Tuesday 12 September 2023

Foto-foto Sekitar Trip Ke Bangkok Pada 28 Jun - 2 Julai 2023

Foto-foto terpilih sekitar trip saya ke Bangkok pada 28 Jun - 2 Julai lalu yang tiada entri khusus, saya letak di entri ini sebagai kenang-kenangan.

1
Kabel elektrik berselirat seakan menjadi satu trademark bagi Thailand. Dalam foto di atas tak begitu berselirat pun, tapi apa yang buat saya tertarik memotret sebab terdapat CCTV pada tiang elektrik tersebut. Bukan CCTV yang besar tu, itu dipasang pada bangunan hotel.

2
Haa…yang ini jelas menunjukkan betapa berseliratnya kabel elektrik mereka. Foto ini saya rakam sewaktu sedang melalui Lorong Phetchaburi 7, terdapat gangguan elektrik ketika itu. Lorong ini sempit, yang bagusnya masing-masing kekal bertenang menunggu giliran untuk lalu. Tak kedengaran sebarang bunyi hon.

Saya terfikir, entah macam mana caranya petugas tersebut nak melakukan kerja baik pulih dengan kabel elektrik begitu. Tapi mereka dah biasa, tentu dah cukup mahir. 

3
Foto kesibukan aliran trafik ini saya rakam dari stesen Ratchaprarop. Saya pernah menyaksikan aliran trafik Bangkok yang sangat sibuk dan sangat padat kenderaan memenuhi jalan sehingga tiada ruang kosong. Memang timbul rasa terkejut dan takut bila melihatnya dari atas.

4
Foto landasan kereta api yang dirakam dari stesen Phaya Thai. Nampaknya seperti ada kehidupan (tempat tinggal) di sepanjang tepi landasan.

5
Ini pula landasan kereta api yang terletak di bawah stesen ARL Ratchaprarop. Di sinilah saya perlu melintas jalan setiap hari selama menginap dua malam di KC Place Hotel Pratunam. Palang diturunkan dan ada petugas mengawal apabila ada kereta api nak melalui tempat ini.

6
Antara perkara unik yang saya perasan, di sini terdapat banyak perkhidmatan dobi layan diri yang menggunakan mesin basuh seperti kegunaan di rumah. Selain mesin basuh automatik begini, saya nampak ada juga pilihan mesin basuh manual.

7
Inilah bilik penginapan saya dan Encik Suami di KC Place Hotel Pratunam. Bilik jenis Standard Room with balcony. Tiada entri khusus berkenaan penginapan ini sebab saya tak berpuas hati menginap di sini 😕

Dengan bayaran sebanyak RM329.96 untuk dua malam, kami dapat bilik dengan tilam betul-betul keras, ruangan bilik yang sempit sebab bilik bentuk memanjang dan ada seekor anak lipas merayap di dinding! Bilik airnya juga sempit dengan tingkap rendah menghadap bangunan bertentangan - kalau ditutup tiada pengaliran udara tapi kalau dibuka tiada privasi pulak. Kesannya, bilik air ini terasa berbahang sebab tiada aliran udara yang baik dalam ruang sempit.

Satu lagi yang buat saya rasa tertipu, kami ambil bilik ‘with balcony’ tapi rupanya balkoni yang dimaksudkan hanyalah ruang ‘sekangkang kera’ yang nampak kotor. Apa pun, inilah namanya pengalaman mengembara.

Oh ya, deposit sebanyak 1,000 Baht atau RM100 juga dikenakan sewaktu kita mendaftar masuk.

8
Foto di Suvarnabhumi Airport. Terdapat banyak patung-patung berkaitan Buddha di dalam bangunan lapangan terbang ini. Ada yang sangat besar dan tinggi, tapi saya tak rakam fotonya.

9
Panduan bagi yang akan ke Suvarnabhumi Airport. Klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya. Ruang solat Muslim terdapat di aras 3. Alhamdulillah!

10
Setiap petang sepanjang beberapa hari kami di Bangkok, hujan turun membasahi bumi termasuklah pada hari penerbangan pulang ke Malaysia.

11
Hidangan semasa dalam penerbangan dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Semuanya begitu menyelerakan. Habis licin saya makan. Entah sebab perut rasa lapar atau memang betul sedap hidangan ini 😀


InsyaAllah entri seterusnya merupakan catatan terakhir trip ke Bangkok - ringkasan perjalanan dan kos.












