Tuesday, 6 August 2024

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching

Sambungan catatan trip ke Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak pada bulan Mei lalu. Entri sebelum ini - Eksplorasi Hutan TNB | Laluan Teluk Pandan Besar (Bahagian Akhir).

__

Selesai urusan daftar masuk dan ambil backpack besar di bilik simpanan beg, kami berjalan menuju ke kawasan penginapan yang terletak di bahagian belakang bangunan Park HQ.

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching
Deretan penginapan yang dihubungkan dengan platform kayu. 

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching
Penginapan kami - Forest Lodge Type 6 House 2. Rupa-rupanya bilik sebelah dihuni oleh pengunjung yang naik bot bersama kami pagi tadi - dua orang perempuan warga UK (United Kingdom). Mereka sedang duduk berehat di beranda sewaktu kami baru tiba. Kami bertegur sapa ringkas dan segera masuk bilik untuk berehat selepas penat jungle trekking. Hajat nak jalan-jalan di pantai depan bangunan Park HQ pada waktu petang juga terpaksa dibatalkan. Kami perlu berehat sebab waktu malam akan ikut serta aktiviti night walk.

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching
Beginilah rupa bilik penginapan kami. Sebuah bilik yang luas tetapi tidak begitu kemas dan tidak bersih. Mujur juga saya dah baca ulasan di internet, jadinya tidaklah saya terkejut dapat bilik begini 😅

Nak pijak lantai pun rasa tak selesa, melekit dan rasa berpasir. Syukurlah cadar nampak bersih, bolehlah buat tidur walaupun tilamnya tak selesa sebab lembik. Bila duduk atau baring jadi tenggelam dan susah nak bangun semula. Mujurlah cuma menginap satu malam.

Penginapan di sini tak sediakan tuala mandi dan keperluan asas mandian, tapi tak jadi masalah sebab dah dimaklumkan lebih awal dan kami memang sentiasa bawa barang keperluan sendiri.

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching
Bilik air luas tetapi tidak bersih, nampak macam dah lama tak diberus lantai dan dindingnya. Juga perkara-perkara lain yang tak menyenangkan, tapi tak payahlah tulis panjang-panjang.

Seperti dimaklumkan oleh petugas kaunter pendaftaran, air paip di sini berwarna kemerahan (coklat kemerahan) kerana punca air dari hutan sekitar. Hutan kerangas dengan air kemerahan merupakan hutan paling luas di Taman Negara Bako, jadi tak hairanlah mengapa air paip juga berwarna kemerahan. Nak tengok warnanya bagaimana? Boleh lihat di entri INI.

Walaupun dah tahu warna air begitu, tapi kerap kali juga saya terkejut bila melihat air warna kemerahan keluar dari kepala paip dan sewaktu flush tandas 😄. Rasa air kemerahan ini sedikit kelat dan terasa sedikit melekit di kulit.

Bilik penginapan kami - Room 1.

Pemandangan dari tingkap bilik kami. Boleh nampak bangunan Park HQ.

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching
Suasana di luar pada waktu malam.

Lupa nak ambil foto penginapan kami pada waktu siang, cuma foto ini yang ada. Hasil foto oleh Encik Suami - kaki saya ‘hilang’ dan bangunan penginapan tak nampak penuh. Tak boleh nak marah, kena sabar je 😆

Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching
Foto pada pagi hari kedua - saya sedang duduk bersantai di bangku beranda, terkejut tengok di luar beberapa ekor babi berjanggut (bearded pig) sedang berkeliaran mencari makan. Tapi tak perlu takut sebab babi jenis ni tak ganggu orang dan cuma berkeliaran di kawasan tanah.

__

Secara keseluruhan, menurut pendapat saya - penginapan di Taman Negara Bako memang tidak menawarkan keselesaan tetapi menawarkan peluang penginapan di dalam kawasan taman negara dengan harga rendah. Setakat pengetahuan saya, tiada taman negara di Semenanjung Malaysia yang mampu menawarkan peluang penginapan di dalam kawasan taman negara dengan harga rendah. Boleh maklumkan saya jika ada ya.

Harga bilik penginapan kami cuma RM50/malam. Kalau perlu naikkan sedikit harganya untuk tambah baik bab kebersihan, itu lebih bagus.

__

Cara tempahan penginapan | Bagi yang berminat, boleh buat tempahan secara online di laman ebooking.sarawak.gov.my. Buat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan. Saya buat tempahan kira-kira tiga minggu sebelum tarikh menginap.



…bersambung catatan seterusnya - aktiviti night walk.







37 comments:

  1. Satu perkara yang saya perlu akui ialah kualiti penginapan dan hotel di Sarawak masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan. Sebab tu saya jarang2 staycation masa masih menetap di Sarawak dulu melainkan hotel tu bawah jenama antarabangsa macam Miri Marriott, Pullman atau Mulu Marriott. Hiasan bilik yang outdated, perabot bilik macam tilam yang tak di upgrade, makanan hotel yang tak menarik dan kebersihan bilik yang tak memuaskan (tak semua tempat) antara perkara yang saya rasa operator hotel di Sarawak kena improve.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebersihan tu paling utama dan asas bagi servis penginapan. Tak kisahlah kan bilik harga mahal atau murah, tetap perlu dalam keadaan bersih.

      Teringin pulak nak menginap di Mulu Marriott. Tak pernah sampai Mulu.

