Catatan kisah semalam, hari Sabtu. Saya dan encik suami ke Perlis balik hari, bertolak dari PP kira-kira pukul 11 pagi dan tiba semula di PP kira-kira pukul 11.30 malam. Sekejap saja kerana menghadiri jamuan raya di rumah adik ipar (adik encik suami) di Kangar.
Rancangan awalnya nak bermalam di rumah mereka, hari ini (Ahad) bolehlah jalan-jalan di Perlis. Tapi encik suami ada urusan yang perlu dibereskan hari ini, maka kita balik hari sajalah Pulau Pinang - Perlis. Tempoh perjalanan sekitar 2 jam 30 minit hingga 3 jam sehala.
Jamuan bermula pada pukul 3 petang, kami ahli keluarga termasuk mak mentua makan dulu. Mak mentua saya ada di Perlis sekarang ni, ikut adik ipar balik lepas beraya di Johor tempoh hari. Tukar angin.
Menu utama jamuan hari ini - nasi hujan panas, gulai dalca, ayam goreng berempah dan kuey teow goreng. Hidangan lain - bubur kacang hijau (dengan campuran sagu dan jagung), kuih seri muka bakar, kek red velvet cream cheese, popia, buah pisang, potongan buah mangga muda & pencicah kuah rojak Mak Bee.
Inilah nasi hujan panas, foto langsung dari tong nasi 😄. Teringat kali pertama saya makan nasi hujan panas ni semasa majlis perkahwinan adik ipar lebih 18 tahun lalu. Di lokasi yang sama sekarang ni, cuma rumah je dah bertukar binaan baru. Sejak itu saya suka makan nasi hujan panas.
Sedap semua hidangan yang tersedia. Terutamanya kuih seri muka bakar yang baru pertama kali saya makan. Tengok dari atas macam kuih bakar, tengok sisi barulah nampak rupa kuih seri muka. Lemak sedap dan lembut.
Balik PP malamnya kami dapat banyak bekalan makanan. Jadinya hari ini saya tak perlu memasak. Alhamdulillah.
Selain dapat bekalan makanan jamuan, kami juga bawa pulang dua kotak buah mangga Harumanis. Encik suami kirim beli sekotak daripada kawan adiknya, tapi adiknya tak mau terima bayaran. Siap diberi dua kotak mangga Harumanis pulak. Semoga murah rezeki adik ipar sekeluarga belanja kami makan mangga yang berbau harum dengan rasa lemak manis ini.
Untuk rekod, tahun ini rata-rata penjual di Perlis meletakkan harga RM25 / kg bagi mangga Harumanis. Di jual dalam kotak 2 kg atau 3 kg. Buah mangga Harumanis yang kami dapat kali ni dalam kotak 2 kg, ada 7 biji buah mangga di dalamnya.
Kebetulan masa kami datang semalam, ada sebiji buah kuini yang masak gugur ke tanah. Adik ipar beri kami untuk merasa. Harum semerbak kereta dengan aroma buah kuini, kalah bau mangga Harumanis 😄
Seingatnya dah lama kami tak makan buah kuini. Bila tengok blogger Puan Hazel buat sambal, teringin jugak kita nak menyambal. Tapi tadi siang kami makan begitu saja, mengenangkan dah lama tak makan buah kuini ni kan. Insya Allah lain kali kalau ada rezeki, kita buat sambal kuini pulak ya.
Bagaimana rasa buah kuini? Rasanya sedap manis dan sedikit bergas. Kulit kuini tebal, susah sedikit nak mengupasnya berbanding buah mangga.
Perjalanan kami pulang dari Perlis ke PP ditemani bulan purnama malam 16 Syawal. Kelihatan besar dan bersinar terang. Malam yang indah 😍. Segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh alam ini dengan aturan cukup sempurna.
Saya pun ikut terliur tengok buah kuinin. Sedap dibuat sambal, sudahlah harum manis pula rasanya.
ReplyDeleteTerpegun melihat gambar bulan dipagar awan . Cantiknya alam semesta ciptaan-Nya!
cantik nasi hujan panas nya...yang selalu jumpa, warna pudar je...Alhamdulillah, 2 kotak harumanis, puas makan..
ReplyDeleteTertarik tentang kuih seri muka bakar, bagaimana rupanya ye Puan?
ReplyDeleteSy ke Perlis baru² ni nak juga beli harumanis tapi dijual secara pek; 3 kotak/RM100. Kita cuma nak buat raso² jadi tak jadilah beli...
Rupa kuih seri muka bakar tu dari atas nampak sama macam kuih bakar pandan, tapi tak ada taburan bijan.
DeleteYelah, banyak sangat nak beli sampai 3 kotak 😅. Agaknya pasal nak kekalkan harga yang lebih kompetetif, penjual perlu jual kuantiti banyak. Tapi kesian la kat kita yang nak beli sikit.
Lapar terus baca post ni haha
ReplyDeleteSedap lihat nasi hujan panasnya walaupun saya baru pertama kali melihatnya,cantik sangat foto bulan purnama malam hari
ReplyDeletemeriah tu makanan. mangga yg jadi kegilaan ramai termasuk la kita ni.
ReplyDeletesedapnya menu iringan dengan nasi hujan panas tu, kira murahla kak kat sini orang jual rm35 sekilo harummanis tu. Dana pernah beli 1 kotak masam semua kak, terus serik nak beli huhuhuhu
ReplyDeletedah tengahari nampak pula nasi hujan panas terus perut berdendang syg..seri muka bakar mcm mana pula ye belum pernah jumpa ni
ReplyDeleteLama tak makan magga harumanis.
ReplyDeleteCantik gambar bulan terang.
Hehe abahpun ada dapat kiriman dari kawan di Perlis.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki adik ipar yang buat rumah berbuka dan belikan harumanis.
sy tinginnnn nak makan harumanis tp tu laa org x jual sebiji. kena beli byk. sy just nak rs je..
ReplyDeleteSedapnya harumanis.. lama dah x mkn
ReplyDeleteramai tgk pos pasal harum manis, kat status pun masing2 up
ReplyDeleterasaaa cam nk ke perlis la juga he hee
Penasaran rasa nasi hujan panas, unik namanya kak 👍. Kenapa dikasih nama hujan panas ya 😅.
ReplyDeleteKuini saya lebih suka kalap eibuat rujak serut, kalo di makan langsung Krn seratnya sering nyangkut di gigi 🤣🤣. Jadi susah dikit.
Naah kalo mangga harum manis baru lah fav juga di sini. Sayang belum musim nya