Biasanya ketika bersarapan atau minum petang di rumah, saya minum green tea jenama Ahmad Tea. Kira sedaplah di tekak saya minum green tea Ahmad Tea tanpa sebarang tambahan pemanis. Pernah cuba green tea jenama lain, tak kena selera saya.
Selain minum green tea, kadang-kala saya minum kopi O tanpa gula atau tambah sedikit gula. Sesekali nak lebih berasa di tekak, saya minum teh tarik 3 in 1 jenama Lipton atau BOH. Berbuih cantik, rasanya tak terlalu manis bagi saya.
Sejak tahun lepas pula, saya mula menambah pilihan minuman iaitu Mesh Stick Tea buatan Turkiye. Saya belum pernah ke negara tersebut, tapi terjumpa stick tea ni di sebuah pasaraya di sini (lupa pula apa nama pasaraya tersebut). Teringin nak mencuba, saya ambil sekotak Mesh Stick Tea - Wild Berry Tea.
Bulan lepas saya beli lagi, kali ni saya beli di Shopee je sebab dah cari di pasaraya berhampiran tak jumpa pulak. Selain membeli wild berry tea, saya cuba perisa lain iaitu pomegranate tea.
Pomegranate tea & wild berry tea. Harga semasa saya beli ni RM19.90 / kotak.
Setiap kotak terdapat 16 sticks dalam pek individu begini.
Wild berry tea. |
Cara bancuh - cuma tuangkan air panas, masukkan satu stick dan kacau stick beberapa minit. Tak perlu guna sudu sebab stick tu berfungsi seperti sudu. Biarkan beberapa minit lagi kalau suka bancuhan teh yang lebih pekat. Boleh juga tambah pemanis jika suka. Saya tak tambah pemanis.
Dah bosan minum green tea, sesekali tukarlah minum teh dari Turkiye ni. Aroma dan rasanya juga memenuhi cita rasa saya. Tapi kalau ditanya mana satu lebih sedap, saya lebih suka rasa wild berry tea. Bagi yang gemarkan rasa cengkih, mungkin lebih suka pomegranate tea.
Bagi yang nak mencuba, boleh buat carian di Shopee - ‘Mesh Stick Tea’. Ada pilihan perisa lain juga, antaranya ginger lemon tea, apple tea dan peppermint tea. Setakat ni saya cuma pernah mencuba dua perisa di atas saja. Info lanjut berkenaan produk ini boleh baca di laman web meshstick.com.
sedap rasa berry & delima....apple tea turkiye pernah minum, ole-ole kwn pejabat yg balik dari turki..
ReplyDeleteBagus idea ni, jadikan oleh-oleh dari sana.
DeleteSpecialnya teh dia. Pertama kali saya tengok mesh stick tea ni.
ReplyDeleteRasa special sebab dalam rupa mesh stick 😀
DeleteTeh nya turkiye memang sedap. Maret lalu saya ke turkiye dan beli beberapa jenis teh mereka. Sukaaa Trutama yg perisa buah kak.
ReplyDeleteTapi meshstick ini hanya bisa beli di shoppe yaa? Coba saya nak cari dari shoppee Indonesia juga. Semoga ada. Penasaran, apalagi sticknya bisa untuk pengaduk juga
Hanya ada di pasaraya tertentu. Lebih mudah search di Shopee. Semoga ada di Shopee Indonesia.
Deletemesti sedap bau dan rasa ada masam2
ReplyDeleteHa'ah Dana, ada masam2 sikit tu yang sedap kat akak.
DeletePernah rasa epal yang dari Turkiye tapi tiada stik jadi sudu. Aroma bau sedap.
ReplyDeleteTeh suka yang ada beri. Rasa masam manis, bau wangi itu yang boleh habiskan minum teh.
Saya ni tau teh tu dari daun teh je. Sekali cuba minum teh beri, eh lagi sedap minum 😀
DeleteWah...menarik.
ReplyDeletesaya suka teh yang aneka flavour ni..
Kebanyakan flavour saya suka ja kecuali jasmine...tak tau pasaipa taknboleh telan padahal saya suka ja mencium real bunga jasmin..
Ingat lagi entri mamaCella pasal teh jasmine. Sebab saya pun tak boleh minum teh tu 😄
Deletesaya pengermar kopi dan agak sukar untuk mencuba teh..sekali sekala nak juga teh tarik
ReplyDeleteSesekali boleh cuba, tukar selera.
DeleteMenariknya teh perisa berry.
ReplyDeleteBiasa minum teh rasa kelat sikit, kali ni tukar selera minum teh rasa masam sikit.
DeleteMari melawat Kak Ujie. Tak nak jemput ke minum teh ni sekali? Hehe
ReplyDeleteDah bancuh tu pun, jemputlah minum ya HJ 😁
DeleteSaya jarang minum teh..apalagi teh yang baraneka rasa..biasanya hanya teh tubruk atau teh celup saja😀
ReplyDeletePenggemar kopi ya? 😀
Delete