      Delete
  2. Suasana semula jadi yang menarik

    ReplyDelete
  3. Air jernih kemerahan seperti entry lepas.. Tak apa warna sebab akar kayu dan duan kering.. elok utk kesihatan tu hihii.. Pasal penginapan tu what if tak ada orang lain yg check in melainkan kita.. Harga murah tu RM50.00 semalam.. Tak selesa tapi cukup utk tidur dan berehat serta mandi.. Klau camping lagi susah tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula nak berkumur dengan air merah tu memang ragu-ragu jugaklah 😄

      Betul, memang lebih selesa berbanding camping.

      Delete
    2. if saya nak dtg nanti .. akan bawa extra air mineral utk minum dan gosok gigi hihii

      Delete
    3. Hehe…kalau tak sanggup kumur air kelat, memang kena bawa air sendiri.
      Kat kafe ada jugak jual air minuman botol besar, tapi mahal sangat RM5 sebotol 😅

      Delete
  4. wahhh rm50 / 1 mlm mmg murah sgt tu tp kalau up sikit harga & lebih bersih msti lg ok hehe

    ReplyDelete
  5. Kagum sy tengok betapa bersemangatnya cara Ujie bercuti, lain dari yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni macam mak saya cakap, kau ni lain dari yang lain. Orang suka pergi bandar, kau suka masuk hutan 😄

      Delete
  6. Persekitaran nampak damai, tapi kalau toilet out, saya pun tak berapa gemar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa hadap sebab nak jugak menginap di taman negara 😄

      Delete
  7. ya Allah.. seronoknya.. terasa kampungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung yang rare ni…babi berkeliaran macam ternakan.

      Delete
  8. kebersihan bilik air sgt2 diperlukan walaupun tempat lain x bersih.. huhuhuhu.. ngeri pula membayangkan sebab pernah hadap toilet yg sgt2 tidak menyenangkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laju-laju je akak buat urusan di bilik air tu, tak sanggup nak berlama 😅

      Delete
  9. alaa agak mengecewakan juga kualiti kebersihan bilik penginapan tu kan, tapi itu lah pengalaman juga bila berada di kawasan pedalaman begini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul…kita ambil semua ni sebagai satu pengalaman.

      Delete
  10. Hehe kalau saya nampak babi memang automatik rasa hendak jauhlan diri.
    Murah betul harga bilik penginapan. Ini memang tidak boleh cerewet dengan keselesaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak jauhkan diri, sana sini ada babi 😂
      Kita jalan atas platform, dia tengah berkubang kat tepi tu. Lalu jelah tepi dia walau rasa takut-takut jugak.

      Ya, bayar RM50 kena hadap jelah.

      Delete
  11. Kemudahan seadaanya, sesuai dgn harganya dan Sy rasa tujuannya lebih kpd sekadar menginap bukan utk keselesaan.
    Sejuk tak kat sini? Selalunya dalam hutan sejuk malam²...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudahan seadanya tu saya boleh terima, tapi tak bersih tu yang macam susah nak terima 😅

      Tak sejuk 😂. Kita ni beria bawak baju sejuk konon tidur hutan. Mungkin sebab penginapan ni dekat dengan pantai/laut dan bukan di tengah hutan.

      Delete
  12. Bilik nampak bersih dan kemas, tapi kalau melekit dan berpasir agak rasa takmselesa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak selesa rasa tapak kaki lekit dan berpasir.

      Delete
  13. Bab kebersihan tu penting juga. Kalau tak menjaga bab itu rasanya sayang sekali. Saya rasa macam nak bagi ada je. Mungkin kena ada penambahbaikan di situ. Alamak....ada babi ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babi memang banyak kat sini, macam haiwan ternakan berkeliaran 😄

      Delete
  14. Mungkin sebab tak ramai orang yang menginap dan di dalam hutan kot kak sebab tu agak tak terjaga. Kalau dana diberi pilihan memang takkan menginap apatah lagi hutan bukan tempat kegemaran dana hehehhe. Tapi suka tengok yang tenang-tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ramai jugak yang menginap sini, geng mat salih.
      Memang ada pengurusan yang tak ambil berat pasal kebersihan, walaupun kat hotel tempat ramai orang menginap.

      Delete
  15. Memang rasa kurang selesa kalau bab kebersihan dan kekemasan kurang diutamakan. Sewaktu saya menginap di Lembah Danum, sempat berteriak melihat pacat meliuk-lintuk di bilik air!

    ReplyDelete
  16. Penginapan seperti ini lebih cocoknya buat backpacker sepertinya ya sis, mereka hanya butuh tidur dan lanjut perjalanan,sedang kita perempuan lebih ke tempat yg bersih dan nyaman 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa…benar. Rata-rata yang menginap memang backpacker warga luar - orang putih.

      Delete
  17. Walau rasa tak selesa tapi tetap rasa puas dapat pergi ke tempat yang kita suka.

    ReplyDelete
  18. Bagus juga ada platform tu, mudah nak berjalan ke tempat penginapan. Kalau tidak nampak macam lecak mesti sulit nak berjalan. Tempat penginapan begini jarang nampak yang bersih. Kira kenalah dengan harga tu. Tapi yelah kalau mahal sikit dan bersih pengunjung OK je rasanya kan. Satu pengalaman yang menarik walaupun penginapannya kurang selesa.

    ReplyDelete
  19. seronok duduk dlm kwsn taman negara, dapat tengok haiwan jinak dtg berkeliaran...RM50 per night murah betul..x brp bersih tu still bearable..kalau Taman Negara Pahang siap ada resort..Mutiara Resort...mmg mahal ler..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****