Semalam petang saya terima bingkisan dari blogger Mulan. Berbungkus cantik dan kemas sekali. Belum dibuka pun dah berbunga rasa hati!
Tersenyum lebar saya membelek barangan yang diterima. Bukan satu, tapi ada empat semuanya! Sebelum ni blogger Mulan pernah beri Tupperware warna purple, kali ni dapat warna purple lagi. Maka bertambahlah geng Tupperware purple saya 😊
Alhamdulillah syukur atas rezeki diterima. InsyaAllah semua barangan akan digunakan sebaiknya. Setiap kali guna, pasti saya akan teringat pada sahabat blogger Mulan 💙
Terima kasih buat blogger Mulan atas pemberian yang sangat menarik ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.
Oh ya, bingkisan ini saya terima kerana menjadi 'Top Commentators', tapi saya berada di nombor paling corot 😄😅
Tahniah kak, SA pun dapat warna purple...bertambah koleksi...
ReplyDeleteTerima kasih SA.
DeleteGeng purple 🖐😃
Tahniah kak! Alhamdulilah rezeki tak pernah salah alamat :D
ReplyDeleteTerima kasih Cuya.
DeleteHehe..iya.
seronok banyak dapat hadiah ye kak,mak-mak ni paling best dapat tupperware tu suka sangat la kan
ReplyDeleteBetul Afzan, sebab sangat berguna untuk kita 😁
DeleteAlhamdulillah dah selamat sampai. Diusung Kuantan KL berkali2, Alhamdulillah dapat pos akhirnya. Moga dapat terima seadanya. Thanks selalu singgah blog dan komen 💙
ReplyDeleteSama-sama dan Terima Kasih Mulan dah bersusah payah nak berikan hadiah buat saya dan kawan-kawan lain.
DeleteBanyak pulak hadiahnya dan berbungkus kemas. Saya suka sangat 💙
Paling corot pun bergaya hadiahnya tu, Ujie.
ReplyDelete😂 itulah. Rejekiiii
DeleteBaca setiap mereka yang dapat warna tupperware berbeza. Hehe.
ReplyDeleteSelamat menggunakannya.
Dah basuh, dah letak dalam kabinet bersedia untuk digunakan 😁
Deletesweet hadiahnya...Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah 😊
DeleteTahniah, Ujie. Alhamdulillah, tumpang seronok. :)
ReplyDeleteTerima kasih Tot 😊
DeleteTahniah.. Dapat hadiah menarik.
ReplyDeleteTerima kasih En.Fairus.
DeleteNampak gayanya kita geng ni!
ReplyDeleteSepp 🖐😁
DeleteTahniah dapat hadiah best.
ReplyDeleteTerima kasih Cie. Alhamdulillah 😊
DeleteHahahah paling akhir pun, tp tetap masuk kak, 😄. Suka dengan motif dompetnya 😍
ReplyDeleteRezeki, dapat jugak menyelit dalam list 😄
DeleteTahniah! Cantik pouch bag, dapat hadiah banyak pula tu. Rezeki :D
ReplyDeleteTerima kasih Mazni 😊
DeleteBeg tu nak buat isi mata wang Jepun, ngam saiznya.
alhamdulillah...
ReplyDeletebest tuu dpt tupperware sebab lps ni mungkin dah x de daa produk ni...
👍👍
So nice hadiahnya.
ReplyDeleteNombor corot pun merasa juga
Tahniah. Tercorot pun dpt Tupperware oklah tu. Hadiah mahal
ReplyDelete