Thursday, 30 April 2026

Berkayak di Tasik Temenggor, Gerik

Entri terakhir catatan percutian di Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak.

Bila dapat tahu di sini ada menawarkan aktiviti berkayak, saya jadi teringin mencuba berkayak di Tasik Temenggor - tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.

Seingat saya, kali terakhir saya berkayak pada usia awal 20-an iaitu ketika mengunjungi Pulau Pangkor bersama kawan-kawan UPM (Universiti Putra Malaysia). Sekarang usia saya menghampiri separuh abad ๐Ÿ˜…

Jeti Belum Rainforest Resort Gerik Perak
Jeti di Belum Rainforest Resort. Lokasinya terletak tak jauh dari penginapan kami.

Jeti Belum Rainforest Resort Gerik Perak
Pintu pagar jeti bertutup, hanya akan dibuka jika ada staf bertugas. Kami sudah pun membuat tempahan awal (hari sebelumnya) untuk slot pukul 10 pagi.

Kalau ikutkan kami nak lebih awal untuk mengelak cuaca panas, tapi tak ada slot awal pagi. Ini pun kena menunggu hampir 30 minit dari masa dijanjikan, barulah staf muncul. Katanya tak cukup staf pagi ni. 

Jeti Belum Rainforest Resort Gerik Perak
Belum Rainforest Resort Malaysia - Your Gateway To Nature.

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Rupa bentuknya berbeza dengan kayak yang pernah saya naik - ada tempat duduk yang agak selesa dan kaki perlu masuk ke dalam (ruang tertutup).

Carian saya mendapati, ini merupakan sit-on-top tandem kayak iaitu jenis tempat duduk terbuka. Kayak begini lebih stabil, tetapi membuat saya rasa cepat lenguh pada belakang badan dan paha (uhh...baru tahu ejaan yang betul bagi ‘peha’ adalah paha).

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Memulakan aktiviti berkayak dengan perasaan teruja dan juga berdebar. Mau tak berdebar, rasa dekat sungguh saya dengan air tasik ni. Penakut tapi nak berkayak ๐Ÿ˜„

Paling penting, jangan lupa mohon perlindungan Allah dengan membaca :
 ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ، ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ، ูˆَู„َุง ุญَูˆْู„َ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„ู‡ِ 
Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.
Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Saya berkayak tak membawa telefon. Staf perempuan bernama Umi baik hati tolong pegangkan telefon saya dan tolong ambilkan foto/video kami.

Berkayak berdua perlu serentak kayuhan kanan-kiri. Mula-mula je kami kayuh bersama, selepas itu kami sepakat bergilir mengayuh - tujuannya supaya pergerakan kayak tak terlalu laju dan dapatlah bergilir menikmati suasana tanpa perlu mengayuh pendayung. Tak pastilah betul ke tak cara begini, hentam sajalah ๐Ÿ˜†

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Bila semakin jauh berkayak, perasaan takut semakin berkurangan. Rasa seronok berkayak, jadi leka menghayun pendayung sambil menikmati pemandangan alam luas terbentang.

Permukaan tasik lebih tenang berbanding di lautan, sesuailah untuk orang yang tak biasa berkayak macam kami ni. Cuma sesekali ada bot laju lalu, rasa cuak jugalah bila kayak teroleng-oleng. Walaupun jarak kayak kami dengan bot tu jauh, tapi ombak yang terhasil tetap memberi kesan kepada kami.

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Hasil foto zoom-out lensa telefon Encik Suami. Masa ini saya sedang berkayuh membawa kayak menghampiri Jambatan Barat Tasik Temenggor. Kita bebas berkayak ke mana saja tetapi dilarang melepasi jambatan ini.

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Di hadapan saya itulah Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding.

Awalnya hanya kami berdua saja yang berkayak. Kemudian ada pengunjung yang nampak kami dan terdengar kata-kata mereka “Eh…boleh berkayaklah!”, selepas itu bertambahlah geng kayak. Satu, dua dan seterusnya ada lebih kurang lima buah kayak menyertai kami. Jadi bertambah meriah!

Cukup masa 1 jam, kami kembali ke jeti. Mujurlah cuma ambil 1 jam, walaupun seronok berkayak tapi terasa lenguh belakang badan saya disebabkan tempat bersandarnya kecil - hampir tiada penyandar. Bila dah berehat di bilik, barulah terasa lenguh bahagian lengan pula. Yelah, tadi beria mengayuh pendayung. Beginilah bila dah berumur dan kurang bersenam tapi masih ada keinginan nak buat aktiviti luar ๐Ÿ˜…

Kalau kalian berminat nak berkayak di sini, terdapat dua pilihan jenis kayak - Single Seater RM50/kayak dan Double Seater RM100/kayak.