31 comments:

  1. KC Place ni femes... rata2 ramai yg stay kat situ...kami suka stay kat area pasar pratunam tu hahah.. turun2 bilik je terus soping hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab femes tulah Ret, saya buat carian ramai yang suggest sini 😄
      Memang betul senang dekat dengan stesen ARL, jalan kaki sikit je. Tapi saya tak puas hati dengan bilik yang kami dapat, tak selesalah untuk stay dua malam.

      Delete
  2. pernah terbaca satu artikel,Thailand kabel berselirat tapi ada 5G...tapi memang ngeri kan tengok kabel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pernah terbaca jugak artikel tu 😀

      Delete
  3. psl wayar kabel elektrik berselirat tu sm je mcm kt Indon.. sbb mereka tak dijajah oleh British., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..gitu, saya tak perasan pulak. Belum luas saya berjalan di Indonesia, setakat beberapa tempat saya pergi nampak macam biasa je kabel elektriknya.

      Delete
  4. unik betul kabel letrik mereka. kalau di malaysia jagan harap boleh buat macam tu. TNB sangat tegas dalam urusan permohonan dan pemasangan kabel

    ReplyDelete
  5. Macam manalah hendak tahu mana satu wayar yang kena betulkan.
    Alhamdulillah ada tempat solat.

    P.S: Tidak perasan ada salah eja perkataan. Patut ramai tanya. Hehe tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat kan mereka, tau pulak mana nak baiki dalam keadaan berselirat gitu 😄
      Ya, Alhamdulillah tak susah bab solat di Bangkok.

      Delete
  6. Haritu kat Betong pun mereka sedang buat kerja kerja baik pulih kat tiang letrik. Pakai tangga Buluh rupanya untuk keselamatan... Dobi kat situ sama macam sini. Kami tak jadi mendobi di kampung yg mesin macam kat rumah sebab kat Dobi tu takda jual sabun. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM sebut pasal tangga buluh, barulah saya perasan ada buluh kat tempat petugas tu berpijak 😀

      Hehe..yelah, nampak masing-masing bawak pek sabun sendiri masa guna mesin basuh rumah tu. Kalau saya nak mendobi, rasanya saya pun akan cari kedai dobi yang biasa tu.

      Delete
  7. Bilalah nak merasa ke Thailand.. Asyik ke belah Indonesia saja..

    ReplyDelete
  8. Seram tengok wayar kabel letrik berselirat macam tu. Macamana kalau ada percikan api atau disambar kilat agaknya ye. Bersyukur di Malaysia TNB buat piawaian kabel letrik yang nampak lebih selamat dan kemas 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula nampak, akak rasa seram. Lepas tu selalu pandang, akak rasa unik! 😄

      Delete
  9. Kabel letrik berselirat tu sebiji macam di Vietnam. Bestnya pergi Bangkok. Nak sangat pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh…sama jugak.
      InsyaAllah moga ada kesempatan puan ke Bangkok.

      Delete
  10. Betul kata Wak Lat, di Indonesia pun ada kabel berseliweran dan menumpuk seperti itu, bahkan ada pedagang yang juga berjualan di sepanjang rel kereta api,dan rumah"nya berdekatan banget...yah ada dua sisi di balik kemegahan suatu tempat ya😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, setiap tempat ada sisi hitam putihnya 😀. Itu yang membentuk keunikan tempat tersebut.

      Delete
  11. Takut tengok kabel letrik berselirat begitu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sebenarnya ada kelebihan, di atas berselirat jadinya permukaan jalan rayanya elok tanpa kesan ‘tebuk’ sana sini untuk kerja tambah/ganti kabel.

      Delete
  12. Ntah kenapa hotel di thailand itu kasurnya memang banyak yg keras kak ujie. Saya saat menginap di Chiang Mai, juga seperti itu. Untungnya hanya kasur masalah di sana. Lain2nya saya puas hati.

    Pas di Bangkok juga pernah dpt yg keras 🤣 malah tak ada jendela. Jadi berasa pengap. Memang lah kalo hotel bikin tak puas hati, saya pun rasa malas nak menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..gitu ya 😀
      Ini kali pertama akak stay di Bangkok. Hotel sebelumnya Noursabah sangat selesa, itu yang terasa berbeza bila menginap di KC Place 😅

      Delete
  13. Memang jelas ada kehidupan di sepanjang rel keretapi.
    Dobi layan diri tu yang best. Tak kekok nak gunakan.

    ReplyDelete
  14. Rasa bertuah dan bersyukur tinggal di Malaysia, numi tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling bersyukur, kita Muslim yang lahir dan tinggal di Malaysia negara Islam.
      Lain-lain hal macam biasalah, di mana pun ada sisi hitam putihnya.

      Delete
  15. menarik pula tengok kedai dobi tu..feeling2 mcm mendobi kt rumah..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****