Monday, 15 May 2023

Enam Hari Enam Malam Ke Sana Sini

Minggu lalu merupakan antara minggu yang sibuk buat saya. Sibuk menemani encik suami mencari rezeki ke sana sini, juga aktiviti bersama keluarga di hujung minggu. Lewat petang hari Isnin 8 Mei lalu, kami berdua bergerak meninggalkan rumah di Pulau Pinang (PP). Alhamdulillah lewat petang semalam, hari Ahad 14 Mei kami selamat kembali.

Laluan dan persinggahan kami sepanjang enam hari enam malam :
A - bermula dari Simpang Ampat, PP
B - Ipoh, Perak (1 malam)
C - Gua Musang, Kelantan (2 malam)
D - Pajam, Negeri Sembilan (2 malam)
E - Yan, Kedah (1 malam)
F - kembali ke PP

* poin A tertutup dengan poin F sebab tempat yang sama.

Tengah rajin, saya catatkan terperinci begini. Siap tanda poin di peta 😀. Kalau tak rajin, langsung tak catat di blog. Lepas tu puaslah ‘memerah otak’ bila memerlukan maklumat tertentu.

Bandar Bentong, Pahang | 11 Mei 2023, 6.24 petang.

Musafir dari satu lokasi ke satu lokasi jauh begini membuat badan keletihan. Tambahan pula di bawah terik matahari kesan fenomena El Nino, mata jadi lebih letih dan badan mengalami dehidrasi. Bekalan ubatan terutamanya paracetamol dan bekalan vitamin C amatlah perlu. Nak minum air banyak, masalah pulak nak mencari tandas di laluan yang hanya ada hutan di kanan kiri jalan. Kalau pun jumpa tandas, agak susah nak dapat tandas yang bersih atau berada dalam keadaan baik. Itulah masalah utama saya sewaktu bermusafir jauh. Lain-lain hal insyaAllah boleh diatasi.




14 comments:

  1. Itulah saya perasan Puan Ujie macam sihat tiada demam, selsema atau batuk.
    Hehe sakan betul musafir tapi bagusnya boleh coret buat kenangan.
    Sayapun coret benda-benda kecil supaya apabila belek kembali akan ingat semula peristiwa tersebut. Bagus Puan Ujie tulis terperinci titik setiap tempat singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak sesekali demam, batuk. Tapi cepat-cepat makan ubat & vitamin, Alhamdulillah tak melarat.

      Betul, walaupun benda kecil tapi ia jadi sebahagian memori hidup. Seronok bila baca semula apa yang kita dah lalui.

      Delete
  2. tandas yg kotor mmg mencabar kann., kalo kat tempat terpencil biasa wak akan usaha cari surau atau mesjid., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok fikir nak masuk ke tak, kadang terpaksa masuk, kadang tangguh dulu hajat 😅

      Delete
  3. Itulah cabaran utama bila bermusafir... keadaan tandas awam di negara kita masih lagi mengecewakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Walaupun tandas RnR dilaluan bertol, selalu jugak jumpa tandas kotor/tak diselenggara. Kecewa.

      Delete
  4. Jauh juga perjalanan PP ..semoga selalu di beri kesehatan dan di mudahkan dalam mencari rizki...memang kalau pergi"harus sedia obat"an supaya ga pusing lagi mau cari "sayapun begitu 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih doanya ya.

      Mudah kalau sudah sedia, rasa tak sihat terus saja makan ubat dibawa.

      Delete
  5. Saya pulak bila travel, selalu kurang minum air, sebab takut kena berhenti pergi tandas selalu. Betul, tandas awam selalu tak bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...tandas jadi masalah yang tak dapat diatasi masa travel.

      Delete
  6. Tak sabar nak dengar ceritanya, terutama kehadiran ke Yan, Kedah :)
    Moga sihat² dan baik-baik selalu ye PU 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih doa puan.

      Hehe...pertama kali saya ke Yan.

      Delete
  7. betul, cabaran mencari tandas yg ok, kalau ikut highway, tandas di RnR selalunya bersih..jauh perjalanan dari utara ke timur, ke selatan naik semula ke utara...

    ReplyDelete
  8. Itulah antara dugaan sewaktu bermusafir.
    Masalah tandas memang berlaku di mana-mana.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****