Thursday 11 August 2022

Laluan Sungai Koyan Ke Cameron Highlands Sudah Boleh Dilalui

JUMAAT | 29 JULAI 2022

Selesai urusan encik suami di Kuala Lipis, perjalanan kami diteruskan untuk kembali ke rumah di PP. Berdasarkan jarak dan masa, memang lebih baik jika kami melalui jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands (Laluan Persekutuan 102 juga dikenali sebagai Jalan Ringlet - Sungai Koyan).

Beberapa hari sebelumnya, saya dah pun buat semakan status laluan tersebut di laman FB rasmi ‘JKR Cameron Highlands’. Ini kerana sejak bulan Mei 2022, laluan ini ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di beberapa tempat. Kalau tak semak status, nanti kecewa bila tiba di pertengahan jalan kena berpatah balik pula. 

Jadinya dah boleh lalu atau tidak ni? Alhamdulillah, dah boleh lalu bermula 7 Julai 2022 lalu. Tetapi pembukaan sebelah laluan dan untuk kenderaan ringan dengan had muatan 5 tan ke bawah sahaja sebab kerja-kerja penyelenggaraan masih belum siap.

Laluan Sungai Koyan Ke Cameron Highlands
Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands
Berdasarkan catatan di blog, kali terakhir kami melalui jalan ini adalah pada bulan Mac 2022. Iaitu sekitar 4 bulan yang lalu. Papan tanda amaran kawasan lintasan hidupan liar (dengan gambar gajah) tu macam baru juga dipasang. Tak tahulah kot memang dah lama wujud tapi saya yang tak perasan. Siap ada nombor telefon PERHILITAN tertera di situ.

Laluan Sungai Koyan Ke Cameron Highlands
Lokasi pertama.
Ada 2 tempat di mana hanya sebelah laluan saja dibuka. Ini yang pertama, lokasinya berhampiran Empangan Susu.

Laluan Sungai Koyan Ke Cameron Highlands
Lokasi kedua.
Dan satu tempat lagi ni terletak tak jauh selepas lokasi pertama tadi. Saya rasa seram juga bila pandang kawasan tanah yang runtuh semasa melalui kedua-dua tempat ni. Tempat-tempat lain cuma ada sedikit kerosakan jalan atau runtuhan kecil di bahu jalan. 

Sampai di simpang tiga ini, tamatlah laluan dengan jarak sekitar 80 km. Nak balik rumah PP, ambil ke kiri untuk lalu Jalan Tapah. Tapi kami ambil ke kanan, sebab kami nak bermalam di Tanah Rata. Dari Tanah Rata boleh terus lalu Jalan Simpang Pulai untuk balik rumah. Walau pun sedia maklum esok hari Sabtu mesti sesak jalan di CH, tambahan pula cuti Awal Muharam. Kami bukan nak jalan ke mana pun, sekadar nak menikmati udara sejuk dan nyaman di CH.

Aidilbadri Strawberries Tanah Rata
Makan di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm.
Sampai di Tanah Rata, kami terus ke Kampung Taman Sedia untuk mengisi perut. Masa tu dah lewat petang, iaitu sekitar pukul 6.20 petang. Kedai makan yang ada di situ banyak yang sedang berkemas untuk menutup operasi. Mujur ada sebuah kedai makan yang masih menerima pengunjung. Dapatlah kami makan di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm. Pertama kali kami mencuba makan di sini. Alhamdulillah sedap nasi lemak sambal strawberi, scone dan yang paling sedap fudgy brownies.

———————————————————————————————-

Esok paginya hajat di hati nak pergi mengulang makan fudgy brownies, tapi memang tak dapatlah. Hujung minggu di Cameron Highlands adalah hari-hari yang cukup sesak. Walaupun konon dah berpagian (sampai di Kampung Taman Sedia sebelum pukul 8 pagi), tapi kami tak dapat parkir. Siap pusing belakang ikut jalan ke Jabatan Perhutanan tu pun masih tak dapat tempat parkir yang selamat. Takpelah, bukan rezekinya. Syukur juga dah dapat makan petang semalam, lagi pun tak bagus selalu makan manis-manis (ayat pujuk hati…haha).

