Friday, 5 May 2023

Lepat Pulut Daun Kelapa

Selain ketupat, lepat merupakan antara hidangan wajib ada pada hari raya bagi masyarakat Jawa di kampung saya dan encik suami. Tetapi tahun demi tahun, bila orang-orang tua semakin uzur/tak larat dan orang muda tak menguasai kemahiran membuat lepat, akhirnya tiada lagi hidangan lepat pada hari raya di rumah keluarga kami.

Saya sendiri gagal mengingat bila kali terakhir keluarga saya bergotong-royong membuat lepat menjelang hari raya. Dah terlalu lama. Manakala di sebelah keluarga encik suami, seingat saya tiada lagi lepat sejak beberapa tahun terakhir ini.

Apa itu lepat? Ia sejenis makanan tradisi Jawa yang dibuat daripada beras pulut, dicampur kelapa parut dan garam. Tambah kacang merah jika nak buat lepat kacang merah. Semua bahan tadi digaul dan diletakkan dalam daun kelapa yang dibentukkan. Kemudian diikat dan direbus sama cara merebus ketupat, iaitu selama 3-4 jam.
 
Lepat atau ‘lepet’ dalam bahasa Jawa, biasanya dimakan bersama serunding kelapa. Nak tengok rupa serunding kelapa, ada dalam entri raya blogger Dana. Sama seperti lepat, serunding kelapa pun dah lama keluarga kami tak buat sendiri.

Lepat pulut dan ketupat nasi
Lepat dan ketupat di rumah mentua pada 1 Syawal lalu. Dibeli dari makcik yang masih meneruskan tradisi membuat lepat dan ketupat. Sebenarnya beli lepat saja, tapi diberi sekali ketupat. Dapatlah merasa ketupat berbungkus daun kelapa, kalau harapkan saya memang cuma makan ketupat berbungkus plastik jelah πŸ˜…

Lepat pulut daun kelapa
Lepat biasa diikat tali putih, manakala lepat kacang merah diikat tali kuning. Guna ikatan berbeza warna supaya senang nak beza mana satu lepat biasa dan lepat kacang merah. Saya suka lepat biasa, encik suami pula suka lepat kacang merah.

Lepat pulut daun kelapa
Begini rupa setelah dipotong. Ni lepat kacang merah, ada kacang merah di dalamnya. Lepat ni biasanya dipotong dua serong begini untuk mudah makan. Kemudian barulah dibuka ikatan dan bungkusan daun kelapa.

Saya pernah mencatatkan berkenaan lepat dan pembuatannya dalam entri terdahulu, boleh baca DI SINI dan DI SINI. Sayang sekali masa tu saya tak merakam banyak foto dan tak rekod video, sekadar coretan pendek berkenaan lepat. 






28 comments:

  1. cara lipatan bungkusan lebih kurang kuih lepat...pertama kali saya tengok ni kak,unik&pelbagai makanan raya kita sbnrnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nampak sama, tapi sebenarnya berbeza. Bungkus lepat pisang mudah saja sebab guna daun pisang lebar. Untuk lepat pulut, kita guna sehelai daun kelapa muda yang dibentuk jadi kelongsong untuk isi beras pulut.

      Delete
  2. waaahhh unik lepat pulut. 1st time baca hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah...saya yang Jawa ni pun dah lama tak buat, macam manalah orang bukan Jawa nak tau makanan tradisi Jawa πŸ˜…

      Delete
  3. Saya lagi la tak pernah jumpa lepat pulut ni. Kalau dimakan dengan serunding kelapa, mesti sedap. Rasa dia ada macam pulut panggang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Nur. Cara proses dan pembungkusan berbeza, jadi hasilnya tekstur pulut dan aroma berbeza.

      Delete
  4. Oh.. bentuknya mcm lepat pisang

    ReplyDelete
  5. Di kampung saya pula orang kampung buat lepat kacang merah, ada lepat kacang hijau dan lepat campur udang kering. Tapi itu dulu, waktu saya kecil. Sekarang .... hanya tinggal kenangan. Saya pun tidak mewarisi kemahiran membuat lepat @ lepet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi banyak variasi lepat di kampung kak Amie πŸ‘

      Delete
  6. kan bila org2 lama dah xda makin payah jumpa mknan tradisi dulu2
    rinduuu la skrg dgn mnknan dulu2
    ketupat daun nyor pun kalau kg ciknur guna pulut berlemak

    ReplyDelete
  7. tahun ni dana tak rasa pun lagi lepat pulut tu, tapi dana tak suka yang ada isi kacang kak dana suka yang kosong je. Cicah lak dengan rendan dan seruding kelapa... aduh sedapnya

    ReplyDelete
  8. Unce pernah jumpa orang nama Lepat...
    Sini... https://blogbeginsatforty.blogspot.com/2022/03/march-8-2022.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau orang nama pena Lepat je, seorang pelukis.

      Delete
  9. Kalau lepat di sini dibungkus daun pisang mbk, tapi entah kenapa di keluarga saya udah jarang yang bikin lepat, mungkin karena embah sudah tua dan yang masih muda malas untuk bikin ya, karena memang lama. Nah pas saya ke rumah mertua kemarin disana bener bener semua nya pada bikin lepat dan ketupat, beda banget sama di kampung sendiriπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita itulah yang masih muda tapi malas bikin πŸ˜…

      Delete
  10. Pertama kali sy tahu akan kewujudan lepat pulut dan kacang merah ni .. di Kedah kami ada lepat liat, tp bukan juadah raya..
    Harap ada yg mewarisi kemahiran menyediakannya agar tidak luput begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sekali generasi kami anak-anak (di kedua-dua belah keluarga), tak ada yang rajin nak menguasi kemahiran buat lepat. Agak leceh proses nak membentuk daun kelapa, mrmbungkus campuran beras pulut dan perlu rebus berjam lama.

      Delete
  11. jamni jarang dh nk nmpk ketupat daun kelapa muda., nasi impit dlm plastik je., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya wak. Saya sendiri tak tekun nak anyam kelongsong ketupat. Apa lagi lepas tu nak direbus lama πŸ˜…

      Delete
  12. Ya betul sekali lepat terbuat dari ketan dan kelapa dan ada kacang merah didalamnya...bungkusnya di buat dari daun kelapa /janur yg di lilit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga ya?
      Ya iyalah, kita satu rumpun πŸ˜€

      Delete
  13. pertama kali tengok lepat pulut juadah hari raya...lebih kurang burasak, makanan org Bugis...sekrg ramai yg rebus ketupat guna pressure cooker, cepat sikit masak..hihi..

    ReplyDelete
  14. Baru tahu pasal lepat pulut. Rasanya belum pernah jumpa dan makan.

    ReplyDelete
  15. tak penah mkn. penah tgk gmbr je😁 tp kalau jual ni satu berapa? RM1?

    ReplyDelete
  16. Ya ampuuun kak ujie, rindu nya saya dengan lepet 😍😍😍. Mama sering bikin, sampai sekarang pun masih. Tapi karena mama di Medan, sementara saya jakarta, jadi jarang lah coba kue ini. Hanya kalau saya ke Medan baru bisa minta mama untuk bikin. Saya sendiri tak jago lah buatnya πŸ˜„

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****