Mulanya saya nak buat tajuk ‘Suatu Senja..’. Sebabnya semasa kami jalan-jalan di Pantai Cenang ni sudah pun menghampiri pukul 7 malam. Tapi kalau senja mestilah ada gambar matahari terbenam dan langit yang berubah warna. Ni tak nampak pun bayang matahari, jadi saya buat tajuk ‘Suatu Petang..’ jelah.
Suasana meriah di Pantai Cenang. Foto diambil dari Dataran Cenang. |
Setelah hampir 20 tahun tak ke Pantai Cenang, terasa suasana di sini begitu jauh berbeza. Jika dulu, suasana di sini tenang saja dan pengunjung pun tak ramai. Tetapi hari ini, suasana begitu meriah dengan pengunjung dan para penjual. Tak seperti Pantai Tanjung Rhu yang menjadi tumpuan pelancong asing, di sini rata-rata wajah orang Malaysia. Ada terselit juga wajah-wajah asing, tapi mereka tidaklah berpakaian mencolok mata.
Masya Allah…indah alam ciptaan Allah yang memberi rasa tenang. |
Saya dan encik suami berjalan menyusuri pantai sambil berbual tentang perubahan Pantai Cenang yang kami saksikan. Satu hal yang nampaknya tak berubah, Pantai Cenang masih kekal indah mempesona. Sambil berjalan, kami mencari juga di mana letaknya chalet penginapan kami suatu masa dahulu. Chalet kayu ala rumah kampung yang terletak di tepi pantai. Buka je pintu bilik, terus nampak lautan. Tapi nampaknya dah tak wujud chalet sebegitu di sini. Semua berganti dengan bangunan tinggi atau deretan bilik.
Pandangan di suatu sudut pantai, kenderaan pacuan empat roda sedang sibuk membawa pulang jet ski. Dah lewat petang, masing-masing menghentikan aktiviti air. Tentu tadinya suasana di sini sangat meriah.
Selepas puas menghirup udara petang di pantai, kami mulai bergerak pulang ke hotel penginapan. Melewati celah-celah bangunan yang dibina agak rapat. Kalau dulu, dari jalan raya kita boleh terus nampak pantai. Tapi hari ini, pantai yang indah terlindung di sebalik deretan bangunan penginapan dan kedai. Inilah harga sebuah kemajuan, kawasan Pantai Cenang mengalami perubahan pesat.
Harga penginapan di sini mesti lagi mahalkan?
ReplyDeleteBiasa semua akan berubah.
Hampir 20 thn lalu, penginapan kami di sini cuma RM50 untuk chalet ala rumah kampung. Murah untuk penginapan menghadap pantai. Sekarang kalau nak penginapan elok dan betul2 hadap pantai, entah berapa harganya 😅
DeleteBanyak perubahankan di pulau lagenda ni... Kali terakhir ke sini hampir 10 thn lepas.
ReplyDeleteMemang indah pantai Cenang
ReplyDeletepantai semuanya cantik...
ReplyDeletecantik pemandangannya
ReplyDeleteIni pantai yang paling happening kat langkawi!
ReplyDeleteAgak ramai orang juga, ye. Landai pantainya. Saya memang lupa langsung pantai cenang ni, sebab last sekali datang, masa budak-budak.
ReplyDeleteMemang best . Tenang je buka2 pintu bilik nampak seluas lautan pantai
ReplyDeletedulu banyak chalet backpacker macam di Perhentian. bukak pintu je nampak laut. sekarang takde dah ye. harapnya walaupun dah moden, kebersihan masih terjaga. pengunjung pun kena berfikiran moden juga
ReplyDelete