Monday, 16 April 2012

Perlis: Mewah Hasil Laut

(sambungan siri catatan ke Perlis...)

Lepas cari pelam Harum Manis, kami dibawa 'membeli-belah' hasil laut pulak. Mula-mula ke SUNGAI BEREMBANG, untuk membeli belacan. Menariknya kat sini, terdapat banyak perusahaan membuat belacan. Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan perusahaan ni dijalankan di rumah. Biras saya yang memang orang tempatan, membawa kami ke perusahaan 'Belacan Ori' yang dikatakan paling sedap. Harganya cuma RM1 sekeping. Saya beli 10 keping, dapat percuma sekeping lagi!


Sepanjang tepi jalan tu jugak, ramai yang menjual siput Mentarang. Dan inilah kali pertama saya lihat Mentarang ni. Mentarang tu apa? Ia sejenis siput yang hanya boleh dijumpai di pantai berselut macam di Perlis ni. Ia dikutip sewaktu air laut surut. Rasanya seakan kupang/kerang, rupa dalamnya putih dan lembut. Mentarang ni kemudiannya kami bakar dan isinya dimakan bersama sos BBQ.

Mentarang yang sudah dicuci,
nak cucinya agak susah sebab tebal dengan selut.

Lepas dari Sungai Berembang, kami dibawa ke KUALA SUNGAI BARU pulak. Ia merupakan kawasan perkampungan nelayan. Tujuan ke sana tentulah untuk membeli pelbagai hasil laut. Kiranya kalau duduk kat Perlis ni memang puaslah makan makanan laut. Sebab mudah didapati dan harganya murah! Malamnya kami manikmati BBQ pelbagai makanan laut yang disediakan oleh ipar dan biras saya...banyak sampai tak larat makan.

Sekitar Kuala Sg. Baru..sebelah kanan tu sungai.
Pelbagai jenis udang kering dan ikan bilis...
sampai tak tau mana satu nak beli.
Bukan je ada pelbagai jenis udang kering dan bilis, ikan masinnya pun ada banyak jenis. Atas syor, kami turut membeli ikan masin 'masam'. Belum pernah lagi makan ikan masin yang ada rasa masam, teringin nak cuba sebab ia dikatakan lebih sedap dari ikan masin biasa.


p/s: Untuk cerita Perlis ni ada lagi beberapa entri, maaf jika bosan. Sekadar perkongsian pengalaman dan panduan bagi yang nak ke sana.

30 comments:

  1. Sy suke entri catatan perjalanan awak nie. Boleh bt rujukan in future. Same mcm entri awak jln2 ganu dulu. Heheheh...

    ReplyDelete
  2. hmmm xpenah berjalan ke perlis.. teringin gak nak ke sana.. hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Ujie..,

    lama dah tak kesana .... tak taulah bila nak kesana lagi...

    ReplyDelete
  4. pernah tinggal kt perlis thn 90 an dulu tp smpi skrg dah bertahun tak ke sana.

    ReplyDelete
  5. best nye erlis eks..bile tah nak gi sini..saya teringin nk g bukit larut tp tah bila..kalo leh travel sesorang dgn selamatnya kan best ..bebas :)

    ReplyDelete
  6. Banyak maklumat entry ni. Jadi, cemana rasa ikan masin masam tu? Sedap ke tak? Belacan tu plak, apa bezanya dgn belacan biasa?

    ReplyDelete
  7. salam..

    Bestnye jln2 ke perlis..tak pernah sampai sana lagi..

    1st time tgk siput mentarang..tak tau sblm ni..

    ReplyDelete
  8. ikan masin 'masam'??ikan perkasam ker??

    ReplyDelete
  9. ikan masin masam.. first time dengar tu.. :)

    ReplyDelete
  10. PAA:
    lps ni boleh menghala ke utara pulak ya..

    CMA:
    Perlis ok lagi, mudah nak pegi sbb ada highway..plan la ke sana, boleh ke langkawi sekali.

    AZMNOR:
    saya pun tak plan, pegi ni sbb ada urusan keluarga. kalau tak, ntah bila..

    CLEVERSPIDER:
    lama benar tinggalkan tu..jenguklah, kutip kenangan silam. ^_^

    TIHARA:
    amboi impian..nak travel sorang2 tu!

    LYD:
    hahaa..ikan masim masam blm sempat masak lagi. menu lain dulu.

    yg belacan tu, bau & rasa dia mmg lebih kuat berbanding belacan biasa yg beli kat kedai.

    LILY:
    sama la kita..jakun dan try makan walau mcm geli2 sikit.

    CK:
    tak tau nak kata..sbb ikan pekasam pun akak tak penah makan dik..^__^

    HANAMIKO:
    tulah..tak penah jumpa sebelum ni.

    ReplyDelete
  11. acik suka beli ikan bilis..kalau pi ke lumut..berkilo kilo beli bilis aje..

    ReplyDelete
  12. mana ada bosan..
    best tu dapat tengok...dapat dengar...citer negeri orang..
    nak pergi jauh...

    mentarang....
    tak pernah makan..dan takan makan...

    ReplyDelete
  13. best ujie dpt gi sana..mentarang tu rasa mcmna..?

    ReplyDelete
  14. best ujie dpt gi sana..mentarang tu rasa mcmna..?

    ReplyDelete
  15. eh3..dulu sy selalu p sni..time belajar kat arau dulu..mak selalu pesan beli belacan kt cni..sedap belacannye..tp xingt dh nama apa belacan tu..

    ReplyDelete
  16. FIEDA:
    rasa mcm kupang atau kerang gak.
    cuma rupa dia putih & lembut/lembik..kalau tak biasa mcm geli sikit lah.

    SAYA DISINI:
    mmg susah nak ingat, sbb ramai yg buat perusahaan belacan ni kan..

    ReplyDelete
  17. salam
    ujie..akak kalau ke perlis...terus ke wang klian atau padang besar...

    ReplyDelete
  18. mengtarang??? lya mmg x pnh jumpa n tgk pon...

    belacan tu sure sedap kan..

    ReplyDelete
  19. kalau perlis saya penah sampai kat padang besar jerr...kangar tu setakat bus stop jerr...hehe.

    ReplyDelete
  20. ikan masij tak masin ada? haha!

    ReplyDelete
  21. mentarang kalau buat bakar gitu saja, fuh sedap.

    ReplyDelete
  22. mentarang selalu jumpe kalau nak balik kg hala ke sabak bernam.. tp x pernah beli atau makan..

    ReplyDelete
  23. MASYA:
    kat wikipedia kata, mmg area sabak bernam, selangor dan perlis je yg ada mentarang ni. sbb pantai berselut.

    ReplyDelete
  24. wahh..hee mcm best...

    ira dah lama x ke perlis..last ms nak g langkawi dl..hee..

    mmg xtau la tmpt2 y akk ckp tu..:)

    ReplyDelete
  25. banyaknyer kak ujie beli belacan..hehehe

    ReplyDelete
  26. ikan masin masam ?? hurmm.. macam menyelerakan je tu kak.. nyum2.. makan dengan nasi panas2.. glurp..

    ReplyDelete
  27. Nak g jugok perlis tak penah sampai lg..huhu..banyak eyh seafood kat sana?bestlah pulak makan seafood jer..ikan masin masam?ikan pekasam ker?pekasam mmg fevret yna..tp ikan masin xsuka..hehe

    ReplyDelete
  28. PRETTYWRITE:
    yna kalau teringin seafood, g tganu je lah. dekat sikit kan..

    ReplyDelete
  29. wahhh..
    mentarang...
    saya suka makan masak pedas.
    sedapnyer,,

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****