Rabu | 27.07.2022
Kalau dulu, nak lalu jalan naik ke Cameron Highlands pada waktu malam memang tak berani. Tapi sejak berpindah ke utara dua tahun lepas dan disebabkan tuntutan kerja encik suami, sudah kerap kali kami melalui Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dan Jalan Ringlet - Sungai Koyan pada waktu malam. Bukan sengaja nak naik waktu gelap, tapi terpaksa bila itu saja masa yang ada. Memang saya rasa bimbang setiap kali perlu melakukan perjalanan malam di laluan berbukit dan berliku-liku dengan hutan belukar di kanan kiri jalan, tetapi saya kuatkan hati dengan banyak berdoa dan berzikir memohon bantuan Allah.
Dan kali ini, buat pertama kali kami perlu melalui Jalan Gua Musang - Cameron Highlands pula pada waktu malam. Perjalanan dari rumah di PP bermula pada pukul 4.30 petang. Berhenti sekejap di R&R untuk menunaikan solat Asar. Lebih mencabar, hujan turun di sepanjang perjalanan dari rumah sehinggalah kami tiba ke destinasi iaitu Gua Musang. Kadang-kala hujan lebat dan kadang-kala hujan gerimis.
Jalan Gua Musang - Cameron Highlands, pukul 8.35 malam. |
Syukur juga kami tak perlu melalui jalan ini pada waktu lewat malam atau awal pagi. Masih di awal waktu malam, ada kenderaan lain yang sama-sama melalui jalan ini. Walaupun bolehlah dikira dengan jari, tapi sekurang-kurangnya sesekali ada juga kenderaan yang memotong kereta kami. Di laluan bertentangan pula, lebih banyak kenderaan termasuklah lori-lori membawa muatan kayu balak.
Apakah cabaran apabila kita melalui jalan ini pada waktu malam? Selain daripada cabaran bentuk muka buminya yang berbukit dan berliku (boleh lihat DI SINI), kita perlu lebih peka pada kerosakan struktur jalan dan keadaan berkabus. Ada suatu ketika tu, keadaan berkabus tebal sehingga menyukarkan pandangan. Masa ni encik suami memandu dengan sangat perlahan sebab tak nampak jalan. Syukur situasi tersebut tidaklah lama dan tak ada kenderaan lain bersama kami.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Gua Musang sekitar pukul 10 malam. Singgah dahulu di Warong Muse sebelum daftar masuk di Welcome Inn Hotel. Masa ni hujan gerimis.
Set sup daging dan minuman limau suam, hidangan yang sesuai untuk kami yang sedang kesejukkan. Syukur ada Warong Muse, mudah untuk kami menikmati hidangan yang memenuhi cita rasa apabila datang ke Gua Musang.
.
cantiknya gambar bukit tepi kedai makan tu kak... Dana dan Edy pun sangat jarang but perjalanan jauh yang memerlukan lalu jalan yang gelap waktu malam. Kadang kita bukan takut hantu betul tapi lebih takut hantu kepala hitam (perompak)
ReplyDeleteSeram jugak tgk jalanraya gelap gitu bukannya takut hantu, tapi takut kereta atau lori berenti tepi jalan yang kita tak nampak, lubang atau binatang melintas / lepak atas jalanraya kan. Syukur selamat sampai ke Gua Musang
ReplyDeleteMencabar memandu waktu malam. Lagi dengan cuaca hujan dan jalan tidak elok. Pernah juga lalu Gua Musang tengah malam masa abah kerja di KB. Ada rasa seram sesetengah tempat.
ReplyDeletesyukur jugaklah ada hotel dan gerai makan di kawasan Gua Musang tu. kalau kena teruskan lagi, parah jugak. saya paling takut memandu malam begini sebab saya silau. berselisih dengan lori rasa berdebar je
ReplyDeleteKena hati2 extra
ReplyDeleteSelain perlu lebih berhati-hati, keadaan kenderaan juga perlu diperiksa/ diselenggara kan puan...
ReplyDeleteMoga sentiasa dilindungi & dipermudahkan urusannya 🤲
Memang seram jln sini.
ReplyDeleteSemoga dilindungi , mohon.pd Allah
Gelap sungguh nampaknya tu.. Moga akak sekeluarga sentiasa dilindungi Allah dalam perjalanan pergi dan balik kerja yaa.. Amin
ReplyDeletedrive memamalam kena hati hati
ReplyDelete