Tadi siang sewaktu melalui sebatang jalan di Lunas, Kedah, saya ternampak seorang lelaki menaiki basikal sedang membawa sarang Burung Tempua yang banyak. Mungkin sedang berjualan. Menarik!
Kebetulan, baru-baru ni kakak saya bercerita berkenaan sarang Burung Tempua yang banyak bergantungan di pokok berhampiran rumahnya. Ada pelbagai reka bentuk, macam rumah kita juga 😀
Apa istimewanya sarang Burung Tempua?
Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya yang membina sarang yang besar yang dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. Burung Tempua mempunyai keupayaan yang khas untuk menganyam sarangnya. Sarangnya mempunyai struktur besar, dianyam daripada rumput dan ranting yang tergantung daripada dahan pokok dan mungkin mempunyai laluan masuk yang menjulur. Sarang yang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.
Sarang bagi Burung Tempua jantan berbeza dari segi rekaannya, bentuk, struktur, dan saiz. Sarang Burung Tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung Tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur. Sarang Burung Tempua Kerbau (buffalo-weavers), bagaimanapun, membina sarang besar yang tidak kemas dalam koloni mereka, yang mungkin mempunyai beberapa sarang bulat yang dianyam dalamnya.
Burung Tempua merupakan burung yang hidup berkawan dan sering membiak dalam koloni.
(Sumber info : wikipedia.org)
Akta Perlindungan Hidupan Liar
Di negara kita, Burung Tempua merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar. Makanya Burung Tempua tak boleh dibela, disimpan atau diburu tanpa lesen.
Tetapi saya kurang pasti undang-undang berkenaan penjualan sarangnya, hasil carian tak menemukan maklumat berkaitan. Jika di Shopee ada orang menjualnya dengan harga sekitar RM15.
Assalamualaikum.... Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ni kan. Burung tempua kreatif.. burung arkitek terbaik.. cantik rumah dorang ek.. Agaknya org beli sarang burung tempua ni utk apa ek? hiasan je ke atau ada apa2 petua/khasiat kesihatan?
ReplyDeleteWa alaikum salam SS, orang beli sarang burung tempua untuk hiasan. Deko gaya eksotik gitu..:)
DeleteMashaAllah ada beza ye sarang burung tempua jantan dan betina. Baca ni bary tau hehe.
ReplyDeleteOhh ha a entry saya yang lepas tu kena buat business proposal untuk dihantar lepas pkp ni 😅
Unik ciptaan Allah kan...sarang burung pun ada beza jantan betina..hehe
DeleteSemoga Silah dapat hasilkan business proposal terbaik!
ada nmpk org buat hiasan sarang burung ni.
ReplyDeleteDekorasi eksotik..hehe
DeleteUmmi pernah nampak org buat hiasan je sarang ni..huhu..burung ny xde..
ReplyDeleteKalau ada burungnya..mau kena denda tu..hihi
DeleteAstaga, saya terakhir kali lihat sarang burung seperti ini tergantung di pohon sewaktu saya masih di sekolah dasar ..., setelah itu saya tidak pernah melihatnya lagi.
ReplyDeleteTerimakasih ya sudah mengulasnya, bisa buat nostalgia buat saya.
skrg senang je dh ade shopee., leh order online sarang tempua tuuu
ReplyDeleteKesian burung tempua tu.
ReplyDeleteBiasanya di dalam sarang burung tempua betina ada telur atau anak burung.
Zalim orang yang mengambilnya.
Ye mmg Zalim orang yg mengambil sarang nya ..jadi dimana burung tu nak bertempat
ReplyDelete