Monday 29 May 2023

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru

Memotret flora, fauna dan fungus di hutan menjadi terapi jiwa buat saya. Encik suami pun dah faham dan terpaksa bersabar sebab banyak kali kami berhenti di trek. Tapi kadang tu kalau dia dah terlampau letih, berubah jugaklah air mukanya bila saya kerap berhenti membelek dan memotret itu ini πŸ˜…. Masa tu saya akan kurangkan berhenti, kunci mulut dan jalan terus. Bukanlah saya tak rasa letih, tapi sebab saya sedang gembira berada dalam hutan menjadikan saya terlupa soal letih.

Berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya nak tulis ‘flora, fauna dan cendawan’. Tapi macam lebih sedap pulak bila ada tiga ‘F’ - flora, fauna & fungus. Cendawan merupakan sejenis kulat atau fungus. Kiranya bolehlah saya letak tajuk 3F tu 😁

Jom kita belek foto-foto flora, fauna dan fungus yang saya temui sewaktu mendaki Bukit Juru di Pulau Pinang. Klik foto untuk paparan lebih jelas dan puas mata memandang.

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Entah apa nama pokok ini, berbuah agak lebat bergugusan. Kesemua buahnya berwarna seakan merah gelap. Pastinya ia bukanlah buah yang boleh dimakan kerana tak diambil oleh penghuni hutan ini (tupai dan monyet).

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Pertama kali saya temui benda gini. Tak tau nak panggil cendawan atau apa disebabkan rupanya yang berbeza berbanding rupa cendawan di batang pokok hidup yang pernah saya temui. Nampak macam ketumbuhan pada pokok.

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Ulat gonggok hutan bersaiz lebih besar dan panjang. Juga rama-rama bersaiz besar yang terbang di tepi trek. Saya berhenti untuk cubaan memotret, sedang elok dia pun datang dekat saya dan berhenti bergerak. Memang mintak difoto agaknya πŸ˜€

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Koleksi foto cendawan pelbagai rupa, warna dan saiz. Ada yang tumbuh di lantai hutan dan sebahagian besar yang lain tumbuh di dahan atau batang pokok.



Video berdurasi 1:00 minit.










16 comments:

  1. Cendawan biru tu rasa tak pernah jumpa... yg lain2 ada juga terlintas dlm memori, waktu kecik2 dulu... maklumlah membesar dalam hutan (kebun getah atas bukit :D)

    ReplyDelete
  2. kalau boleh makan mesti dah lama hilang ye buah tu kak, tp memang menggoda rupanya tu

    ReplyDelete
  3. Cantik"warna warni cendawaannya yaaπŸ˜€

    ReplyDelete
  4. subhanaullah
    keindahan alam yg sgt indah
    geram pula tgk buah pokok tu

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, cendawan beraneka jenis, warna & bentuk....cantikkk...sekali pandang mcm buah manggis pula..

    ReplyDelete
  6. Tengok cendawan biru tu teringat kartun The Smurfs

    ReplyDelete
  7. Cantik gambar-gambar yang Ujie ambil, lagi-lagi cendawan pelbagai bentuk dan rupa tu. Tajuk entri yang sangat sesuai. :)

    ReplyDelete
  8. wahhh..sesekali cuci mata tengok flora, fauna & fungus mmg terapi untuk mata, tenang untuk hati...

    ReplyDelete
  9. Subhanallah cantik nya ciptaan Allah

    ReplyDelete
  10. Cantik warna buah yang dipotret.
    Tengok macam cendawan rupanya. Pertama kali tengok ada warna hijau.

    ReplyDelete
  11. saya ingat yang purple tu anggur😁 tapi tu laa menarik sangat sebab tak pernah jumpa kan...

    ReplyDelete
  12. Indah alam ciptaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  13. wahhh indahnya alam flora fauna. sesuai sangat akak taruk tajuk Tiga F tu hehe

    ReplyDelete
  14. Seronoknya memotret. betullah tu kak, satu terapi. Yang faham je faham. Pantang nampak something mesti nak shoot kejap. Tajuk menarik dengan 3F. Good idea kak! Gambo pun lawa²

    ReplyDelete
  15. 4 tahun tinggal di Penang dulu, saya tak pernah tahu bukit juru nih πŸ˜…, taunya bukit bendera saja πŸ˜„.

    Tapi rasanya kalo nak trekking juli esok , ada anak2, tak yakin pula mereka kuat. Baguuus view dan banyak yg bisa dilihat ya kak. Saya jadi penasaran buah ungu tuh buah apa. Hewan2 hutan cerdik sungguh bisa tahu mana buah yang bisa mereka makan, mana yg tidak

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****