Catatan pertama pada tahun 2025.
Kalau ikut kalendar, semalam iaitu hari pertama pada tahun 2025 bukanlah hari cuti umum bagi negeri Perlis. Tapi sejajar dengan pengumuman mengejut oleh Menteri Besar Perlis pada hari Selasa lalu, maka dapatlah Encik Suami cuti kerja sempena 1 Januari 2025 dan 1 Rejab 1446.
ORANG MEMBERI KITA MERASA | Sebelah pagi, seorang jiran lelaki datang ke rumah menghulur hasil tanaman dan ternakannya sendiri - sebiji timun dan empat butir telur ayam. Alhamdulillah! Jiran kami yang seorang ni memang sangat rajin, sebelum ini dah beberapa kali menghulur bungkusan jagung hasil tanaman sendiri.
Semoga usaha pertanian dan penternakan jiran kami ini terus berhasil. Saya ni tumpang seronok jelah menikmati hasil orang, sebab diri sendiri belum rajin bertani dan menternak 😄
Sebelah petangnya selepas solat Asar, saya dan Encik Suami ke bandar Kangar. Ada beberapa urusan nak diselesaikan.
PAWAGAM | Cerita foto di atas - bangunan bekas pawagam yang kini bertukar menjadi pasaraya Borong Din AS. Lokasinya di pusat bandar Kangar. Bagi yang belum tahu, negeri Perlis tidak mempunyai pawagam. Menurut info, Perlis sebelum ini mempunyai beberapa buah pawagam seperti Capitol dan Cathay tetapi menutup operasi sekitar tahun 2000.
Kebetulan pula, saya tak gemar menonton di pawagam jadinya tak ada masalah bila berhijrah ke negeri yang tiada pawagam. Seumur hidup - saya cuma pernah sekali saja pergi menonton di pawagam iaitu ketika zaman belajar di UPM Serdang, itulah yang pertama dan mungkin yang terakhir 😅
BUNGKUSAN SHOPEE | Kami bergerak balik ke rumah selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Alwi, Kangar. Sebelum bergerak, Encik Suami terima mesej WhatsApp dari seorang individu berkenaan bungkusan pembelian Shopee.
Katanya bungkusan tak dapat dihantar dan boleh ambil di lokasi yang dinyatakan (nama sebuah kedai makan dan foto kedai disertakan). Kami rasa pelik sebab tak pernah terima mesej begini, terfikir mungkinkah scammer? Tapi bila check di Shopee memang ada satu bungkusan sedang dalam penghantaran.
Kebetulan kedai makan tersebut memang dalam laluan kami untuk balik rumah, jadi kami singgahlah nak pastikan apa kisah sebenarnya. Rupa-rupanya, penghantar barang tadi ada masalah untuk menghantar bungkusan ke rumah-rumah. Macam rumah kami, dia dah pergi ke kawasan rumah tapi tak jumpa mana satu rumahnya. Katanya, hari ini (baca : semalam) dia rugi banyak sebab gagal menghantar bungkusan. Memang kasihan melihat lelaki tersebut sebab nampak penuh bungkusan dalam keretanya. Mungkin baru mencuba jadi penghantar barang, masih belum mahir mencari alamat rumah di kawasan kampung. Semoga Allah permudahkan urusannya.
adik ammi pun rider untuk J&T. ada masa kalau org beli secara COD, bila dia sampai rumah (padahal dah inform awal) orang tu tiada dirumah. Kan dah jadi masalah pula nak ulang 2-3 kali.
ReplyDeleteKalau selalu tiada di rumah, patutnya janganlah pilih COD. Kesian rider.
DeleteKak Ujie..SA suka Perlis...tenang damai dan x selalu jammed...lagi satu makanan murah2 kat sana...adik ipar SA yang bongsu orang perlis...since PKP kami dah x pernah pi Perlis dah...kesihatan arwah mak x memberansangkan masa tu..
ReplyDeleteSini jalan sesak bila ada cuti panjang atau musim cuti sekolah je sebab ramai pelancong datang. Itu pun taklah sesak teruk macam di bandar besar 😄. Hari biasa memang sangat aman tenang.
