Saturday, 21 April 2012

Kelapa Sawit dan Tanah Gambut

Dalam entri teka gambar yang lalu, gambar setandan buah sawit tu saya ambil di kebun kelapa sawit di kampung saya - Pontian, Johor. Ni gambar yang asal...


Kelapa sawit ni ditanam di tanah gambut. Tanah gambut sebenarnya dianggap sebagai salah satu daripada tanah yang bermasalah kerana ciri-cirinya, seperti saliran yang tidak baik dan mudah menyusut. Bila tanah menyusut, pokok pun mudah tumbang. Kalau jalanraya yang dibina atas tanah gambut pulak, memang tak rata dan retak-retak walau dah selalu dibaik pulih.

Kesan penyusutan tanah gambut, pokok sawit besar banyak nak tumbang.
Apapun, tanah gambut ni menyimpan nostalgia tersendiri buat saya. Sebab masa kecil dulu sewaktu zaman tiada bekalan air paip di rumah nenek, kami semua kena mandi di 'PARIT'. Bukan parit macam longkang kotor tu, tapi parit air tanah gambut. Ia luas dan dalam, kira macam mandi sungai. Memang seronok mandi ramai-ramai dengan mak dan adik-beradik lain. Ada yang tak tau rupa air tanah gambut? Tengok gambar di bawah..

Airnya warna macam teh o pekat kan..
Yang ni gambar parit kecil, bukan parit yang boleh buat mandi tu tau.

Buah warna pink yang menarik perhatian...buah apa entah.
Lagi satu pasal tanah gambut, jangan pakai kasut bertumit tinggi kalau ke tempat bertanah gambut ni. Kasut saya yang bertumit rata ni pun boleh tenggelam tau. 

Kalau ada yang nak tambah ilmu mengenai tanah gambut, sila baca SINI. 

21 comments:

  1. duk fikir jugak ni buah apa yang kaler pink tu....

    ReplyDelete
  2. Yang bestnya air tanah gambut ngam dengan sabun, tak mcm air tanah liat. Satu lagi kat parit2 kecilnya banyak ikan pelaga. Udang galah pun ada...

    ReplyDelete
  3. sala ujie..masa acik mula2 dok tanjung karang..pelik tengok orang mandi manda dalam air yang warnanya pekat..dikampung acik masa tu walaupun belum ada air paip tapi sungai dan telaga airnya jernih

    ReplyDelete
  4. haa tu buah cherry yer eita..hoho :p
    hasil dari kelapa sawit ni la yg mbesarkan kami 4 beradik..tp saya tk sempat rasa kesusahan tu..abg n kakak pernah la merasa makan kankung dengan sardin je masa mula2 masuk tanah FELDA..

    ReplyDelete
  5. masa sekolah dl ada belajar pasal jenis2 tanah ni...tapi tanah gambut sy masih ingat.wah, seronoknya ada ladang kelapa sawit.

    ReplyDelete
  6. eh, jap..kak ujie dgn kak tihara ni sedara ke?

    ReplyDelete
  7. eh, apasal tiba-tiba aku teringat kat rumah nenek aku je ni. dulu masa kesil pernah berkubang dalam culvert kat parit gambut tu. airnya dingin...

    ReplyDelete
  8. abg sy kat kampung tanam kelapa sawit.heheee penat nak bersihkan kwsn pokok ni,dah la luas..

    slmt mlm kak~

    ReplyDelete
  9. Kalau saya terjumpa air tanah gambut ni confirm saya takkan mandi or sentuh (saya first time tahu tentang air tanah gambut ni). Nampak macam kotor, tapi rupanya boleh dibuat mandi...

    Nisa'

    ReplyDelete
  10. IKT:
    a'ah..lembut. bila pijak mudah berbekas.
    Tanah ni ada beberapa peringkat, kalau yg sgt lembut..mmg sgt mudah tenggelam bila dipijak.

    EITA:
    cantik..byk pulak yg bergantungan.

    MIE:
    Yg saya ingat pulak..mudah keruh. lps tu jiran rmh seterusnya marah sbb nak membasuh tapi air keruh.
    Best tang ikan2 tu..tp tak ingat ikan apa..

    ACIK:
    hehe..mesti fikir mandi air kotor kann..

    TIHARA:
    Ceri ke? Ceri kan ada pokoknya. ni mcm tumbuhan menumpang kat pokok. Spesis ceri?..

    NIZA:
    bkn ladang..kebun kecik je.
    Dah tua pun pokoknya.

    Sedara..se islam, se baya, se fakulti tapi tak penah jumpa!

    SM:
    mmg sejuk..kalo nk mandi tghari sikit baru ok.

    WS:
    hehe..semak kan kebun dlm gmbo ni. takde yg uruskan sepenuh masa..ginilah.
    Mesti kebun abg Achie kemas & lapang je..

    KHAIRUNNISA:
    yelah..kalo tak tau mmg ingat tu air kotor.
    Air ni buat mandi & basuh2. Utk minum, tadah air hujan.
    Nilah kejadian Allah..pelbagai.

    ReplyDelete
  11. Tanah gambut ni kalau tanam sayur OK kan...?

    ReplyDelete
  12. KARUKORD:
    ok kot..sbb elok je org kg tanam sayur keliling rumah.
    tapi bkn sume jenis tanaman sesuai...

    ReplyDelete
  13. Isi buah sawit sedap..
    Bestnye mandi parit..
    Kak,tanah gambut ni lembut kan?

    Apa2 pun,hidup kelapa sawit...hehe.. :)

    ReplyDelete
  14. Dapat jugak tahu sikit2 pasal tanah gambut ni..tanah gambut ni kat ladang kelapa sawit je ker k.ujie?yna bab geogrgfi ni fail..huhuh

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, nice sharing kak Ujie :) sebelum ni tengok je ladang ni dari atas kapal terbang.. sayang la if tanah dia jenis yang cepat menyusut :(

    ReplyDelete
  16. dulu belajar kat sekolah tanah gambut sesuai tanam nenas jugak..hehee..patut la jalan kat kawasan ada kelapa sawit ni beralun2 je...mcm jalan kat jengka tu.

    ReplyDelete
  17. wah...saya tak penah tengok kelapa sawit dari dekat..maklum laa kak..kat Kl nie mana ade kelapa sawit..hehehe..Saya plak jenis takde kampung..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. LEEYA:
    penah mkn buah sawit, tapi tak ingat rasanya mcm mana.
    a'ah..tanah ni lembut, mcm span.

    PRETTYWRITE:
    tak lah. Tanah gambut ni terjadi kat kwsn yg kurang baik salirannya. Disebabkan sifat tanahnya, ia lebih sesuai utk tanam kelapa sawit & nenas.

    KHAIRUNNISA:
    itulah kejadian alam..mcm2.

    AISHAH:
    a'ah..nenas & sawit mmg paling sesuai kat tanah gambut ni.
    cuma org prefer tanam sawit mungkin sbb hasilnya lebih tinggi dan tak perlu penjagaan kerap.

    AZLAN:
    nampaknya azlan kena cari calon isteri org kg ni..^__^

    ReplyDelete
  19. oohh... ujie org pontian ye. kg izan kat selangor pun tanam kelapa sawit. samalah tanahnya pun tanah gambut. dulu masa kecik2 suka main masak2 kat kebun. tapi mandi parit taklah sbb parit depan umah tu besar dan dalam juga.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****