Bila nampak post di grup Facebook yang memaparkan gambar pokok hiasan di dalam tandas, seringkali saya jumpa komen berbunyi seperti berikut :
“Eh...kita Muslim tak boleh letak pokok dalam tandas, sebab pokok tu berzikir. Tak eloklah...berzikir di tempat kotor”.
“Saya ada baca, orang-orang cakap kita tak boleh letak pokok dalam tandas sebab pokok sentiasa berzikir kepada Allah”.
Persoalannya, betul atau tidak? Pernahkah kita betul-betul dengar dari mulut para agamawan, atau pernahkah kita membaca berkenaan larangan sebegini dari mana-mana sumber penulisan yang berkredibiliti?
Tidak, kita cuma bersumberkan ayat ‘orang kata’. Tanpa berfikir dan menyelidik, kita terus ambil dan terima pakai apa yang kita dengar dan baca. Kita seterusnya mengulang apa ‘orang kata’ kepada orang lain pula. Rantaian fahaman salah ini berterusan. Masalah malas berfikir dan mengkaji, main terima apa orang kata dan kemudian yakin sekali menyampaikan kepada orang lain.
SELURUH ISI BUMI DAN LANGIT BERTASBIH
Dalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 44, bermaksud :
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
Berdasarkan ayat di atas memang jelas pokok berzikir, lebih tepatnya bukan hanya pokok tetapi semua isi bumi dan langit. Semua - termasuk rumput yang kita pijak. Kalau dalam tandas tak boleh letak pokok sebab ia berzikir, sanggupkah kita memijak rumput yang juga sedang berzikir?
LARANGAN BERZIKIR DI TANDAS
Zikir seorang manusia adalah berbeza dengan zikir pokok (juga semua isi bumi dan langit). Hanya Allah yang mengetahui bagaimana pokok berzikir.
Yang perlu kita tahu dengan pasti bahawa larangan berzikir (mengingati Allah) sewaktu di tandas adalah ditujukan kepada manusia mukallaf. Mukallaf bermaksud orang yang telah akil baligh dan diwajibkan ke atasnya mematuhi hukum-hukum Islam. Bukan anak kecil (yang sambil mandi sambil mengalunkan Asma’ul Husna 😅), juga pastinya bukan pokok!
Ok, dah jelas kan? Jangan ragu-ragu lagi jika nak letak pokok di tandas ya!
Pokok Money Plant yang saya letak di tandas rumah Negeri Sembilan. Entah apa khabarnya setelah hampir tiga minggu ditinggalkan. Saya ada letak bekas air berpenutup, siap lubang kecil untuk selitkan akar pokok...harap ia mampu bertahan sehingga saya kembali mengambilnya.
Tujuan saya letak pokok dalam tandas? Sekadar hiasan penyejuk mata dan penyeri ruangan tersebut. Saya sukakan kehijauan, kalau ikut impian memang nak pokok merimbun di mana-mana ruangan. Tapi tak praktikal, cukuplah sekadarnya saja.
ya, betul..zikir pokok, alam berbeza dgn zikir manusia...bila ada pokok hidup, rasa segar mata memandang..
ReplyDeleteCantik bila ada hiasan pokok macam tu dalam tandas
ReplyDeleteada pokok hidup lebih oksigen dlm tandas.,
ReplyDeleteps. tandas mak nih cangkung ke duduk guna siraman bidet yg mcm kat opis wak tu ke? hahaha
Alamak..nak kena buat entri tandas ke camne ni wak? Haha
Deletebenar tu.. agama nie sebenarnya mudah.. jadi complicated bila ada yg suka guna logik akal.
ReplyDeletebetul tu
ReplyDeleteagama Islam sebenarnya banyak memudahkan
tetapi tak tahu lah ramai betul yang suka membuat sesuatu benda tu terlalu complicated
macam yang ditulis dekat artikel ini, lebih suka mendengar tanpa mengkaji atau bertanya kepada yang lebih arif
perkongsian yang bagus :)
Ada benarnya..
ReplyDeleteorang kita kadang cuma pandai komen je kak, pandai tulis itu ini tanpa tahu fakta nya...
ReplyDeletepokok money plant ni tahan lasak, insyallah sihat lg kot kak... bila akak balik semula jenguk dia tu ye
Insya Allah weekend ni nak balik jap..harap dia bertahan tunggu kepulangan akak 😅
Deleteterima kasih untuk penjelasan yang ringkas =)
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu. Saya pun letak pokok bunga dalam tandas.
ReplyDeletejelas sekali ujie, terima kasih atas ulasan isu ini, alhamdulillah
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu.
ReplyDeleteCantik pulak ada pokok real dalam tandas ni.... kalau boleh, mcm nak gantung mcm tu jugaklah hihi..... Tiru ek
ReplyDeleteSila tiru kak..hehe
DeleteTerima kasih..saya bacakan di hadapan anak-anak saya dan mereka semua teruja terutamanya anak autisme saya yang terus melihat pokok bunga di balkoni rumah...dan saya tahu apa yang mereka fikirkan 😍
ReplyDelete