Sunday, 29 April 2012

BERSIH 3.0: Hak Anda Untuk Sokong atau Bantah

BERSIH 3.0 sudah pun berlalu. Sudah tamat.
Ada yang menyokong, ada yang membantah.
Tak kurang juga yang tidak menyokong juga tidak membantah.

Itu hak anda. Hak kita semua untuk percaya apa yang kita yakin betul.
Cuma...jangan sampai apa yang kita percaya membuat kita hilang pertimbangan.
Berdebat di laman sosial...tak salah, tapi biarlah dengan kata-kata sopan.
Tunjukkan kematangan diri...tonjolkan kewarasan fikiran.
Baik yang menyokong atau membantah...kawal diri, jaga emosi.
Pertempuran di laman sosial...sebenarnya lebih sukar dikawal.

Sebaiknya...
Elakkan berkata-kata, berdebat atau berbincang,
Pada perkara yang tidak kita ketahui secara jelas.
Apa yang kita lihat dan dengar...tak semestinya betul.
Apa yang kita percaya selama ini...belum tentu benar.

Ingat...memang hak anda untuk sokong atau bantah.
Tapi anda tak berhak untuk mencaci maki orang yang tak sependapat dengan anda!


p/s: Pening baca ayat-ayat marah kawan-kawan di Facebook...berdiam diri lebih baik dari bergaduh kat Fb.

14 comments:

  1. Hahaa sama la.....penuh kat home FB saya ngan cerita bersih. Mcm2 ada....

    Oh indahnya malaysia :)

    ReplyDelete
  2. Aku x sokong bersih 3.0... Sebab tu aku x bersihkan rumah sbg tanda protesssss...

    ReplyDelete
  3. KLu lyn cite2 dlm fb, sengih sendiri jelah. Hahahaha...

    ReplyDelete
  4. ujie..bnerdiam diri lebih baik..dan acik jugak elakkan dari tengok tv dan baca suratkhabar..sebab kita tidak berada disitu..

    ReplyDelete
  5. susah nak kata sebab .. fikiran macam dah disumbat dengan macam-macam. mana betul mana salah saya dah tak tau .. saya berpihak pada kebenaran. dan kebenaran tu cuma Allah yang tau ..

    ReplyDelete
  6. sy pun tak minat nk join 'pdebatan' org yg sokong @ bantah bersih. sy menyokong bersih & sy jelas knp sy menyokong bersih..cuma tak berminat nk menyuarakan knp knp dan knp. sblm sy tahu pasal ni, sy pun penuh dgn tanda soal..sy tak tny org, tp kita boleh cari sndri kalau kita benar nk tahu knp knp & knp..

    =)

    ReplyDelete
  7. Memang itu hak kita nak sokong atau sebaliknya tp berpada2lah...

    ReplyDelete
  8. saya pun diam jugak kak...pening kepala baca segala status kat fb pasal bersih tu. masing2 berdebat mengenai pendapat memasing. haru biru dah jadinya..

    ReplyDelete
  9. jgn sokong sampai xnampak yg buruk..jgn bangkang sampai xnampak yg elok..bersederhanalah..jgn taksub.. =)

    ReplyDelete
  10. sama la..tgk fb kawan2 ada mcm2 versi..yg xsuka bl kuar ayat2 yg xsepatutnya..gaduh sesama kawan..ape la nak jadi..

    ReplyDelete
  11. jadi pemerhati jela kan. :)

    ReplyDelete
  12. malas nak campur pasal ni...

    ReplyDelete
  13. hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****