Monday, 8 June 2020

Penjarakan Sosial

Sekadar merakam sedikit gambar berkaitan penjarakan sosial untuk kenang-kenangan. Sebuah perubahan cara hidup akibat serangan makhluk halus bernama Corona.

Lokasi : AEON Nilai
Cara ni paling biasa, garisan pendek atau panjang dibuat untuk menetapkan jarak 1 meter antara pelanggan yang beratur memasuki premis.

Lokasi : IKEA Batu Kawan
Berbeza dari tempat lain, di sini menggunakan tanda bulat. Nampak lebih elok.

Lokasi : AEON Bukit Mertajam
Garisan petak di dalam lif. Yang ni ada 5 petak, biasa yang saya jumpa ada 4 petak saja. Setakat ni Alhamdulillah di mana-mana lif yang saya naiki semua orang mematuhi norma baharu ni.

Lokasi : The Chicken Rice Shop
Ini merupakan kali ke-2 saya makan di luar semenjak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Sebelum masuk perlu check suhu, rekod nama/nombor telefon dan gunakan hand sanitizer. Setiap meja cuma boleh dua orang dengan kedudukan tidak bersebelahan/berhadapan. Juga bukan semua meja boleh diduduki untuk menjaga jarak.

Kelmarin (Sabtu), buat pertama kali saya makan di luar - di sebuah kedai makan biasa. Sementara menunggu baju sedang dicuci di pusat dobi layan diri, saya set masa pada jam mengikut masa mencuci baju dan cepat-cepat ke kedai makan berdekatan. Memandangkan kami baru berpindah rumah dan belum sedia nak masak-masak, memang kerap kami beli makanan bungkus dan makan di rumah saja. Tapi kali ni perut dah lapar sangat tak dapat tunggu habis urusan di pusat dobi.

Masuk je kedai makan, suami bertanya “Boleh makan sini?”. Orang kedai jawab sambil tersenyum “Dating boleh, bawak anak tak boleh”. Meja sudah sedia berjarak agak jauh antara satu sama lain, setiap meja hanya untuk dua orang, siap bertanda X atas meja untuk menghalang orang duduk lebih dua orang semeja. Tapi takdelah check suhu, rekod nama/nombor telefon tu...walaupun saya nampak ada sebuah meja diletakkan dibahagian hadapan kedai dengan peralatan check suhu, buku dan hand sanitizer.

———————————————————

10 Jun 2020 bakal bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di mana kita akan mula menikmati kebebasan hidup berbanding 84 hari sebelum ini. Dah boleh rentas negeri, masing-masing dah mula merancang nak balik kampung atau bercuti.

Tapi yang pasti, apa pun perancangan kita mestilah utamakan keselamatan diri dan orang sekeliling - jangan berada di tempat awam jika tak sihat, sentiasa pakai face mask di tempat awam, amalkan jarak sosial, sentiasa bersihkan tangan sebelum/selepas masuk premis/menyentuh benda yang kerap disentuh ramai orang. Memang yang terbaik duduk diam di rumah, tapi kadang kita ada keperluan untuk keluar. Jadi, keluarlah dengan mengamalkan norma baharu ya! 😷


11 comments:

  1. saya yg bekerja bank ni kena buat garisan untuk pelanggan beratur di atm machine dan nak masuk bank.. dekat kerusi juga kena buat tanda pangkah sbg tanda penjarakan sosial x boleh duduk bersebelahan.. mula2 nmpk janggal tapi lama lama ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sibuk dan penat juga nak buat preparation utk norma baharu ni kan..satu pengalaman, kenangan.

      Delete
  2. Patuhi SOP, in shaa Allah, kita boleh jalani kehidupan spt biasa..tak sabar nk balik kpg..

    ReplyDelete
  3. Norma baharu yang akan jadi kebiasaan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. norma baru ni banyak hikmahnya. Smoga kita semua terpelihara n selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, setuju. Amalan norma baharu mmg benda yg patut dibuat wpun tanpa wabak - seperti kerap basuh tgn, elakkan tempat sesak.

      Delete
  5. Tu lah...boleh dating je... kesian anak anak...asyik tanya bila boleh ngeteh kat kedai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai...sian derang. Yan kena set up ala ‘kedai’ kat laman rumah tu..hehe

      Delete
  6. norma baharu yang pada mulanya kita rasa janggal, tapi lama-kelamaan kita akan biasa kan. sekarang kerja seperti biasa tapi dengan norma baharu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****