Monday 23 April 2012

Batuk Tidak Produktif

sumber: google

Beberapa hari ni saya kembali mengalami 'batuk tidak produktif', iaitu KERING TANPA KAHAK. Ini sebenarnya 'gelombang kedua' batuk tanpa kahak yang menyerang saya. 'Gelombang pertama' baru je berlaku beberapa minggu lalu dan masih bersisa batuknya. Belum pun sembuh sepenuhnya walau ubat semuanya dah habis saya makan. Nampaknya sekali lagi saya kena menghadap doktor untuk penyakit yang sama. 

Agak risau, sebab tak pernah batuk lama dan berlanjutan begini tanpa sebarang kahak. Ia tak kerap, tapi sangat menyeksakan tiap kali terbatuk-batuk. Jadi hari ini, meh kita belajar sedikit info asas mengenai batuk. 

**********************************************
Batuk merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan.

Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita: 
  1. Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  2. Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  3. Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan. (*saya jenis ni)
Klasifikasi Jenis batuk:
  • Akut: <3 minggu
  • Sub-akut: 3 minggu - 2 bulan
  • Kronik: >2 bulan
Batuk jenis (1) dan (2) berkemungkinan juga tanda-tanda penyakit lelah yang tidak berterusan di mana tanda-tanda ini wujud semasa jangkitan virus pada saluran pernafasan. Batuk yang berlebihan terutama jenis batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan, tidak hanya menyebabkan seseorang tidak selesa malah kekal kesakitan apabila batuk. 

Merujuk kepada ketiga-tiga jenis batuk di atas ahli farmasi atau doktor akan dapat menentukan jenis ubat yang harus dan selamat digunakan. Untuk makluman pengguna, tiada satu jenis ubat batuk yang dirumuskan boleh mengubat semua jenis batuk. 




p/s: Teka & menang novel siri (2) akan diadakan dalam minggu ini. Mungkin esok, lusa atau tulat. Bagi peminat novel, nantikannya!

19 comments:

  1. semua jenis batuk boleh menjejaskan produktiviti.

    ReplyDelete
  2. kalau batuk selalu, kepala pun pening, cepat penat.semoga cepat baik batuknya...:)

    ReplyDelete
  3. yana alhamdulillah jarang batuk2 ni kecuali demam..jenis yana tak boleh stress memang akan demam melampau..batuk usah kata la..geli tekak..ingat time pmr n spm..kaw2 punya demam n batuk..tension jer nak jawab exam..dengan takut ganggu orang lain lagi..huhu..

    ReplyDelete
  4. Ooo.. saya pun batuk tak produktif jgak la ni. Sama jugak no 3 dgn ujie.

    Okay. Tunggu teka dan menang novel ni.

    ReplyDelete
  5. salam ujie..acik walaupun batuk tak berkahak..tapi tetap susah nak bernfas rasanya kalau batuk tak berhenti.

    ReplyDelete
  6. Sy klu batuk, mg la lambat baik. Tak larat!

    ReplyDelete
  7. Ada petua yg saya dengar di radio, kalau batuk makan ais krim perasa vanilla. Boleh kurangkan batuk katanya...

    ReplyDelete
  8. sy ni kalau batuk mmg tak lalu kak ujie, bkn batuk biasa2..tp batuk tak kan berenti selagi sy xmuntah.. nk kuar umah pg mana2 tu seksa sgt..

    tp nasib baik sy jarang batuk..jarang sakit2 dmm..tp sekali kena ya ampun...seksa

    ReplyDelete
  9. kita sama la kak..sy baru je kena awal bulan baru ni...ni kena pulak, takpalah redha.
    Sy batuk jenis no2 tu. Siksanya...nak makan pun semput2, mandi pun mcm nk lemas.

    harap k.ujie cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  10. sama lah kak..
    ita pun tengah batuk jugak ni....

    kalau wat pagi tak dapat join lah teka n menang ni......
    huhuhuhhuhu.....

    ReplyDelete
  11. Kena minum suam selalu, moga cepat sembuh ye..:)

    ReplyDelete
  12. izan pun dapat rasa kalau batuk tanpa kahak ni buat kita cepat letih...

    harap2 ujie cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  13. mmg seksa batuk tanpa kahak ni..
    kena minum banyak air..
    Semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  14. thanks ujie, novel dah sampai.. :)
    bagus info ni, thanks 4 sharing..
    tapi kurangkan makanan pedas buat s'tara waktu...moga cepat sembuh k..

    ReplyDelete
  15. saya tengok ramai orang batuk sekarang ni..saya sedaya upaya nak ngelak dari batuk sebab nya bila perut makin besar ni,batuk je buat sakit rasa perut..

    ReplyDelete
  16. semoga akak ujie cepat sembuh ye..
    banyakkan minum air suam,jangan lupa minum ubt^^syrup bendryl tau~

    ReplyDelete
  17. sekitar bulan febuari aritu, saya batuk slama sebulan(sampai awal bulan mac). Bila jumpa doktor, saya diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut dan akibatnya saya perlu disuntik setiap hari selama 5 ari. Batuk tu menyebabkan paru2 saya mengembang.

    Mujurlah panjang umur...

    ReplyDelete
  18. SM:
    pastinya..sikit atau byk pasti terjejas.

    PRETTYWRITE:
    mmg terasa ganggu org lain kalau asik batuk kat umum- tmpt kerja/sekolah.
    ni nasib skrg dok rumah je.

    ACIK:
    kalau smpai susah nak nafas, lagi susah tu..

    MIE:
    petua mkn eskrim penah tau..tapi tak spesifik vanilla. Best gak petua yg kena mkn eskrim nih! tq.. ^_^

    MUNNA:
    woo..sampai kena muntah? teruk jugak tu.
    ada gak akak termuntah lps batuk, sbb baru lps mkn..tgh kenyang.

    NIZA:
    yelah..jenis yg niza kena tu lagi seksa.
    smoga niza pun cpt sihat ya!

    EITA:
    geng batuk akak la eita ni ya..

    insyaallah, utk adil kali ni tak buat sblh pagi.

    ELIH:
    thanks..mmg kalau tgh batuk teruk tu, bila minum air suam ada lega jugaklah.

    IZAN:
    thanks..mmg pun, sbb puas batuk tapi takde apa yg keluar. Sakit tekak lagi ada la.

    LILY:
    thanks lily..

    TIHARA:
    eh, cpt pulak sampai..syukur.

    sblm ni takde pantang pun, insyaallah akan ikut nasihat Tiha.

    DIANA:
    moga Diana terhindar..
    boleh bayangkan seksa kalau diana yg kena.

    WS:
    thanks atas nasihat & cdgn ubat tu ya doktor!

    SHAMEEL ISKANDAR:
    alhamdulillah awak takde apa2.
    thanks, info gak ni.

    ReplyDelete
  19. batuk yg sampai nk jadi semput yg tak larat tu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****