sumber: google |
Perbadanan Tabung Pendidikan Teknologi Nasional (PTPTN) yang dikuatkuasakan pada Julai 1997, sebenarnya telah melahirkan ramai 'PENGHUTANG MUDA'. Mujur pada tahun tersebut Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudi memberikan pinjaman (kemudian berubah menjadi biasiswa) kepada saya, jika tidak saya tiada pilihan lain melainkan membuat pinjaman PTPTN.
Berbalik kepada PTPTN, sebelum kewujudannya pelajar-pelajar di IPTA diberikan pinjaman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cara bayaran balik pula mengikut kelas yang diperolehi pelajar. Berbanding PTPTN, tiada pengurangan (kecuali pelajar yang dapat kelas pertama) diberi. Kelas pertama? susah untuk dicapai. Akibatnya graduan yang lahir dari IPT bukan saja menggenggam segulung ijazah, tetapi memikul sejumlah besar beban hutang. Kasihan, mereka menjadi penghutang diusia amat muda! Sebagai contoh, ada yang mempunyai hutang sebanyak RM46,000 untuk pinjaman diploma dan ijazahnya. Boleh bayangkan...baru nak mulakan hidup, tapi dah ada hutang sebanyak itu. Bagaimana jika tidak mendapat pekerjaan dengan gaji yang bersesuaian? Hidup tentunya bertambah sukar.
Mungkin ada yang berfikir, tak perlulah masuk IPT dan seterusnya buat pinjaman PTPTN. Tapi ini soal peluang dan keinginan. Bila peluang belajar terbuka dan keinginan mengejar cita-cita pun ada, pinjaman PTPTN yang mudah diperolehi terpaksa diambil. Jadinya, apa jalan terbaik yang ada? Seharusnya sesiapa sahaja yang menerajui kerajaan perlu memberi peluang belajar kepada rakyat dengan memberi kemudahan kewangan. Mungkin tidak sepenuhnya percuma, tetapi boleh kembali kepada sistem pinjaman JPA seperti dulu. Cara tersebut boleh memberi motivasi kepada para pelajar untuk mencapai kelas terbaik, disamping itu kerajaan juga telah menyumbang ke arah menghasilkan aset negara yang berilmu tinggi.
Ini hanyalah sekadar luahan dan pendapat saya, yang kasihan melihat ramainya 'penghutang muda'. Harap maaf kiranya sudut pandangan kita berbeza.
p/s: Esok sebelum subuh, saya akan bergerak ke utara tanahair. Akan kembali menulis blog dan bertandang ke blog korang selepas hari Rabu, Insyaallah!
Yang nak buat demo tentu dari puak pakatan kan. Tapi kat buku Jingay mereka menyebut PTPTN tak akan dihapuskan. Camna ni...
ReplyDeletehttp://penaminang.blogspot.com/2012/04/isu-ptptn-pak-anwar-kantoi-lagi-20.html
haah mmg ramai yg merungut pasal ptptn ni dari dlu lg..tp yg tukar course edu diorang leh dpt biasiswa KPM..
ReplyDeleteassalam ujie..anak acik salah sorang dari penghutang muda..
ReplyDeletect pon antara penghutang muda tu,..huhu...arap2 bleh la byr nti...
ReplyDeleteMIE:
ReplyDeletekalo ikutkan..bkn anjuran Pakatan. tp tak taula kalau disebaliknya.
Utk elak salah faham..saya dh delete nota demo td. saya bkn sokong demo tu atau Pakatan..saya pun takmau hapus terus, skdr nak ada pengurangan bersyarat mcm JPA/MARA.
TIHARA:
betul..geng2 matrik dulu ramai apply acc edu. sbb nk tajaanlah.
ACIK:
hutang bljr mmg susah nk elak..tp kalau ada pengurangan bersyarat bolehla kurangkn beban.
CTK:
diploma..sekitar rm18k kan..boleh lg.
lagi elok kalau pinjaman ni dihadkan kepada yang benar-benar layak je. layak pada maksud aku cuma tertumpu kepada mereka yang betul-betul ada potensi untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mampu berdikari sebaik tamat pengajian. apa yang aku nampak ketika zaman awal ptptn dulu (masa tu aku semester pertama) pinjaman ni ditawarkan kepada hampir sesiapa sahaja asalkan pendapatan penjaga tu didapati layak untuk terima.
