Wednesday 18 April 2012

Perlis: Wang Kelian...Satu Pengalaman Menarik!

(sambungan siri catatan ke Perlis..)

Pagi Ahad tu sebelum jam 8.30 pagi kami dah bertolak ke Wang Kelian. Tujuannya untuk ke Pasar Sehari Wang Prachan, Satun, Thailand. Kena pergi awal untuk memastikan dapat tempat parking kereta yang berdekatan dengan Pos Imigresen. Ia penting supaya kita tak perlu berjalan terlalu jauh. Juga nak elak kena panahan matahari terik menjelang tengahari.

Untuk info, Wang Kelian merupakan kawasan sempadan antara Malaysia-Thailand. Menariknya, sebelah Malaysia dikenali sebagai Wang Kelian dan sebelah Thailand dikenali sebagai Wang Prachan. Kemudahan 'pergerakan bebas' (free flow) tanpa sebarang dokumen perjalanan diberikan kepada rakyat kedua-dua negara pada setiap hari Ahad sahaja. Ia terhad sekitar Pasar Sehari Wang Prachan, Thailand bagi rakyat Malaysia dan 1km radius dari Pos Kawalan Utama Imigresen bagi rakyat Thailand. Kad pengenalan Malaysia tetap kena bawa dan bersedia untuk pemeriksaan di imigresen Malaysia. 

Perjalanan nak ke Wang Kelian ni agak berliku sebab kita mendaki bukit. Ada bahagian yang kita tengah mendaki, lepas tu terus selekoh tajam. Memang mencabar! Yang kagumnya, ramai pulak yang berbasikal naik turun bukit kat situ. Okey, kat bawah ni catatan bergambar...

1) Suasana macam ada program pertukaran rakyat pulak..
Sebelah KANAN tu rakyat Thailand dan KIRI rakyat Malaysia menuju ke Thailand.
Kagum bila tengok agak ramai rakyat Thai pakai jubah dan tudung labuh. 

2) Kat sini parking paling dekat dengan Pos Imigresen Malaysia.
Tapi dah penuh, kena patah balik cari parking paling dekat.
Oh ya, nak ke tandas di sini ya..lepas tu takde tau.

3) Lepas parking kereta, bermulalah aktiviti jalan kaki pulak.
Ni sedang menuju untuk melalui Pos Imigresen Malaysia.

4) Lepas tu masuk ke kawasan Thailand dan melalui Pos Imigresen Thailand pulak.
Seronok...tak pernah masuk negara orang tak pakai dokumen! Dulu pernah masuk Singapura pun kena pakai Pas Sementara.

5) Welcome To Thailand...
Nak ambil gambar ni, banyak gangguan..pokok dan orang.

6) Suasana sekitar...

7) Beginilah rupa Pasar Sehari Wang Prachan.
Betul-betul di bahu jalan. Kena hati-hati sebab kenderaan laju je lalu kat jalanraya tu.

8) Pasar ni memang panjang..kami tak pegi sampai hujung pun. Penat kaki dan panas.
Tapi kalau nak naik 'teksi', boleh naik motor-motor ni (yang saya bulatkan tu).
Mudah dikenali sebab mereka pakai vest seragam. Ada lelaki dan perempuan.

9) Antara yang mencuri perhatian..banyak sebenarnya.
No. 1- keropok ikan..macam keropok lekor yang lembut, tapi warna merah dan ada campuran cili padi. Sedap tapi pedas!
No. 2- ciku madu..beli 1/2kg. Manis & sedap macam ciku biasa tu jugak.
No. 3- Tengok..punyalah banyak minyak Malaysia dijual kat sana. Saji, Vesawit, minyak Tesco pun ada! Lupa nak tanya harga.

10) Selepas 2 jam berjalan-jalan, kami bergerak meninggalkan Wang Kelian. Masa ni sekitar jam 11 lebih, masih banyak kenderaan yang baru tiba. 


Saya dan suami cuma beli makanan dan barang-barang yang kecil dan ringan je. Ikutkan hati memang geram tengok macam-macam barang dengan harga yang rendah. Mengenangkan kena jalan kaki jauh dengan keadaan yang sesak dan panas, memang mematikan hasrat. Tapi kalau tengok orang lain..siap beli periuk besar, tikar. Jenuh nak bawak balik ke kenderaan tu.

Tips: Kalau nak berbelanja di Perlis, memang elok ke sini sebab harganya lebih rendah dari di Padang Besar. Tapi bukan semua barang ya..kebanyakkannya je.


***UPDATE : Zon Aliran Bebas (free flow) Wang Kelian telah ditamatkan pada 1 April 2015, atas alasan keselamatan.***

26 comments:

  1. Teringin nak ke sini. Masa ke Perlis bulan lepas, tak berpeluang ke sini sebab adik tengah sibuk nak exam. Tak sampai hati pulak nak ajak dia jalan jauh-jauh. InsyaAllah lain kali kalau ke sana lagi nak juga menyinggah ke sini. =)

    ReplyDelete
  2. Wang Kelian tu banyak Wang, ke?

