Friday 26 May 2023

Pendakian Bukit Juru | Puncak IOI

Pada hari Sabtu 20 Mei 2023, saya dan encik suami sekali lagi melakukan pendakian di Bukit Juru. Kali pertama kami mendaki Bukit Juru sekitar bulan Februari lalu. Tetapi pada masa tersebut kami tak menjelajah sehingga ke puncak IOI.

Kiranya di Bukit Juru terdapat tiga puncak atau viewpoint. Kami dah pergi dua darinya pada pendakian lepas, dan kali ini kami akan ke puncak satu lagi yang dikenali sebagai IOI. Tertanya-tanya jugak saya apa itu IOI?

Cara ke Bukit Juru, foto permulaan laluan pendakian (trailhead) dan foto laluan bertangga di awal pendakian, semuanya itu ada dalam entri DI SINI. Tak perlu saya catatkan sekali lagi. Kita terus ke foto dan cerita bermula di simpang pertama.

Jumpa simpang pertama. Ambil kiri ke IOI.
Setelah mendaki anak tangga yang cukup memenatkan, kami tiba di persimpangan pertama. Dalam pendakian sebelum ini, kami ambil jalan ke kanan (ada dua puncak atau viewpoint di situ). Jadinya kali ini kami nak cuba laluan ke kiri pula, menuju ke puncak IOI.

Mendaki dengan ‘berjalan itik’ di sini.
Nampaknya trek di sini agak kurang dilalui orang. Ada yang dah dihalang dengan pokok tumbang (kami jalan di tepi) dan ada ketika kami perlu ‘berjalan itik’ bagi melepasi trek yang hampir tertutup dengan rimbunan ranting kering. Sebelum lalu tu, kita pastikan tak ada sebarang bahaya di sebalik timbunan dedaun kering di lantai hutan dengan menggunakan tongkat hiking (hiking stick / trekking pole). Itulah antara kegunaannya, bukan sebagai sokongan kaki dan lutut je.

‘Berjalan itik’ kalau di jalan rata mungkin tak begitu sukar, tapi sebab trek agak mendaki jadi susah jugaklah bagi orang yang tak biasa dan tak muda ni πŸ˜…. Pun begitu, ini tidaklah sesukar pengalaman saya sewaktu mendaki Gunung Stong di Kelantan, kami perlu merangkak di bawah rimbunan pokok buluh yang tumbang menghalang trek.

Simpang kedua, pilih kiri ke IOI.
Seterusnya kita akan berjumpa dengan persimpangan kedua. Seperti simpang pertama tadi, arah kanan membawa kepada puncak atau viewpoint yang sama. Ikut arah papan tanda ke kiri untuk trek menuju puncak IOI.

Setelah melalui trek yang perlu ‘berjalan itik’ tadi, menurut saya eloklah jangan pilih ke kiri semasa di simpang pertama. Teruskan saja ke kanan, menuju ke dua viewpoint dan teruskan perjalanan sehingga kita jumpa simpang kedua ni. Lebih mudah.

Trek ke IOI, sekejap lalu trek dengan pencahayaan suram sebab banyak pokok, sekejap lalu trek lapang cerah begini. Dari kedudukan ini, kita dah boleh nampak kawasan hutan dengan pokok tinggi di bahagian atas sana.

Di sinilah permulaan trek dengan suasana hutan yang saya gemari - ada pokok besar/tinggi. Kedudukan pokok rapat-rapat, menjadikan suasana di sini sangat redup dan kadang-kala cahayanya suram. 

Saya melangkah perlahan, menikmati keindahan hutan. Mendongak kepala menyaksikan keindahan kanopi hutan. Maha hebat Allah ❤️

Saya suka dan rasa sangat gembira melalui trek di sini. Aktiviti jalan-jalan dalam hutan yang membahagiakan! Kerap kali saya berhenti untuk memerhatikan suasana sekitar dan tumbuhan yang ada. Juga kadang-kala cuba menangkap pergerakan laju haiwan kecil di sebalik rimbunan daun. Beberapa kali saya nampak tupai dengan warna agak kehitaman melompat sana sini. 