ReplyDeletebukan bermaksud untuk menidakkan mereka yang kurang bijak untuk mendapatkan bantuan. tapi ramai yang aku nampak, mereka ni mensia-siakan pinjaman tu, dan ada jugak yang belajar sekerat jalan sama ada tak minat belajar atau diberhentikan.
sekian.
hutang tetap hutang..tetap perlu bayar..alahai,kcil2 dah berhutang keliling pinggang.
ReplyDeleteslmt mlm sis..
betul jugak tu.....bebanan hutang.
ReplyDeletebetol tu..muda2 lagi dah di bebani oleh hutang...
ReplyDeletedulu bayar sekejap lepas tu stop bayar sampai skrg tak bayar2 lg..hehe..kelantan kata duit royalti minyak yg dapat nanti antaranya nak bayarkan hutang ptptn anak2 kelantan..tapi duit tu tak dapat2..aisehh..nak dapatkan hak sdri pun payah..
ReplyDeletedulu bayar sekejap lepas tu stop bayar sampai skrg tak bayar2 lg..hehe..kelantan kata duit royalti minyak yg dapat nanti antaranya nak bayarkan hutang ptptn anak2 kelantan..tapi duit tu tak dapat2..aisehh..nak dapatkan hak sdri pun payah..
ReplyDeletebetul2..ciktom muda2 dah berhutang psl ptptn ni la..heee
ReplyDeletebetol kak
ReplyDeletesedih jugak mndgr luahan perasaan kwn2 yg gune PTPTN ni
mcm2 nak kene setel, PTPTN ni, tambah lagi satu beban ha..
salam ujie.
ReplyDeleteMahu tak mahu kita terpaksa akur PTPTN adalah mesin bantuan pernafasan kepada pelajar2 IPT
Kite sependapat. Mls nak cite lebih Psl PTPTN. Sy merase beban. Byr RM200 sebulan tp duit tak luak2. Sgt menyedihkan.
ReplyDeletepada saya..kerajaan perlu lebih bijak menguruskan kewangan,kurang kn dana yg berlebihan pada sambutan/majlis, dan juga bantuan tender yg melampau2 kerana kroni..sbg contoh tgk la bantuan 500 tu, nk beri bantuan tu pn ade majlis khas d stp kampung..klau la segala pembaziran nie d serap dan d salurkn kepda pembinaan modal insan, kn lbih bgus..
ReplyDeleteuntuk pelajar pula, dr ape yg sye tgk melalui kwn2 sye, ramai yg sebenarnye xperlu pinjaman penuh pn dr ptptn..stp sem duet lbih bnyk d abes kn tuk tukar henfon, beli dslr berjalan2 dan sebagai nye..abes sem, duet akn abes, sementara tgu nk kerja, tiada lansung simpanan malah menanggung hutang pula..bile dh kerja mula la bising nk bayar hutang..
maka sye rase kedua2 pihak(pelajar dan juga kerajaan) perlu ade plan tindakan jgke mse pnjang supaya penghutang muda ini dpat d kurang kn(jika tidak mampu d hapuskn sepenuhnye)..
time saya tak pernah merasa skim JPA tu..yang sy tau JPA ade provide scoharship kan??hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Saya ada buat pinjaman ptptn ni..
ReplyDeleteHarap2 dapat la setelkan hutang bila dah kerja nanti..
eyda tak buat pinjaman time diploma . tp time degree nnti ingt nk mntak . tapi cemane nih ? hurmmm
ReplyDeleteekceli fikir jugak sal hidup dibelenggu hutang nanti , tapi nak buat cemane , memang kene buat jugak pinjaman .
lamanyer menghilang ...
ReplyDeletekan bagus kalau hidup nie tiada hutang....
ReplyDeletehadoo...kalau dah hutang mesti kena juga dilunaskan. bila la hutang aku nak habis nie
MISS B:
ReplyDeletekalau agak mampu, jgn amik full loan. takde la byk hutangnya nanti.
btol2..
ReplyDeleteira alhamdulillah tak da title penghutang muda sbb ira blaja ditaja oleh KPM..alhamdulillah perjalanan hidup ira dipermudahkan..
tp kakak ira penghutang muda..dia byr sikit2 n sblm ni ayah ira ada tlf byrkan sikit...apa nk buat..nak segulung ijazah terpaksa berhutang kan..
mgkin kerajaan patut rombak n fkirkan smula tentang ptptn ni..
nti ct nk smbung degree...mtk lg..mmg makin bertambah la..hoho
ReplyDelete