni boleh berwarna hitam? Ianya disebabkan kandungan tourmalin dan ilmenit yang banyak di dalam batuan granit Gunung Raya telah menyebabkan kawasan pantai ini berwarna kehitaman.
HUJAN…
Seterusnya, kami menuju ke Pantai Pasir Tengkorak dan Air Terjun Temurun yang terletak di Jalan Datai. Kali ini kereta dipandu melalui jalan berbukit. Jalan ini merupakan laluan yang sama untuk ke The Datai Langkawi - penginapan bertaraf 5 bintang.
Hanya mampu merakam foto hujan lebat di balik cermin kereta. Lokasi : Air Terjun Temurun. |
Sewaktu di pertengahan perjalanan, hujan mulai turun. Setibanya kami di kawasan Air Terjun Temurun, hujan turun bertambah lebat. Kami tunggu juga beberapa ketika di situ, dengan harapan hujan akan berhenti. Selain kami, ada beberapa kenderaan lain bersama. Tapi nampaknya bukan rezeki kami. Disebabkan tiada tanda-tanda hujan akan berhenti, kami pun ambil keputusan berpatah balik. Walaupun terselit rasa kecewa tak dapat nak tengok air terjun, tapi segera ingat bahawa setiap sesuatu itu adalah aturan Allah. InsyaAllah ada rezeki di lain masa. Eh, kena datang Langkawi lagi la ya? Alasan yang tak kukuh…hehe.
cantik view dua pantai ni...yg ada bot2 tu lg menarik.....
ReplyDeleteKan..bot-bot tu buat foto nampak lebih hidup.
DeleteTgk airlaut terasa kedamaian sgt2
ReplyDeletetp hilangg mood kalau akak nmpak pelancong berbikini he he rosak.pandangan
Itulah, tak dapat kita nak berlama-lama kat situ.
DeleteRajin Puan Ujie dan suami meneroka pantai dan air terjun. Memang pencinta alam semulajadi.
ReplyDeleteNampaknya kena datang lagi. Hehe tambah tempat baru yang belum pergi.
Hehe..iya, saya rasa lebih tenang dan seronok kalau dapat lihat keindahan alam semulajadi.
DeleteWaktu hujan memang tak elok pergi ke kawasan air terjun, takut kepala air. :)
ReplyDeleteUniknya, nak turun ke pantai, kena turun tangga. Warna-warni pulak. Ceria tengok.
Saya pernah terbaca tentang pantai yang Ujie cerita di atas. Ramai orang kita dah suarakan, sebab pelancong luar pakai seksi di situ.
Haa..iya betul pasal kepala air tu. Syukur jugak lebat tak boleh keluar.
DeleteSepatutnya pihak berkuasa tempatan boleh je buat sesuatu - beri peringatan, letak notis etika berpakaian. Tak salah pun sebab kita budaya timur, orang luar yang masuk patut hormat budaya kita.
Walaupun mendung, gambar tetap cantik.
ReplyDeleteHehe..tengok depan mata memang cantik, bila ambik gambar eh gelap pulak.
DeleteKena datang lagi ni time air surut pula ;-) kes nak bergambar juga di buaian tu hehehe...
ReplyDeleteHihi...ada banyak alasan kena datang lagi ya.
Deletepantai ni tak sesuai ye untuk mandi-manda? mat saleh berjemur tak cukup kain tu memang rasa nak tercabut biji mata kalau nengoknya. huhu
ReplyDeletePantai Tg Rhu tu sesuai untuk mandi. Tapi pantai Pasir Hitam macam tak sesuai, tak berapa ada pantai dan banyak bot dekat situ.
DeleteLama tak pergi sini dah nampak banyak kelainan tu .makin cantik tempat ni
ReplyDelete