Wednesday, 10 June 2020

‘Return / Refund’ Item Di Shopee

Kisah awal bulan Mei lalu...saya buat belian sehelai seluar Palazzo melalui sebuah kedai di Shopee. Sebelum membuat belian saya akan cari penjual yang boleh beri harga tawaran terendah untuk item yang sama, caranya cuma klik ‘similar’ pada gambar iklan item yang kita berminat tadi. 

Hasil carian, saya dapati kedai ni menawarkan harga paling rendah dan saya boleh gunakan baucer free shipping. Saya lihat review, rasa yakin dan teruskan pembelian. Saya agak teruja sebab saya pernah beli seluar ni (gambar iklan yang sama, tapi dari penjual lain dengan harga lebih tinggi). Seluar yang memang lembut selesa, longgar dan kemas buatannya.

Tak menunggu lama, item yang dibeli pun sampai. Tapi saya rasa sangat kecewa, sedih dan marah...seluar yang diterima bukan seperti dalam iklan. Potongan berbeza, bahagian pinggang berbeza, kain kasar keras, buatan tidak kemas dan jarang! Tak padan dengan harga RM30. Memang bukan seluar yang saya mahu - seperti dalam iklan. Penjual dah melakukan kesalahan menggunakan gambar iklan pihak lain untuk menjual item yang jauh berbeza 😡

Tarik nafas dalam-dalam dulu, kasi tenang fikiran barulah boleh bertindak. Lepas terima item kita perlu klik ‘order received’ atau klik ‘return/refund’. Maka saya pilih klik ‘return/refund’. Isi maklumat seperti yang diminta oleh Shopee - gambar bukti, alasan. Pihak Shopee akan kemukakan permintaan kita kepada penjual.

Alhamdulillah...penjual tak berdalih dan pantas terima permintaan untuk saya pulangkan item dan dapat kembali duit saya. Jika penjual tak mahu? Maka Shopee akan membuat pertimbangan sewajarnya mengikut siasatan mereka. Dan ini mungkin mengambil masa lebih lama, seperti yang terjadi kepada seorang sahabat saya.

Langkah seterusnya, saya perlu pos kembali dalam tempoh masa ditetapkan dan print ‘air waybillyang disediakan oleh Shopee untuk tujuan pengeposan percuma (ditanggung oleh Shopee sebab item saya beli termasuk dalam item free shipping oleh Shopee). Jika tidak, kos mungkin ditanggung oleh saya atau penjual (bergantung kepada hasil perbincangan bersama).

Lepas penjual mengesahkan item yang dikembalikan, kita pun dapatlah duit kita semula. Alhamdulillah masalah selesai!

Gunakan hak kita sebagai pengguna, jangan cepat rasa ‘tak apalah...bukan rezeki aku 😔’. Lepas kita berusaha tapi masih menemui jalan buntu, barulah boleh mengalah. Insya Allah ada ganjaran baik atas kesabaran kita menghadapi ujian permasalahan.

13 comments:

  1. Alhamdulillah... Nasib baik dapat refund. Kadangkala agak susah juga kalau nak beli pakaian secara online. Takut jadi macam ni.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...mudah urusan. betul tu kita kena cuba untuk dapatkan kembali hak kita

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dapat refund..cantik palazzo dlm gambar tu..kain linen mmg selesa..

    ReplyDelete
  4. pernah juga dapat refund dari shoppee apabila saya cancel pembelian car seat untuk kids yang x sampai2 .. Alhamdulillah, mudah dan cepat respon mereka.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ada cara nya kan

    ReplyDelete
  6. Beruntung uang bisa kembali, kak.
    Aku pernah mengalami hal seperti ini, barang dikirim jauh berbeda dengan deskripsi. Kebetulan harga produknya murah, jadi tidak kukembakikan.
    Hanya saja tokonya kuberi tanda kecewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling kurang itulah yang boleh dilakukan - beri bad review. Sebagai panduan kepada bakal pembeli yang lain.

      Delete
  7. Yang cam ni memang masalah sungguh...kalau tak boleh refund, kita kasi bad review aje lah.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****