Sejak semalam, dah dua kali saya terima SMS yang mengajak untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Seumur hidup memang belum pernah saya menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.
Kebetulan pada hari Selasa 23 Ogos 2022 yang lalu, saya dan encik suami pergi ke Kuala Lumpur. Sewaktu dalam perjalanan ke hotel penginapan di Brickfileds, kereta kami melalui kawasan Dataran Merdeka.
Dapatlah saya melihat dari kejauhan persiapan yang sedang dilakukan untuk sambutan Hari Kebangsaan. Tentu meriah sambutan tahun ni selepas kita ‘berkurung’ selama dua tahun.
Persiapan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. |
Ada yang merancang pergi ke Dataran Merdeka esok pagi? Saya rancang nak masuk hutan esok pagi, entah jadi entah tidak. Semoga jadi, dah lama sungguh tak menikmati suasana hutan.
Naniey pun tak pernah pergi sambutan merdeka kat Dataran. Selalu tengok kat TV je. Teringin juga nak pergi tapi sekarang ni endemik dan ada anak kecil belum sesuai lagi nak ke sana. Rancangnya nak pusing pusing atas jalan je kang tengok bunga api.
ReplyDeleteElok gitu Naniey, memang belum sesuai untuk anak kecil.
DeleteTentu meriah sambutan merdeka kali ini. Selamat Hari Kemerdekaan buat Ujie. Mudah-mudahan dapat masuk hutan. Take care!
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat masuk keluar hutan 😊
Deletesaya Insha Allah pergi esok. ikutkan kurang gemar tempat sesak tapi dah kawan baik ajak, pergi jelah temankan. harap dapat cari port redup
ReplyDeletePergi la Sal, ambik pengalaman. Sekali seumur hidup, jadiklah kan..
DeleteKat Bukit Fraser banyak laluan untuk jungle trekking.. boleh di cuba nanti..
ReplyDeleteInsyaAllah en.mie, entah bila nak naik Bukit Fraser.
DeleteSaya merancang untuk mengemas rumah cuti esok hari.
ReplyDeleteRancangan yang bagus, hari kerja sibuk, hari cutilah masa yang ada kan..
Deletekak ana duk depan tv je tengok, faktor kesihatan tak begitu baik sekarang ni :) selamat hari kebangsaan ...
ReplyDeleteSemoga Allah beri kesembuhan buat kak Ana.
DeleteLama tidak pergi Dataran Merdeka.
ReplyDeleteJadi ke pagi tadi masuk hutan?
Selamat hati kemedekaan Puan Ujie.
Alhamdulillah jadi NA 😊
Deleteso... bila nak upload post 'menghutan'?
ReplyDeleteHahaa...InsyaAllah esok lusa.
DeleteAlhamdulillah sambutan kali ni meriah. Bukan setakat di Dataran Merdeka tp sy lihat di kebanyakan premis dan kenderaan persendirian ramai yg kibarkan bendera 🇱🇷
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul. dah 2 tahun agak sepi sambutan, tahun ni mesti semangat.
DeleteSalam kemerdekaan ..meriah sambutan kemerdekaan tahun ni kan
ReplyDeleteBukan tak nak, tapi kebetulan mak ada di KL masa ni jadi dah janji bawak dia makan angin di Cameron Highlands. Cemburu jugak tgk kawan2 upload IG story tgk perarakan pagi tadi.
ReplyDeleteSelamat hari Merdeka 65.
ReplyDeleteCiknur duk kl pun tgk kat tv je he heemcm tak sanggup redah lautan manusia
Memang meriah giler. Saya tengok rakaman video di tik tok, tinjauan udara, penuh manusia di Dataran Merdeka. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka Sis..
ReplyDeleteMeriah betul sambutan merdeka kali ini.. Ramai gila orang..
Saya tak pergi pun.. Tengok perkongsian di media sosial je..