Friday, 26 June 2020

Flora di Taman Negara Pulau Pinang

Bila merentas hutan, mata saya memang sentiasa memerhati sekeliling. Saya suka melihat segala tumbuhan yang ada, semuanya nampak menarik. Sehingga kadang-kadang hampir tersandung akar pokok dek leka memerhati sekitar 😅. Kecuali pada laluan yang sukar, memanglah saya fokus pandang depan je.

Ini antara tumbuhan yang paling menarik perhatian saya dan dapat diambil gambarnya dengan jelas :

1. Cendawan bersaiz besar, berwarna hitam. Perhatikan...terdapat dua anak pokok yang menembusi cendawan ni.

2. Cendawan kecil berwarna kuning terang. Macam bunga pulak, cantik.

3. Cendawan berwarna putih dengan saiz sangat kecil.

4. Daun seakan baldu berwarna merah hati, dengan bunga kecil warna putih. Tumbuh di tepi/celah batuan.

5. Entah buah atau bunga, yang pasti rupanya menarik. Daun pokok ni seakan daun Pandan, mungkin salah satu jenis Mengkuang.

6. Corak timbul pada daun yang menarik perhatian saya. 

7. Pelepah muda Paku Pakis yang bersaiz besar.

8. Pokok Mengkuang yang besar dan tinggi. 

9. Salah satu pokok hutan yang besar dan tinggi.

Beginilah indahnya Hutan Hujan Tropika di negara kita. Terdapat kepelbagaian flora yang cukup menarik. Saya ambil gambar dan letak di sini sebagai satu kenangan. Kalau ada yang tau secara spesifik nama tumbuhan di atas, atau saya tersilap mengenal pasti, bolehlah bagitau ya.






.

14 comments:

  1. Rupanya banyak kan tanaman yang tak pernah kita tengok kat luar ni. Bila masuk hutan, macam2 spesis ada. Kami kalau masuk taman flora/hutan pun mata memang mencari2 tumbuhan yang unik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..banyak yg kita belum pernah nampak.

      Delete
  2. Subhanallah..cantik2 dedaun & tumbuhan liar di hutan..berwarna-warni..
    lembut cendawan tu sampai boleh tembus batang pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai tinggi jugak batang pokok tu..lama hayat cendawan tu nampaknya.

      Delete
  3. Seronoknya dapat masuk hutan, dapat melihat flora dan fauna! Terakhir, saya sempat masuk Hutan Lembah Danum. Macam-macam ada!
    Tapi.... paling seram bila kena gigit pacat huhuhuuuu! Yang lucunya, sesiapa yang ada kesan darah gigitan pacat boleh daftar di kaunter untuk dapatkan sijil pacat dengan bayaran RM5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembah Danum...teringin nak ke sana!
      Sijil pacat..elok jugak, buat kasi semangat pada yg kena pacat 😄

      Delete
  4. Nice Picture, saya suka sekali dengan fotographer yang berbasis alam

    ReplyDelete
  5. hasil bidikan yang menarik dan catatan yang ringkas

    ReplyDelete
  6. Subhanallah, cantik sungguh alam ciptaan tuhan, dengan flora dan fauna nya yang indahsindah jadi..

    ReplyDelete
  7. Betul..kena perati baru nampak cantiknya. Hehe

    ReplyDelete
  8. masuk hutan lh yg pling best sekli kan..ita ni pun dah bertaun x masuk hutan...rindu

    ReplyDelete
  9. seronok dapat berjalan didalam hutan sambil memerhatikan keindahan alam ciptaan Tuhan, banyak yang belum kita lihat, flora dan fauna semuanya cantik2

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****