Wednesday 17 August 2022

Outdoor Expo 2022

Pada awal bulan Ogos, saya menemani encik suami ke Selangor kerana encik suami perlu bertugas sempena berlangsungnya pameran MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism). Tapi tidaklah saya ikut bersama ke MAEPS Serdang tu, penat pula seharian di sana nanti.

Cenderahati MAHA 2022
Kenangan dari MAHA 2022, dapat beras 5 kg jenama Ladang’57, roti Gardenia dan minuman coklat EcoBrown. Alhamdulillah.
Encik suami bertugas pada hari Sabtu, jadinya hari Ahad tu dah boleh bergerak balik ke PP. Sebelum balik tu bolehlah kalau saya nak ke MAHA. Tapi saya tak berminat pula nak ke MAHA kerana ada acara lain yang lebih menarik minat saya dan encik suami. Tak laratlah kalau nak pergi ke dua tempat pameran dalam sehari dan lepas tu nak balik ke utara pula.


AHAD | 07.08.2022
OUTDOOR EXPO 2022

Kami memilih untuk ke Outdoor Expo 2022 di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Selangor. Ini merupakan kali pertama kami ke pameran dan jualan sebegini. Satu pengalaman baru.

Kami tiba di sini sekitar pukul 11.15 pagi. Pengunjung sudah pun ramai sebab Outdoor Expo ni sudah pun bermula seawal pukul 8 pagi. Gerai pameran dan jualan berada di dalam dan di luar dewan.

Outdoor Expo 2022
Pameran oleh Tentera Darat Malaysia pun ada. Bolehlah bergambar sambil memegang senjata api di sini.

Outdoor Expo 2022
Jungle survival, tapi cantik siap anyaman. Hehe.

Outdoor Expo 2022
Ada tiga syarikat dan orang persendirian pembuat pisau dan parang yang turut mempamerkan dan menjual hasil kerja tangan mereka. Semuanya orang Melayu. Menarik buatan pisau dan parang yang dihasilkan. Tapi saya tak berpeluang memotret secara dekat pisau dan parang tersebut kerana bersesak dengan pengunjung lain.

Outdoor Expo 2022
Ini pula acara yang sedang berlangsung di dalam dewan. Ada gerai-gerai pameran dan jualan juga di dalam ni. Tak begitu luas, sekejap je dah boleh habis pusing satu dewan.

Kami berada di Outdoor Expo ni hampir satu jam. Seronok juga sebab kita dapat lihat produk depan mata, jadi mudahlah nak bertanya lanjut. Encik suami lebih tertarik dengan pisau, saya pula tertarik dengan pakej aktiviti luar. Dari aspek harga, hampir semuanya dijual pada harga biasa. Kecuali barangan aktiviti berkhemah, memang banyak juga potongan diberi. Inilah tujuan pameran diadakan, iaitu untuk memperkenalkan produk masing-masing kepada peminat aktiviti luar.

Kami meninggalkan tempat ini setelah membeli sebuah alat pengasah pisau dan pakej penginapan Sedim Rainforest Resort, Kedah. Selain tu, para pengunjung yang mendaftar diri juga diberi cenderahati shopping bag Decathlon. Kalau dulu, beg tersebut kami dapat percuma saja setiap kali berbelanja di Decathlon. Sekarang dah kena bayar RM5 untuk sebuah beg. Beg Decathlon ni memang berkualiti baik, tahan lama. Beg yang kami dapat beberapa tahun lalu masih kami gunakan sehingga hari ini.







23 comments:

  1. tak pi MAHA...oo..takde buat apa dlm hutan, tu yg sempat anyam daun kelapa...hihi...menarik dua2 expo ni...kena dtg kuale kangsar, boleh tengok pembuatan golok perak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semangat pulak nak ke MAHA kali ni. Tu yang tak pergi.
      Menarik pembuatan golok. Dah boleh jadi duta Kuale ni Nohas 😃

      Delete
  2. Rindu suasana begini. Di LD jarang ada. Terpaksalah keluar daerah lain seperti ke Sandakan atau KK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah...expo begini ada di bandar besar je. Lebih ramai pempamer dan pengunjung.

      Delete
  3. Ingat singgah MAHA apabila baca awal-awal perenggan.
    Rupanya selidik aktiviti dan peralatan luar. Nampaknya tidak lama lagi pergi Sedim Rainforest. Bilalah itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...InsyaAllah dalam tahun ni jugak. Belum pilih tarikh.

      Delete
  4. Seronok tgk update member yg bertugas di MAHA... mcm meriah jugaklah.. iyalah lama dah xde event mcm ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami akak kata, memang sangat meriah & sesak. Dah 4 tahun takde MAHA.

      Delete
  5. Baca komen2 byk merungut tentang Maha so x jadi la pergi he hee

    ReplyDelete
  6. mustilah akak pilih yg outdoor expo dekat dengan jiwa akak n suami kan

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Booth di luar kan? Saya ada pergi jugak nak tengok demo dibuat, tapi susah nak tengok sebab orang ramai berkumpul.

      Delete
  8. Peminat aktiviti outdoor mesti ramai yang berkunjung ke sini kan.

    ReplyDelete
  9. both pun saya terlepas tak dapat pergi. Adeh. Tak sabar menanti cerita staycation di Sedim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pergi pun lagi Sal...hehe

      Delete
    2. hahaha. Insha Allah kak Ujie dan suami akan pergi nanti. Saya tunggu cerita di blog ni

      Delete
  10. tahun ni tk bertugas di maha sbb tak brp sihat...ikutkan kena bertugas stiap kali event..nk plak kalini maha selepas pandemic kan...last bertugas 2018

    ReplyDelete
  11. Tak tahu pula pasal outdoor expo ini.. Kalau Sha pun pasti pilih ke Outdoor expo ini, lebih menarik..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****