Petang hari Sabtu lalu saya ada janji temu dengan doktor gigi di Georgetown, Pulau Pinang (PP). Penat sangat pulak kalau terus balik Perlis selepas jumpa doktor gigi tu, jadi malamnya kami rancang nak menginap saja di PP. Hari Ahad sebelum bergerak balik Perlis bolehlah jalan-jalan di PP membeli keperluan.
Buat pertama kali juga, kami ke klinik gigi naik e-hailing dari hotel penginapan. Tujuannya supaya tak perlu memandu sendiri menempuh kesesakan trafik di pusat bandar dan tak perlu bersusah-payah mencari parkir.
Untuk penginapan, saya buat carian di Google Maps lokasi hotel yang berhampiran dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah). Bolehlah kami santai-santai lalu jambatan kedua yang tidak sesak berbanding dengan jambatan pertama, lepas tu terus menuju ke penginapan.
Penginapan kami iaitu Pen Mutiara Hotel terletak di dalam kawasan kompleks Pelabuhan LKIM Batu Maung, Bayan Lepas.
Selain hotel, di sini juga terdapat sebuah restoran. Jadinya tempat ini sedikit sibuk dengan orang-orang yang bekerja/berurusan di pelabuhan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan pengunjung restoran serta tetamu hotel.
Bangunan yang menempatkan restoran dan hotel. Masuk ikut pintu yang sama untuk ke restoran dan hotel. Lobi hotel terletak di sebelah kanan. Terdapat juga sebuah surau di bahagian luar bangunan - kubah warna hijau di sisi bangunan.
Sebaik saja saya keluar dari kenderaan, terus terhidu bau hanyir ikan. Maklumlah, kita berada di kawasan pelabuhan ikan. Tapi jangan bimbang, bau kuat cuma di bahagian luar. Masuk dalam bangunan tak berbau pun.
Kami sampai di sini hampir pukul 12 tengah hari, belum boleh daftar masuk bilik jadi kami terus ke restoran untuk menikmati hidangan tengah hari.
Ruang restoran yang cukup luas. Boleh pilih nak duduk lebih santai di luar atau nak duduk lebih selesa di dalam. Bahagian dalam pun ada beberapa ruangan tempat duduk yang boleh kita pilih.
Nampak kosong je kan? Tapi tak lama kemudian, restoran ini dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk menikmati hidangan tengah hari.
Hidangan tengah hari kami, antaranya - kerang rebus RM20 dan kari ikan (beberapa potongan isi ikan) RM18.97. Alhamdulillah semua lauk habis kami makan walaupun tidak semua lauk menepati cita rasa.
Suasana makan di sini terasa lebih menarik dan santai dengan bunyi piano dimainkan dan nyanyian lagu-lagu lama. Layanan di sini juga mesra dan pantas. Hidangan makanan laut (seafood) segar tentunya menjadi tarikan utama untuk pelanggan datang makan di sini.
Selesai makan, kami ke lobi hotel untuk urusan daftar masuk. Tapi kena duduk menunggu sebab waktu daftar masuk pukul 2 petang, tak dapat nak masuk lebih awal. Penginapan di sini juga mengenakan deposit tunai sebanyak RM50.
Bilik penginapan kami di aras dua - Deluxe King / RM210 (kadar harga hujung minggu). Sebuah bilik dengan dekorasi gaya lama dan juga perabot lama. Sewaktu melangkah masuk ke bilik ini, memang berbau perabot lama.
Sebuah bilik yang agak luas dan lengkap dengan kemudahan seperti iron, iron board dan mini fridge. Cuma agak kurang kemas, tengok jelah macam mana rupa cadar tu 😄. Tapi syukurlah semuanya nampak bersih.
Bilik airnya luas dan bersih.
Pemandangan waktu awal pagi dari jendela bilik penginapan kami - di bawahnya bangunan LKIM dan nun di sana Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Menurut saya, penginapan kami di sini tidaklah begitu selesa tetapi cukup memenuhi keperluan kami untuk berehat satu malam. Lokasinya juga jauh dari kesibukan bandar dan berhampiran dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Restoran dan hotel bertaraf 3 bintang yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PEN Mutiara) ini terletak tidak jauh dengan Muzium Perang (Penang War Museum) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
**********************************
RESTORAN & HOTEL PEN MUTIARA
Wisma Nelayan,
Pelabuhan LKIM Batu Maung,
Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
Restoran :
Waktu operasi 11 pagi - 10 malam
Telefon 04 - 6264 615
Hotel :
Telefon 04 - 6264 888 / 019 - 210 4881
Kalau dah smpai awal dan bilik kosong patutnya atas ehsan budi bicara blh je bagi masuk even blm pukul 2 kan.. tapi itu lah "our policy"
ReplyDeletelama tk mkn kerang rebus...tgh puasa tgk menu tu terliur...view dr jendela nmpk laut tu cantik
ReplyDeletedalam banyak2 gambar Ujie, hat kerang rebus tu yang menarik perhatian kak ana dik, sedapnya :)
ReplyDeleteKerang rebus sedapnya. Kalau dapat hotel bagi check in awal, walaupun belum waktu, rasa nak peluk je staff tu kan, yang perempuan lah 😄😄
ReplyDeleteBesar dan luas biliknya.. Selesa.
ReplyDeleteNampak sedap kerang rebus tu ... Kalau dah dekat jeti ikan mesti fresh la kan...
ReplyDeleteHotel ni milik LKIM ke? Bestnya makan² kat penang... adui lama plak x fly ke sana
ReplyDeletebatu maung je terbayang stadium...sebab masa sukma di Penang dulu mcm selalu je dengar pengulas sebut batu maung?
ReplyDeleteNampak tenang juga deko dalam ruang restoran. Betul itu kalau dekat pelabuhan.
ReplyDeleteMenginap di hotel itu sebab strategik, kadang-kadang tidak dapat kelesaan.
View dari tingkap, cantik. Takpe la kalau kurang sana-sini. Asalkan bersih.
ReplyDelete