30 comments:

  1. Belum pernah try kayak ni.. pernah naik bot kayuh je kat Tasik Dayang Bunting๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih selesa dan selamat naik bot kayuh gitu ๐Ÿ˜€

      Delete
  2. Bestnyer dapat berkayak di tasik temenggur

    ReplyDelete
  3. Teringin tapi tak tahulah mampu nak berkayuh ke tidak hihi...
    Tapi seronok bila dapat buat aktiviti yg dah lama kita x buat kan. Dapat pula menikmati keindahan alam semulajadi dan tasik yg tenang begini, mahal pengalaman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teringin, bolehlah cuba PH. Pilih tempat air tenang, naik kayak jenis berdua. Cuba kayuh dekat-dekat je untuk ambil pengalaman ๐Ÿ˜€

      Betul, terkenang masa muda. Beza sungguh bila dah berusia, makin penakut dan kurang bertenaga ๐Ÿ˜„

      Delete
  4. Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
    Semua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!

    Jumpa tuan hamba di sana!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Nampak sungguh enjoy dan menenangkan, berkayak di tasik ni. ๐Ÿฅฐ
    Saya seumur hidup, belum pernah berkayak. Eh, tapi pernah cuba white water rafting di Gopeng. Tapi yang itu, ramai orang dalam bot getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun menarik dan ada cabaran tersendiri. Saya teringin tapi tak cukup geng pulak ๐Ÿ˜„

      Delete
  6. Hehe saya rasa takut berkayak. Saya pernah buat tapi tidak berani pergi jauh daripada perhentian.
    Alhamdulillah jauh dan lama Puan Ujie berkayak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu Na, ada pengalaman jugak.

      Alhamdulillah...walau mula-mula tu saya rasa takut jugak.

      Delete
  7. Lamanya tak buat aktiviti berkayak ni. Kali terakhir pergi berkayak anak2 masih di sekolah rendah lagi ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh berkayak dengan anak-anak pulak ๐Ÿ˜€

      Delete
  8. Duluu ok skrggg dah tqk mampu he ehee takutt dan seriauu
    Tgkk org naikk seronok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la cikNur, makin tambah umur makin rasa takut kan...๐Ÿ˜„

      Delete
  9. wahh best berkayak kat sini!
    teringat awal tahun lepas, saya berkayak kat terengganu sampai 6 jam. sakit betul badan sampai takleh bangun. telan panadol barulah rasa bernyawa balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makk aiih...6 jam berkayak! Memang sangat penat, pakej sakit satu badan tu ๐Ÿ˜„

      Berkayak mana je yang lama sangat tu Mazni? Macam takde baca entri berkaitan.

      Delete
    2. Silap, saya pergi tahun 2024, awal tahun lepas baru update entry ๐Ÿคฃ. Berkayak kat Little Amazon, Kuala Berang

      Delete
    3. Ooh…pernah dengar pasal Little Amazon di Terengganu, rupa-rupanya jauh sungguh ya nak berkayak ๐Ÿ˜…

      Delete
  10. Menariknya Ujie...tapi SA ni buat aktiviti macam ni sedikit takut...kalau takat naik sampan ke boat berani lagi...dulu pernah naik dan kayak terbalik...nasib baik x jadi pape masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pernah terbalik, saya pun trauma agaknya. Huhu..

      Delete
  11. Best nya berkayak ni Ujie. Lama betul tak berkayak. Cantik sangat Tasik Temenggor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau Mulan ke sini boleh cuba berkayak jugak.

      Delete
  12. Best berkayak sambil menikmati keindahan alam... Baik staff tu tlg ambilkan gambar.. pernah juga berkayak 12 tahun lepas di Langkawi.. nak kena repeat berkayak.. kalau ada ramai yg berkayak tak la sunyi huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, kami berkayak berdua je dalam 30 minit gitu barulah ada orang lain join. Memang rasa kurang seronok kalau tak ramai yang berkayak.

      Delete
  13. Kalau kayak ni ummi dan Dania tak berani. Kalau ayahnya suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania kena cuba, naik dengan ayahnya ๐Ÿ˜€

      Delete
  14. Oh ejaannya berarti sama dengan Paha dalam BHS Indonesia ๐Ÿ˜„.

    Saya pernah sekali berkayak, di vang Vieng, Laos. Seru juga. Tp memang lah saya dan suami masih awkward awalnya. JD yg ada kami tak kompak. Yg 1 dayung kemana.... Yg 1 lagi ntah kemana ๐Ÿคฃ. Berputar2 yg ada.

    Tapi memang kalau dah ketemu ritme nya, baru lah seru ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak biasa berkayak memang tak tahu tekniknya kan, takpelah janji dapat pengalaman berkayak ๐Ÿ˜€

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****