Tengah hari Sabtu, disebabkan kesesakan teruk dari pekan Tanah Rata arah ke Kea Farm, kami ambil keputusan lalu Jalan Tapah untuk balik ke rumah (sepatutnya ikut Jalan Simpang Pulai untuk balik ke utara). Berdasarkan pengalaman lalu, kami pernah ambil masa selama beberapa jam dari Pekan Tanah Rata untuk sampai ke simpang tiga Kampung Raja disebabkan kesesakan jalan.

Jadinya pilihan terbaik adalah melalui Jalan Tapah. Kenderaan kami bergerak lancar kecuali di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di Cameron Bharat Plantation. Merasalah kami melalui Jalan Tapah yang dah bertahun tak pernah kami lalui. Jalan Tapah ni merupakan laluan dari/ke Cameron Highlands yang paling mencabar berbanding laluan lain - sempit, berliku dan ada tempat yang sukar untuk kita nampak kenderaan dari arah bertentangan.



29 comments:

  1. Nasi lemak color hijau nampak menarik. Rasanya dari dulu CH traffic jam bila weekend. Last Mrs. A pergi CH Disember 2016 teringin juga nak pergi sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh pergi lagi tu MrsA, boleh tengok banyak perubahan di CH.

      Delete
  2. Seronoknya Kak Ujie ikut Suami kerja sambil jalan2. Tak sabarnya nak ke Cameron Highlands hujung bulan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok tapi penat jugaklah 😄

      Sambut Merdeka di CH la nanti ya? Selamat bercuti Carneyz.

      Delete
  3. Pertama kali dengar nama Aidilbadri. Bagus juga tukar selera. Nasib baik makanan belum habis sebab kadang-kadang tiba lewat ada menu sudah tiada.
    Hehe kena mengulang lagi. Saya pun macam terliur tengok fudgy brownies itu. Terbayang rasa coklat yang pekat di tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..Alhamdulillah masih ada rezeki kami 😁. Saya pun tak pernah tahu nama Aidilbadri ni.

      Delete
  4. Dah kategori expert ni Pn Ujie discover jalan2 area sini ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa tahu jalan2 yang ada sebab urusan kerja. Kalau tak, mungkin tak pernah sampai 😅

      Delete
  5. bestnya kak pergi ke CH je macam dekat sangat tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil lalu pergi/balik tempat kerja, jadi tak jauh sangat la 😀

      Delete
  6. Alhamdulillah, memudahkan mereka yang selalu guna laluan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang ada yang perlu lalu selalu sebab kerja di CH.

      Delete
  7. hati-hati di jalan raya ye kak Ujie dan suami

    ReplyDelete
  8. Wah! Baru perasan... ada watermark sendiri!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Semoga selamat perjalanan semua.

    ReplyDelete
  10. seronoknya dpt ke CH. akak dah lama sungguh tak ke sana. last ke sana sama adik ipar yg mmg memantau structure tanah di laluan ni. bila dengar apa yang dia bagi tu yg membuat kan akak tak berani nak ke sana. esp musim2 hujan. kecut perut gak lah.. semoga ALLAH sentiasa menlindungi kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah lalu masa hujan lebat di Jln Spg Pulai. Ya Allah memang takut sebab sepanjang jalan banyak air turun dari bukit. Macam deretan mini air terjun. Banyak2 zikir ingat Allah jelah.

      Delete
  11. Cantik pemandangan kiri kanan jalan, tak nampak dah bukit gondol ditarah. Selalu nampak gambar nasi lemak di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm. Orang kata memang sedap. Harap satu hari nanti dapat juga jejak ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Amie, di Jln Sg Koyan ni memang masih cantik hijau bukit2nya. Sebab tu saya suka lalu sini.

      Oh, dah terkenal juga rupanya ya Aidilbadri ni. Saya yang ketinggalan 😅

      Delete
  12. Jalan ke CH lalu Sungai Koyan ni nampak lagi baik dari jalan satu lagi tu. Macam nak ke CH je.. Tak puas lagi jalan jalan kat CH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jalan ni jauh lebih baik dari Jalan Tapah.

      CH memang tak rasa jemu dan rasa puas kan? Suasana tanah tinggi tu yang buat ia berbeza.

      Delete
  13. cantik pemandangan sepjg jalan, penuh kehijauan..wahh..sebelum pkl 8 dah ramai pengunjung...

    ReplyDelete
  14. Takda rezeki makan lagi fugy brownies eh... takpa, tunggu rezeki lain.. Kan.. hehe

    ReplyDelete
  15. Masih belum boleh diakses sepenuhnya lagi ye.. Semoga berhati-hati..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****