    ReplyDelete
  3. wang kelian tu banyak awek kan..hehe :)

    best laa ujie dah lama dengar tempat ni tp jauh tu nk p sana...teringin la jugak,, nak p verangan sat :)

    ReplyDelete
  4. Syoknye. Tp mengenangkan Aydin...kena hold dulu rancangan tu. Syok gak Perlis skg nie. Tp sy mmg dr dulu suke jln Perlis.

    ReplyDelete
  5. tak penah sampai sini lagi....nak veeangan juga...haha.

    ReplyDelete
  6. Saya pun belum pernah sampai kt wang kelian ni kak.

    ReplyDelete
  7. HAZMAN:
    insyaallah lps ni ada rezeki awak ke sana ya.

    GEDEK:
    hehe..banyaak..wang org malaysia mmg byk abis kat situ!

    TIHARA:
    eh..ntah ya. mcm sama byk je lelaki prmpn. ^_^

    kat situ takdela best sgt, cuma satu pengalaman berbeza je.

    PAA:
    yg sebenarnya, selama ni saya anggap Perlis takde apa menarik.
    Trip kali ni betul-betul membuka mata saya.

    NIZA:
    try la pegi sekali, amik pengalaman..niza dah tak jauh sgt tu nak ke sana.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ujie,
    seronoknya dapat jalan2 ke sana, ciku madu sudah semestinya manis kan Ujie... dah lama tak makan ciku, walaupun ciku biasa.
    Salam kenal dari Amie, follow sini ye.

    ReplyDelete
  9. waaa...best tu merasa jugak gi thailand kan..

    asik wang kelian..wang pranchan...
    wang ringgit takde ke kak?
    hehehehe

    ReplyDelete
  10. tk pena pergi lagi kak ujie..mesti best nak shoot ni.ehhehe

    ReplyDelete
  11. Keropok pedas tu agak menarik hati.


    ~ yang benar;
    Peminat keropok.

    ReplyDelete
  12. walaupun dulu belajar kat perlis tp xpernah pergi wang kelian...padang besar pun sekali je pergi...huhuu

    ReplyDelete
  13. Bestlah dah sampai sana..kita tak tau lagi bila..
    cantik2 gambar...

    ReplyDelete
  14. best2.... nanti aku kesana juga...

    ReplyDelete
  15. waa... teringin plak nak g sana.. :)

    ReplyDelete
  16. wang klian...ntah darjah berapa ntah masa sy ikut mak p rombongan ke sana..tp xpg kat pasar tu pun..

    skrg nmpk lain sgt2 dh

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,
    whoa..kak ujie pi tak bawa nisa XD
    bestnya jalan-jalan :) tak perlu ye dokumen pape? best2..

    ReplyDelete
  18. tak pernah sampai wang kelian.. mak pernahlah tu pun sebab hantar pengantin...

    ReplyDelete
  19. AMIE:
    salam kenal amie..^_*

    EITA:
    bestla..tak payah kuar duit buat pasport kan..

    wang ringgit mestilah ada, baru best ke wang prachan! hahaaa..

    WS:
    mmg byk benda menarik utk shoot..tapi kalo asik shoot tak dpt le menikmati suasana kat sana. meriah!

    LYD:
    mmg sdp, sbb tak penah jumpa.

    AISHAH:
    rugi gak tu, tapi masa belajar kewangan terhad..tak terfikir nak jln2 sgt.

    MUNNA:
    buat rombongan family pulak la lps ni..

    KHAIRUNNISA:
    masuk dlm beg akak la..sng memana akak bwk nisa ya..^__^

    a'ah..free flow..tanpa dokumen. syok kan..

    MASYA:
    rezeki mak masya la tu..
    rezeki masya akan dtg..insyaallah!

    ReplyDelete
  20. akak... wuuuu... nampak macam menarik je journey tu.. meriah bila ramai2 camtu kan ? kan ? hehe

    ReplyDelete
  21. bestnye journey macam ni.. pengalaman menarik.. :)

    ReplyDelete
  22. kak fieda dh pernah sampai sekali..mak oiii..jauhnya nak sampai sini...paling tak tahan masa jalan yg pusing2 tu..mcm nk gi cameron plk..

    ReplyDelete
  23. pernah pegi skli,
    tpi x tau nak beli apa..
    hehehe..
    jln2 saja,,

    ReplyDelete
  24. nk tnye .. sbnrnyerk hari ahad saje ke bole msk? ade sy bace sabtu ahad die buka ..

    ReplyDelete
  25. FZA:
    Saya dah confirm kn dgn org sana..mmg Ahad je (pg-mlm). Maybe dulu2 sabtu ahad kot.

    ReplyDelete
  26. HUJUNG MINGGU NI NAK KE PERLIS.. BOLEHLAH SINGGAH DI SINI.. :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****