Monday, 29 June 2020

Dari Bandar Tasek Mutiara Ke Bandar Tasek Selatan

Sabtu | 27 Jun 2020

Hampir sebulan saya dan suami berpindah ke Pulau Pinang, akhirnya tiba kesempatan untuk kami kembali menjenguk rumah kami di Pajam, Negeri Sembilan. Tapi tujuan utama sebenarnya nak ambil kereta satu lagi. Jadinya kenalah naik kenderaan awam, kami pilih naik ETS (Electric Train Service).

Dari rumah sewa di Bandar Tasek Mutiara, kami guna servis e-hailing untuk ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Caj sekitar RM19 dikenakan.

Tren tiba tepat pada masa - 7.40 pagi. Ini pengalaman kedua saya menaiki ETS, yang pertama dulu tahun 2011. Dah lama sangat.

Kami ambil koc E, dengan kerusi ‘mengundur’. Apa boleh buat, lambat beli tiket inilah kesannya. Semua kerusi untuk duduk berdua arah selatan dah habis. Dalam setiap koc, sebahagian kerusi menghadap utara dan sebahagian menghadap selatan. Kena beli awal supaya boleh memilih.

Disebabkan kami keluar awal pagi dan tiada jualan makanan pagi di stesen tadi, terpaksa jugaklah beli makanan dalam keretapi. Perut masing-masing lapar. Suami pergi sendiri ke Bistro Counter di koc C dan membeli dua pek Nasi Lemak. Harganya memang mahal...Rm17 untuk dua pek ni 🤑. Walaupun namanya Nasi Lemak, tapi sambal nasi lemak tak disertakan. Cuma semata nasi dan lauk pilihan. Rasanya? Oklah, sedap jugak.

Kejap tengok pemandangan luar, kejap layan handpone, kejap layan tablet,  kejap berborak laki bini, sesekali melelap mata. Pemandangan sepanjang jalan menarik, lagi-lagi bila nampak sawah menghijau. Cuma rasa lain macam sikit la kan sebab mengundur...haha.

Akhirnya kami sampai jua ke Stesen Bandar Tasek Selatan sekitar pukul 12.15 tengah hari. Perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam 35 minit. Ingat nak terus naik komuter ke Batang Benar, tapi perjalanan paling awal cuma ada pada pukul 1.40 petang. Lambat lagi. Jadinya kami pegi cari makan dululah di bangunan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perut ni tak sudah sudah asyik lapar je kan 😅

Lalu jambatan pejalan kaki, berenti jap ambil gambar ni. Entah apa motif.

Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan rangkaian pengangkutan utama ke TBS. Dilarang menjaja dan mengemis di sini. Tapi masih ada penjaja dan pengemis (seorang wanita dan dua anak). Teringat beberapa tahun lalu, ada aktiviti mengemis menggunakan seorang budak berkepala besar. Sedih dan kesian sangat saya tengok budak tu, memang ramai yang memberi derma. Entah apa nasibnya sekarang, harapnya tak lagi jadi mangsa sindiket mengemis.

Ok, itu sajalah catatannya. Tajuk pun sampai Bandar Tasek Selatan je kan...hehe. Yang seterusnya naik komuter sampai rumah, kemudian ambil servis e-hailing untuk sampai rumah. Seronok dapat kembali ke rumah sendiri walaupun cuma 1 malam.

13 comments:

  1. Belum berkesempatan lagi nak naik ETS nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la ambik trip dekat2 je buat pengalaman :)

      Delete
  2. kak merasa jugk naek ets..kite sepnjng hayat pun x pernh naek..😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Eita, ni kalau tak sebab akak terpaksa ada keperluan, tak naik jugak kot..haha

      Delete
  3. Pernah naik sekali dari KK ke KL..smooth je, mmg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..perjalanan yang lancar dan selesa! 👍
      Cuma kalau dapat seat hadap hala kita tuju, lagi cun ler..sebab perjalanan jauh kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Insya Allah..kalau ada kesempatan/keperluan, boleh merasa.

      Delete
  5. tak pernah merasa naik ets lagi saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat plan trip keretapi dengan anak2, perjalanan selesa.

      Delete
  6. Ya Diana, baru je pindah masa PKPB.
    Sama eh kat Tasek Mutiara? Tak tau pulak Diana dok situ 😁
    Tapi kalau sebut nama tempat2 lain..mmg saya tak paham lagi Penang ni 😅

    ReplyDelete
  7. ETS ke KLIA pernah la naik.eh. tu ETS ke? Dah tertukar dah segala keretapi kat Malaysia ni.. ehehe

    ReplyDelete
  8. Rupanya duduk Pulau Penang ya. Hehe baru kenal blog ini dan membaca pos lama.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****