Thursday 18 May 2023

Dua Hari Berturut Makan Malam Dengan Sup Kambing

Setiap kali berpeluang ke Gua Musang, Kelantan saya dan encik suami tak melepaskan peluang menikmati hidangan sup di Warong Muse. Pada kunjungan baru-baru ini, kami sempat makan sup kambing selama dua hari berturut sebagai hidangan makan malam. Cukup puas dapat makan dua kali 😃

Biasanya kami makan malam sebelum pukul 7 malam. Jadinya selepas encik suami balik dari kerja waktu petang, terus saja kami keluar makan. Waktu malam bolehlah berehat di bilik hotel. Jarang kami keluar malam di sini sebab encik suami pun dah kepenatan bekerja di bawah terik matahari.

Foto-foto di bawah adalah hasil memotret sewaktu kami ke Warong Muse dua hari berturut :

Gua Musang, Kelantan
Selasa | 9 Mei 2023, 6.22 petang.
Kalau datang sini waktu siang, saya biasanya memilih duduk di meja yang terletak di bawah rimbunan pokok buluh. Rasa lebih santai menikmati suasana petang di sudut ini. Memerhati perubahan langit senja, keindahan sembilan menara Masjid Razaleigh (yang masih belum sempat kami kunjungi) dan Stesen Keretapi Gua Musang. Saya perasan juga kawasan perumahan yang dulu sunyi kini sudah pun meriah dengan penduduk. Macam seronok pulak tengok kehidupan mereka di tempat aman damai begini. Dekat pulak dengan dua buah masjid unik - Masjid Buluh dan Masjid Razaleigh.

Gua Musang, Kelantan
Hari pertama, kami memesan dua set sup kambing. Set maksudnya ada sup kambing dan potongan roti. Kemudian saya tambah pula roti titab (foto di atas). Teringin. Tapi kali ni kurang cantik kejadiannya, telur separuh masaknya kurang masak. Tercair. Roti titab ni saya makan seorang, encik suami tak berminat. Jadinya saya minta encik suami tolong habiskan set sup kambing bahagian saya yang masih berbaki. Ikut selera nak makan itu ini, tapi perut tak mampu terima banyak 😄

Gua Musang, Kelantan
Hari berikutnya, kami memesan dua set sup kambing dan sepinggan nasi lemak. Nasi lemak kami kongsi berdua. Mintak nasi putih untuk makan dengan sup kambing, tapi mereka tak jual nasi putih pulak.

Gua Musang, Kelantan
Rabu | 10 Mei 2023, 7.11 malam.
Pemandangan indah bukit batu kapur di hadapan Warong Muse, lebih tepat lagi di Muse Ecopark. Ada perubahan, kali ini dah ada tulisan ‘Muse Ecopark’ dipasang pada bukit batu kapur tersebut.

Kalian ada ke Gua Musang? Bolehlah mencuba set sup kambing di sini, harganya RM13. Tapi sup hanya tersedia pada waktu petang, iaitu sekitar pukul 2 petang ke atas. Setelah beberapa kali kami makan di sini, rasa sup kambingnya konsisten sedap dan isinya banyak. Tak suka sup kambing? Ada juga pilihan beberapa jenis sup lain, seingat saya ada sup daging dan sup tulang. Tapi pilihan makanan lain tak banyaklah. Cuma sup, roti, nasi lemak dan yong tau foo pada waktu petang hingga malam. Waktu pagi dan tengah hari mereka jual beraneka nasi bungkus dan kuih.





24 comments:

  1. peberztt en suami ciknur ni
    tgk bkt bt kapur teringat zaman kanak2 kat Ipoh, bila lalu memng excited tgk nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang saya excited tiap kali lalu Ipoh 😄, suka tengok bukit-bukit batu kapur. Dan sedih geram jugak tengok yang dah gondol.

      Delete
  2. Jarang dapat peluang ke sana.
    Hehe keinginan dapat dipenuhi 2 jari berylturut-turut makan sup kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali makan macam tak cukup. Dua kali baru rasa puas 😁

      Delete
  3. bestnya...makanan sedap, view cantik...roti cicah sup kambing...terbaik!!

    ReplyDelete
  4. dah dua kali ammi ke gua musang, tapi tak sempat berjalan-jalan sebab pergi & balik dalam masa sehari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sempat cari makan je ni, jadual kerja suami padat. Takleh selit acara jalan-jalan 😄

      Delete
  5. Sedapnya sup kambing..SA mengidam sup gearbox kambing..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaa SA...nak sup gearbox kambing! Payah nak jumpa orang jual tu.

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah sedap, cukup rasa, cukup pekat, isinya puas makan.

      Delete
  7. Wah, puas hati, dapat layan sup kambing 2 kali.
    Saya juga teringin nak duduk di tempat yang aman damai, pemandangan cantik, dan orang kurang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..memang aman dok sini, bebas sesak. Tapi itulah, rezeki masing-masing.

      Delete
  8. Buka semua orang suka sup kambing, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ada yang tak makan.

      Saya pulak, kalau masih bau hamis kambing tu, saya tak lalu lah 😄

      Delete
  9. alamakkk. sup kambing cicah roti. akak suka betul tu. tapi sup kambing ni dah lama sangat akak tak pekena. nak try jauh sgt lah ke sana ye. anyway nice sharing ujie. mana tau kot2 sesat ke sana kan.

    ReplyDelete
  10. Betul2 luas pemandangan ni ;)

    ReplyDelete
  11. Sedapnya sup kambing dimakan bersama roti...
    Jika ada rezeki lalu di sini lagi, boleh singgah. Hari tu cuma nampak signboard Muse Ecopark saja...

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pemandangan bukit kapur..sup kambingnya di makan bersama roti..saya belom pernah coba😀biasanya selalu pakai nasi😁

    ReplyDelete
  13. Belum ada peluang ke Gua Musang. In syaa Allah, ada rezeki kalau ke sini bolehlah singgah makan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****