Friday, 21 February 2025

Bingkisan Dari Blogger Mulan

Semalam petang saya terima bingkisan dari blogger Mulan. Berbungkus cantik dan kemas sekali. Belum dibuka pun dah berbunga rasa hati!




Tersenyum lebar saya membelek barangan yang diterima. Bukan satu, tapi ada empat semuanya! Sebelum ni blogger Mulan pernah beri Tupperware warna purple, kali ni dapat warna purple lagi. Maka bertambahlah geng Tupperware purple saya 😊

Alhamdulillah syukur atas rezeki diterima. InsyaAllah semua barangan akan digunakan sebaiknya. Setiap kali guna, pasti saya akan teringat pada sahabat blogger Mulan 💙

Terima kasih buat blogger Mulan atas pemberian yang sangat menarik ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

Oh ya, bingkisan ini saya terima kerana menjadi 'Top Commentators', tapi saya berada di nombor paling corot 😄😅







29 comments:

  1. Tahniah kak, SA pun dapat warna purple...bertambah koleksi...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak! Alhamdulilah rezeki tak pernah salah alamat :D

    ReplyDelete
  3. seronok banyak dapat hadiah ye kak,mak-mak ni paling best dapat tupperware tu suka sangat la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Afzan, sebab sangat berguna untuk kita 😁

      Delete
  4. Alhamdulillah dah selamat sampai. Diusung Kuantan KL berkali2, Alhamdulillah dapat pos akhirnya. Moga dapat terima seadanya. Thanks selalu singgah blog dan komen 💙

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama dan Terima Kasih Mulan dah bersusah payah nak berikan hadiah buat saya dan kawan-kawan lain.
      Banyak pulak hadiahnya dan berbungkus kemas. Saya suka sangat 💙

      Delete
  5. Paling corot pun bergaya hadiahnya tu, Ujie.

    ReplyDelete
  6. Baca setiap mereka yang dapat warna tupperware berbeza. Hehe.
    Selamat menggunakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah basuh, dah letak dalam kabinet bersedia untuk digunakan 😁

      Delete
  7. sweet hadiahnya...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. Tahniah, Ujie. Alhamdulillah, tumpang seronok. :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. Dapat hadiah menarik.

    ReplyDelete
  10. Hahahah paling akhir pun, tp tetap masuk kak, 😄. Suka dengan motif dompetnya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki, dapat jugak menyelit dalam list 😄

      Delete
  11. Tahniah! Cantik pouch bag, dapat hadiah banyak pula tu. Rezeki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mazni 😊
      Beg tu nak buat isi mata wang Jepun, ngam saiznya.

      Delete
  12. alhamdulillah...
    best tuu dpt tupperware sebab lps ni mungkin dah x de daa produk ni...

    👍👍

    ReplyDelete
  13. So nice hadiahnya.
    Nombor corot pun merasa juga

    ReplyDelete
  14. Tahniah. Tercorot pun dpt Tupperware oklah tu. Hadiah mahal

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****