Perlis...memang terkenal dengan pelam. Syoknya di sini kita boleh makan pelbagai jenis pelam. Paling terkenal tentunya pelam Harum Manis. Siapa yang pernah merasa, mesti tak boleh lupa rasanya yang manis dan berbau harum. Maka, bermulalah pencarian pelam Harum Manis ni bila saya dan suami tiba di Perlis pada hari Sabtu lalu. Tapi menurut biras saya yang menjadi 'pemandu pelancong', musim pelam Harum Manis ni baru saja bermula. Dan musim ni hasilnya agak kurang disebabkan faktor perubahan cuaca. Jadinya ia belum banyak di jual dan harganya mahal. Untuk info, musim pelam ni adalah sekitar April hingga Jun.
Banner iklan di sebuah gerai..ramai yang singgah di gerai ni termasuk beberapa buah bas. |
Mulanya kami terus menuju ke ladang Harum Manis, malangnya ia masih belum dibuka untuk jualan. Jadinya kami pun mula mencari di gerai-gerai pelam yang terdapat di tepi jalan. Tapi cuma sedikit yang ada menjual Harum Manis ni. Dan harganya cukup mahal..RM15 sekilo! Tak terus beli, tapi terus mencari di gerai lain. Akhirnya dapat jugak yang berharga RM10 sekilo, tapi cuma akan masak lagi beberapa hari. Sayangnya bila dah tiba masa, banyak pulak yang busuk pada biji pelam dan tak sesedap yang saya makan sebelum ni. Agak kecewa..belum rezeki!
Nilah rupa pelam yang terkenal tu..warna menarik, bau harum & rasa sedap! sumber gambar oleh 'sexychef' |
Nak tahu sejarah pelam Harum Manis? Sila KLIK DI SINI. Nak buat belian pun boleh!
pelam harum manis ni kalo sebijik tak cukup kak..paling kurang kena 5 bijik baru puas makan. Memang sedap!! tapi tulah..mahal.
ReplyDeletePelam harum manis? pernah ke sy makan ni? tak perasan...tapi kalau sy dtg perlis nak cr ini dulu lah hehe..
ReplyDeletesaya pernah makan pelam harum manis...mmg sedaap :) mmmmmm
ReplyDeleteTengok gambar pelam, terus terliur...
ReplyDeleteNisa'
ini feveret saya nie kak..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
dahulu semasa belajar 2tahun di perlis selalu makan buah pelam harum manis ni. tapi ia bermusim tak silap antara januari mula berputik hingga ke bulan mei (tamat musim)
ReplyDeletekalau makan yg muda pun dah ok tak masam langsung. kalau ada pun terlalu sedikit rasa yg ada
ReplyDeleteoh buah pauh..hehe..yana tak tahu nak classify buah2 pauh ni..semua rasa macam sama jer..hehe..
ReplyDeletetak pernah lagi rasa pelam ni...mmg femes :)
ReplyDeletedulu salu makan pelam . tapi lepas kene tipu ngn makcik jual air pelam , lepastu muntah . dah tak boleh makan pelam . kalo makan pon , yang masam je . yg manis takleh nak telan . huhuhu
ReplyDeleteNIZA:
ReplyDeletemmg pun..sdp sgt kan.
tapi kalo 5 bijik mmg lebih sekilo tu..mahal!
ELIH:
kena dtg sekitar april-jun la nampaknya..
TP:
waah..dah puas merasa la nih!
tapi kalau mkn yg muda, tak dpt le saya rasa keharuman & kemanisannya. ^_^
PRETTYWRITE:
yg lain sume mmg lebih kurang je rasa dia.
tapi yg harum manis ni mmg lain, berbau harum dan sgt manis bila dah cukup masak.
TIHARA:
saya pun baru beberapa kali rasa, tu pun sejak adik ipar kawin dgn org perlis.
MISS B:
betul2 memori pahit..smpai takmo mkn pelam lagi! dasat penangan makcik tu ya..^__^
perghh,,
ReplyDeleteterbaik...
bau dia yg x buley tahan..
mahal nyer...
ReplyDeletetapi kalau rasa dia best..berbaloi lah..
walau mahal tapi bila musim dia mmg saya dapatkan.. selalunya pesan je dari kawan.. kdg2 saya makan ngan pulut nyum2
ReplyDeletesalam ujie..dah bermula musim harum manis ye.acik suka pelam ni...acik pernah beli di pusat pertanian bukit bintang..memang sedap dan manis..harga ikut gred..masa tu gred A harganya rm9.00
ReplyDeleteHoho.. minat habis dengan pelam harum manis.. Kalau bagi 2 kilo pun boleh habiskan sorang2.. peminat buah2an tempatan... tapi harganya sgt2 tegak rambut.. har3
ReplyDeleteLIA:
ReplyDeletebetul lia..kalau yg cukup masak tu..bau dia mmg sgt2 menggoda!
EITA:
awal musim mmg sgt mahal, lps tu makin turun. tapi masih mahal berbanding pelam lain.
sbb sedap, ramai je yg beli.
SYIELA:
mkn dgn pulut..saya blm try lagi. tapi org sana mmg biasa mkn gitu kan..
ACIK:
a'ah..dah mula. Sempat cari lagi ni, abis musim bln jun. ^_^
NURMISNAN:
hahaa..2kg mmg boleh habiskan..
tapi mmg habislah duit! ^__^
tengok pun nampak sedap .. ishk ..
ReplyDeletetapi rasanya tidaklah masam seperti pelam2 muda yg lain.
ReplyDeleteterliur dibuatnya...
ReplyDeletekecut tak pelam ni.. hehe
ReplyDeletekecur liur tgk gambar mangga ni. :)
ReplyDeletenmpk sedapppp..hee
ReplyDeletesuka gak mangga/ pelam gini..
wahhh...ct suka mkn buah pelammmm...sedap!!!!
ReplyDelete