JOJO SUDAH SIHAT!
Sejak pagi Sabtu, Jojo sudah kembali aktif - tidak lagi terbaring lemah. Selera makan dan minum juga bertambah. Sekejap-sekejap mengiau minta makanan serta kerap minum.
Semasa ke klinik veterinar tempohari, doktor beri ubat/vitamin dalam bentuk cecair (syrup) - iaitu ubat demam, antibiotik dan multivitamin yang perlu diambil setiap hari (ubat demam untuk tiga hari pertama sahaja). Antara fungsi multivitamin adalah untuk meningkatkan selera makan. Jadi tak hairanlah kenapa Jojo tiba-tiba jadi kuat makan dan minum.
Senang hati saya tengok anak bulu dah sihat setelah empat hari terbaring lemah. Alhamdulillah syukur! Terima kasih juga buat sahabat blog yang telah mendoakan Jojo.
Foto hari Ahad, pukul 7.50 pagi. Muka tak puas hati sebab lepas dapat makan banyak, kena paksa telan antibiotik dan multivitamin pulak. Terus lari keluar rumah, duduk termenung atas kereta buat muka gini. Pandang kita pun tak mau dah 😄
SARAPAN PAGI DENGAN TEH TARIK VOLCANO DI ARAU KOPI
Kami tinggalkan Jojo melayan perasaannya. Kami menuju ke Arau Kopi untuk bersarapan. Tiap hari dah bersarapan di rumah, hari hujung minggu biasanya kami makan di luar.
Dalam kereta kami dah berbincang nak makan apa, senang nanti sampai terus je order. Saya nak minum air suam - sesuai dengan azam nak sihat. Encik Suami tetap dengan kopi Arau setiap kali makan di sini.
Tapi bila sampai di Arau Kopi…eh, ada menu istimewa untuk hari ini. Teh tarik volcano nampak sangat menggoda. Jomlah kita cuba!
Set nasi goreng, bihun goreng Singapura, teh ais volcano dan kopi Arau. Alhamdulillah semuanya sesuai dengan selera kami berdua.
Hilang segala azam nak sihat - air suam bertukar jadi teh ais volcano 😆. Mengenangkan hampir setiap hari bila bersarapan di rumah - saya cuma minum Ahmad Tea - Green Tea tanpa pemanis, jadi kuranglah sikit rasa bersalah pada diri sendiri.
Kalau nak tahu info lanjut berkenaan Arau Kopi, boleh baca entri saya DI SINI.
Hujung minggu kali ini nampaknya kurang pelancong luar datang ke Perlis, mungkin sebab hujung minggu berikutnya bermula cuti sekolah - jadi minggu ni orang kurang berjalan. Di mana-mana tempat makan terkenal - termasuk di Arau Kopi tidak sesak dengan pengunjung. Masa yang sesuai untuk kami pula berjalan ke sana sini 😀. Selepas bersarapan, kami menuju ke nat (pasar pagi) yang terkenal di Perlis.
saya sampai sekarang rasa terkilan juga tak bawa terus amber ke klinik..duk fikir mungkin sekejap je ni dia taknak makan,memang betul sekejap sgt tapi terus mati
ReplyDeletemana boleh tahan kak menggoda sgh tengok teh ais volcano tu
teh ais volcano tu menarik tp tula lama dh tk minum air manis
ReplyDeleteAlhamdulilah kucing sudah sihattt....
ReplyDeleteWah teh ais dia memang volcano betul tu! Nampak menyelerakannn