Tuesday, 22 September 2026

9 Hari 8 Malam Merentas Semenanjung Malaysia : Utara - Tengah - Pantai Timur - Utara

Selama 9 hari 8 malam saya dan Encik Suami bermusafir ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Dari Perlis kami ke Selangor/Kuala Lumpur untuk urusan kerja Encik Suami, kemudian menyambung perjalanan ke Terengganu dan Kelantan untuk kembara santai.



RINGKASAN PERJALANAN KAMI SELAMA 9 HARI 8 MALAM :

Sabtu, 12 September 2026
  • Perjalanan dari rumah Perlis ke rumah NS - jenguk rumah NS dan ambil barang.
  • Menginap 1 malam di Royal Park Hotel @ UNITEN Bangi, Selangor.

Ahad, 13 September 2026
  • Ke Kuala Lumpur.
  • Menginap 3 malam di STEG Hotel, Kuala Lumpur.

Rabu, 16 September 2026
  • Perjalanan ke Pantai Timur.
  • Menginap 1 malam di Ombak Beach Inn, Dungun, Terengganu.

Khamis, 17 September 2026
  • Ke Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Menginap 2 malam di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sabtu, 19 September 2026
  • Ke Kota Bharu, Kelantan.
  • Menginap 1 malam di Hotel ibis Styles, Kota Bharu, Kelantan.

Ahad, 20 September 2026
  • Perjalanan balik ke rumah Perlis.

Laluan perjalanan kami selama 9 hari 8 malam.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah Perlis sekitar pukul 9 malam hari Ahad lalu, setelah melalui perjalanan sejauh kira-kira 1,748 km.

Permusafiran mengelilingi sebahagian dari Semenanjung Malaysia yang merakam memori baharu tetapi terasa sangat melelahkan. Kembara kali ini juga menemukan saya dengan seorang sahabat blogger secara tak sengaja. Siapa dia? ๐Ÿ˜







No comments:

Post a Comment

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****