Tuesday, 31 December 2024

Sorotan Peribadi Tahun 2024

 
Kehadiran senja mengingatkan kita bahawa akan ada hari esok untuk sebuah harapan baru.

Masa berlalu begitu pantas, sekejap saja kita sudah pun berada pada hari terakhir tahun 2024. Saya catatkan sorotan peribadi sepanjang tahun 2024 sebagai sebuah kenangan.
  • Tahun yang memberikan saya banyak pengalaman baru kerana berhijrah ke Perlis - negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Saya belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya, loghat pertuturan dan orang-orang yang baru dikenali. Memang ada debaran dan rasa kekok, tetapi saya rasa seronok melalui pengalaman baru dalam hidup.
  • Jojo si kucing jantan yang sering bertandang ke rumah, akhirnya menjadi sebahagian dari kehidupan saya - saya berikan makan/minum dan tempat tidur. Jojo masih bebas ke mana-mana, tetapi kebanyakkan masanya dihabiskan di rumah saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya berhubungan rapat dengan seekor kucing. Jadinya banyak sungguh momen lucu kerana banyak hal yang baru saya ketahui dan pelajari.
  • Tahun ini saya hanya dapat menghabiskan bacaan sebanyak 11 buah buku, tersasar jauh dari target membaca sebanyak 24 buah buku. Juga tahun yang sangat sedikit saya membuat entri catatan bacaan.
  • Syukur dan rasa sangat seronok tahun ini kerana dapat merealisasikan impian kembara alam semula jadi ke Kuching, Sarawak dan bermusafir buat kali pertama ke negara yang teringin saya kunjungi iaitu Jepun.
  • Saya rasa sangat sedih dan terkesan emosi dengan pembantaian negara haram Israel ke atas Palestin yang sudah berlarutan lebih setahun, iaitu sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023. Saya suka mengikuti perkembangan terkini melalui strim di Facebook - ZRA Strim. Walaupun setiap kali menonton/mendengar strim tersebut saya akan terganggu emosi, tetapi saya perlu kekal mengetahui perkembangan Palestin (dan negara-negara lain yang turut diserang oleh Israel) supaya saya tidak lupa mereka di sana yang sedang berjuang keras demi menegakkan kebenaran.
  • Sejak 23 Disember lalu, kesihatan Mak saya semakin merosot. Sebelum ini Mak saya yang berusia 76 tahun masih mampu mengurus diri walau pergerakannya agak terbatas. Kali ini, Mak hanya mampu terbaring dan mengharapkan orang lain membantu untuk mengurus diri. Inilah kesedihan terbesar saya. Saya berharap sahabat blog dapat mendoakan agar kesihatan Mak saya bertambah baik.

Sewaktu menaip entri ini, saya terima berita - Menteri Besar Perlis mengumumkan esok cuti umum bagi negeri Perlis sempena 1 Rejab 1446H dan 1 Januari 2025.

Selamat menyambut tahun 2025 buat semua sahabat blog 😊. Semoga Allah mengurniakan kita semua kekuatan jiwa dalam menghadapi apa jua cabaran. Teruskan menulis blog sebagai satu bentuk terapi diri.







33 comments:

  1. Allahuakhbar moga emak Ujie diberi kesembuhan seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. Moga mak cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan Ujie sekeluarga.
    Kisah Palestine memang menyayat hati hingga kini.
    Kuching, Sarawak, dalam list. Insyaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…terima kasih doanya ya.
      Selamat mengembara ke Kuching.

      Delete
  3. Tahniah atas pencapai ujie sepanjang 2024. Moga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menguruskan mak dan moga mak ujie dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Betul, apa yg berlaku di sana sangat menyentuh jiwa, kadang² rasa down sangat tp tetap kita cakna agar saudara kita di sana tidak dilupakan dn terus diberi sokongan.
    Semoga dipermudahkan urusan bonda puan. Seiring usia kita pun meningkat, ibu ayah kita juga semakin uzur :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa down tiap kali dengar perkembangan di sana kan, tapi tu bukan alasan untuk kita tak ambil tahu hal saudara kita.

      Terima kasih doa PH.

      Delete
  5. Salam 1 Rejab dan selamat tahun baru kak. Semoga tahun baru akan beri makna dalam kehidupan kita. In syaa Allah Aamiin! Semoga diberi kesembuhan kekuatan dan dipermudahkan urusan emak akak.

    ReplyDelete
  6. semoga kak ujie diberi kesihatan yang baik, dapat uruskan mak yang tak sihat.. semoga keadaan kembali pulih.. ameeennnn

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baharu 2025. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan kepada awak sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru 2025 buat kak Ujie dan keluarga.
    Moga ibu akak cepat sembuh dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  9. Selamat Tahun Baru 2025.. insyallah semoga terus istiqomah dalam penulisan di dunia blog ini.. dpt ke jepun dan ke sarawak.. pengalaman yg menyeronokan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif kena istiqomah lebih, ada 17 negara lagi nak dicatat tu 😀

      Delete
    2. Hahaha catatan di 17 negara tu masih samar samar lagi.. insyallah kita buat sikit sikit :D

      Delete
  10. selamat tahun Baru 2025 kak Ujie
    dan semoga kesehatan Mak semakin membaik ya
    dan Kak Ujie bisa sering traveling ke tempat yang diimpikan

    ReplyDelete
  11. Selamat Tahun baru 2025, semoga sehat selalu dan harapan selalalu dimudahkan

    ReplyDelete
  12. semoga Allah beri kekuatan buat mak Kak Ujie. Kekuatan juga buat yang menjaga beliau. Maaf saya dok panggil akak...brp agaknya usia awak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…terima kasih doa Ammi.
      Saya lahir tahun 78. Memang pangkat akak pun dengan Ammi 😁

      Delete
  13. Selamat tahun baru, Ujie. Semoga mak Ujie bertambah sihat, dan Ujie dapat capai target yang dihajati untuk tahun baru ni.

    ReplyDelete
  14. Selamat tahun baru 2025, semoga allah kurniakan kesembuhan buat Mak dan diberikan eksihatan yang baik...

    ReplyDelete
  15. moga tahun ini lebih baik dr tahun lepas..aamiin
    moga mak Ujie dikurniakan kesihatan..aamiin

    ReplyDelete
  16. Selamat tahun baru 2025 kak ujie, semoga mak kak ujie dipermudah urusannya, diberikan syifa dan kekuatan utk terus beribadah di hujung usianya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****