9 tahun lalu - pada tarikh 27 Jun 2011, saya mula menulis di blog ini. Beberapa tahun pertama memang saya aktif menulis. Lalu kemudiannya semakin perlahan. Insya Allah tahun 2020 ni nak cuba kembali aktif menulis.
Apa-apa pun, terima kasih kepada suami yang mencetus idea supaya saya menulis blog dan kekal menyokong sehingga hari ini. Sibuk tolong jika saya nak ambil gambar (walaupun rajin mengusik “Susah jalan dengan blogger ni, kejap-kejap stop ambik gambar..”) dan sediakan kemudahan bersesuaian supaya saya mudah nak menulis blog 😄
Screenshot rupa blog saya yang diambil pagi tadi. Saja letak sini sebagai satu kenangan masa akan datang. Beginilah rupa blog saya pada 27 Jun 2020 😀
Screenshot statistik 10 catatan blog paling tinggi pageview untuk tempoh 9 tahun ini.
Inilah antara keseronokan berblog - kita menjalin kemesraan melalui komen-komen yang diberi. Tak kira usia atau latar belakang, kita ikhlas bersahabat. Widget ni cuma set untuk 10 orang dengan jumlah komen tertinggi, tapi pastinya saya sangat menghargai setiap komen daripada semua sahabat blogger. Terima kasih ❤️
*Untuk tiga orang teratas iaitu sahabat blogger Dana - norhidana, Wak - Warisan Petani dan Ummi - Nur Asyiqin, ada sedikit cenderamata penghargaan dari saya. Boleh beri maklumat pengeposan di borang e-mel pada bahagian bawah blog saya ni ya.
Alhamdulillah...dah 9 tahun, moga Allah beri kesempatan dan kerajinan untuk saya terus menulis. Bak kata penulis buku Aku, Buku dan Kota Kaherah “Apa yang tertulis akan mengabadi. Apa yang terucap akan berlalu bersama angin.” Walaupun tak menulis buku, kita menulis la di blog.
Semoga terus berblog..
ReplyDeleteInsya Allah..aamin :)
DeleteAlhamdulillah....dah lama juga tu menulis. Suami sy selalu gelakkan saya...dikatanya saya ni wartawan tak bertauliah
ReplyDeleteHahaha...tapi memang betul la tu kann.
Deletetahniah kerana mampu bertahan menulis sehingga kini.
ReplyDeleteTerima kasih. Dengan izin Allah jua.
Deletewahhh., dpt hadiah top komentator erk., wak is jeless., ;p
ReplyDeleteLain kali..rezeki wak pulak tu..:)
DeleteTahniah! masih bertahan.
ReplyDeleteTerima kasih, dengan izin Allah jua :)
Deleteseronok tulis blog ni cuma sekrg dah mlas sgt😂
ReplyDeleteAkak tolong seru..
DeleteWahai rajin...datanglah ke Eita! 😄
Alhamdulillah 9 tahun dah ye, moga terus menulis
ReplyDeleteInsya Allah...aamin!
DeleteSaya mula Oktober 2010. Ada 3 tahun tidak aktf iaitu 2016-2018. Muncul balik tahun lepas. Samalah ingat hendak kerap menulis. Untung ada suami sokong :)
ReplyDelete