Deletealhamdulillah..murah rezeki dpt berkongsi rezeki..org memberi, kita merasa kann
ReplyDeleteselamat tahun baru!
Rezeki tahun baru 😁
DeleteSebiji timun dan 4 biji telur, menunya sayur timun tumis telur, 3 biji lagi buat sambal telur... cun dah kak ujie
ReplyDeleteTak pernah lagi masak timun tumis telur, bagus Mim bagi idea ni 👍🏽
Deletetelur ayam kampung ke tu?
ReplyDeleteBukan Anies, ni telur ayam penelur.
Deletep/s happy new year dear
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga untuk Anies 😊
DeleteIndahnya semangat kejiranan. Rezeki yang dikongsi pasti berkat. Semoga jiran terus dimurahkan rezeki, dan mana tahu, nanti awak pun dapat ilham untuk mula bertani atau menternak sendiri.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada kejiranan yang baik.
DeleteItulah…kita ni mood turun naik 😄. Zaman rajin dulu, ada la tanam sayuran.
rezeki tanpa disangka2 kan... Alhamdulillah
ReplyDeleteKuning menyerlah papan tanda tu! Memang nampak segar!
ReplyDeleteBestnya berjiran dgn petani/penternak hehe...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan rider tu dan tak patah semangat dia :D
Buat sambal telur, ulam timun. Ngam dah tu.
ReplyDeleteSeronok la dpt jiran yg rajin bercucuk tanam dan menternak.. dpt timun dgn telur ayam... Alhamdulillah rezeki :D
ReplyDeleteAlhamdulillah! Rezeki dari insan sekeliling ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah ...rezeki berbudi kepada tanah dan rezeki berbaik sesama jiran..
ReplyDeleteSelamat tahun baharu Ujie..Semoga sucses selalu
Selamat thn baru 2025
ReplyDeleteCiknur simpan angan2 lg teringin nk ke Perlis kalau boleh he hee insyaallah
happy new year 2025...rezeki dpt jiran yg baik...berkongsi hasil tanaman nya ye
ReplyDeleteSelamat tahun Baru 2025/Rajab...sehat dan bahagia selalu, tetangga yang baik..memang sepatutnya kita pun begitu kan, ...ada kalanya kesulitan memang cari alamat pas ada kirim barang ,padahal alamat tertulis cukup lengkap..di mudahkan urusannya pak pos.
ReplyDeletebiasanya rider baharu JnT/Shopee minta abe kie antar lokasi umah. Kalau yg dah regular dispatcher tu sedar2 brg dah sampai! Maklum la hampir setiap hari ada je brg2 belian sampai di atas tangga umah! See my level? hehehe...
ReplyDeleteSeronok la dapat cuti jugak kan kak.... bestnya dapat hasil dari jiran yang tak kedekut berkongsi. Kesian jgk kalau penghantar barang tapi tak jumpa alamat, mungkin masih belum biasa lagi kan.
ReplyDeleteRezeki dapat jiran pemurah, best tu dapat timun dan telur.
ReplyDeletethanks for sharing, have a nice evening
ReplyDeleteseronok dpt jiran pemurah & suka kongi rezeki hehehe
ReplyDeleteBagusnya dapat jiran macam ni. Timun pun nampak gemuk, pandai dia bercucuk-tanam.
ReplyDeleteTimun saya setakat ni, tak sempat membesar lagi. Baru kecik besor jari kelingking, dia jadi reput atau terencat pertumbuhan. Sebab pokok ada semut hitam.
Alhamdulillah mendapat kiriman dari tetangga yang rajin bertani dan berternak Mbak, Timun dan telor. Senang sekali ya kalau mempunyai tetangga yang baik seperti itu.
ReplyDeleteSaya bingung juga apa yang dimaksud dengan "pawagam". Rupanya kalau disini apa yang disebut sebagai "bioskop", tempat orang-orang menonton film.
Btw. Selamat tahun baru 2025 Mbak. Semoga Mbak dan keluarga selalu dalam lindunganNYA dan sukses selalu.
Salam,