Pulau Pinang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.
Jumlah keluasan kedua-dua pulau dan Seberang Perai adalah 1,031km persegi dan ianya dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan juga dua jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5km dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang 24km.
Jom Kita Ke Bahagian Pulau!
Setelah tiga minggu berpindah ke Pulau Pinang (bahagian Seberang Perai), barulah saya dan suami berkesempatan untuk ke bahagian pulau.
Seingat saya, sepanjang hidup ini merupakan kali ke-3 saya ke bahagian pulau. Kunjungan terakhir lebih 10 tahun lalu. Dah tak ingat pun rupa paras bahagian pulau ni macam mana.
Ahad lalu, kami memulakan perjalanan seawal pagi. Sekitar pukul 8.15 pagi dah pun berada di Jambatan Pulau Pinang. Cantik pemandangan sekitar.
Setelah melalui kawasan bandar yang agak sesak (walaupun pada pagi hujung minggu) dan banyak lampu trafik, perjalanan diteruskan ke bahagian hujung pulau. Kami melalui jalan Batu Feringghi yang berkelok-kelok dengan pantai/lautan di sebelah kanan. Sepanjang jalan terdapat deretan hotel/resort.
Destinasi kami - Teluk Bahang. Apa yang menarik di sana? Akan saya ceritakan pada catatan seterusnya...
Penang best!!..tak jemu jalan2 di Penang walaupun byk kali pergi..
ReplyDeleteRamai ckp gitu...excited nak explore nih.
Deletelama dah tak ke Penang ni Ujie :)
ReplyDeleteSaya ni kalau tak kerana pindah Penang, mmg tak pegi2 lah 😅
Deletebanyak tempat menarik kat area pulau. dari Georgetown membawa ke batu feringghi.
ReplyDeletePatutlah area pulau ni jd tumpuan pelancong.
Deletebest ny kak pindah pinang da.. di penang sy pernah pergi bukit bendera..best jugak..tp crowded.. da mco xbukak dah la kot.. nt akak bgtau tempat menarik ya.. next time kalau pergi boleh singgah..hehehe. kedai makan xpergi tempat viral lagi sb limited masa time pergi sne
ReplyDeleteBkt Bendera akak blm pernah sampai. Insya Allah ada masa 2 thn utk round2 Penang..hehe
Deletewow best tu kak, dana aritu pun tak puas jalan ke penang, nk kene repeat lagi nih
ReplyDeleteSila repeat Dana...:D
DeleteBaru tak baru..... bertahun jugaklah tak ke Penang ni...susah nak jalan sekarang anak anak dah besarpanjang, tak cuti sekali. Cantiknya awan...biru
ReplyDeleteCuti berdua jelah kak...^_^
DeleteTulah..tak sangka pulak awal pagi Ahad pun byk kenderaan.
ReplyDelete