Antara pokok besar yang ditemui di laluan menuju ke IOI.

Di laluan dengan batu besar.

Trek di sini agak landai, tapi tetap menuntut stamina yang baik untuk kaki terus melangkah.

Kami tiba di sini pada pukul 10.40 pagi.
Sampai di kawasan dengan pondok besar ni, maksudnya kita dah berada di puncak atau dikenali sebagai viewpoint IOI πŸ‘

Selain sebuah pondok besar, terdapat juga beberapa bangku konkrit tertera sumbangan IOI Oleochemical. Terjawablah persoalan saya tentang kenapa puncak ini dikenali sebagai IOI πŸ˜„

Siap ada alat senaman angkat berat tu! Kawasan di sini juga nampaknya ada yang menjaga sebab nampak ada alat penggaruk daun.

Panorama yang dapat disaksikan dari puncak bukit. Tidaklah begitu menarik, tetapi tak mengapa kerana tujuan saya ke sini hanya mahu menikmati suasana berjalan di dalam hutan. Dapat pemandangan puncak menarik, itu satu bonus.

Selepas berehat seketika, kami berpatah balik dengan melalui trek yang sama untuk kembali ke kaki bukit. Cuma bezanya, kami elak laluan ‘berjalan itik’ dengan memilih trek melalui dua buah viewpoint.

Terima kasih Allah atas izin dan kudrat dari-Nya dapatlah saya menikmati suasana hutan sejauh hampir 4 km! Terasa sangat jauh sebab dah lama tak masuk hutan dengan jarak begini. Memang terasa sangat penat dan badan bermandi peluh. Basah baju yang saya pakai, sampaikan bangku tempat saya duduk rehat pun terkena kesan basah peluh πŸ˜…

Data dari Samsung Watch saya. Letak sini untuk rujukan.

Saya rasa sangat bersyukur, akhirnya saya jumpa jugak suasana hutan yang saya suka dengan lokasi yang tak jauh dari rumah (sekitar 15 km). Mudahlah nak pergi bila saya rindukan suasana hutan. Treknya juga tak terlalu sukar, boleh dikira tahap sederhana. Cabaran utama pada pendakian anak tangga yang membuat degupan jantung saya meningkat sehingga 187 bpm! Kena perlahankan langkah kaki yang memang tak laju demi mengurangkan kadar degupan jantung. Jarang bersenam, gitulah jadinya.

InsyaAllah foto-foto flora, fauna dan fungus di Bukit Juru akan menyusul pada entri seterusnya 😊




16 comments:

  1. IOI macam nama durian hehe
    seronok ada pengalaman hiking kan kak,saya belum pernah merasa,ni Pia dah besar teringin juga nak ajak diaorang panjat anak bukit ke dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap durian IOI πŸ˜€

      Bolehlah try bawak Pia hiking cuti sekolah ni. Tak sampai puncak pun takpe, buat setakat mampu. Ambik pengalaman.

      Delete
  2. Rajin puan mendaki...
    Sabar sy baca satu persatu sbb nak tau kenapa namanya Puncak IOI: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab baca satu persatu 😁. Sejenis rajin jugak tu.

      Delete
  3. Subhanallah cantik. Hati berbunga-bunga dan rasa teruja apabila berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok & bahagia bagi orang yang suka hijau alam.

      Delete
  4. Best, dapat hiking dalam hutan. Aman tenteram rasa, kan. Banyaknya kalori burned Ujie. Tinggi juga, 197 meter elevation. Tahniah! πŸ’ͺπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur πŸ˜€
      Kat trek ni pulak memang jarang jumpa orang, aman sangatlah.

      Delete
  5. Walau lelah banget tapi saat sampai di atas lelahpun jadi hilang seperti memenangkan sebuah pertandinganπŸ˜€

    ReplyDelete
  6. Lama juga dah tak me daki.. Macam dah tak larat je. Duku-dulu ok lagi.. Sekarang nak bersenam pun dah malas.. Haha

    ReplyDelete
  7. Hebatnya Kak Ujie! πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» 4km tu bukan jarak yg pendek. Kalau saya agaknya baru 1km dah patah balik πŸ˜…

    ReplyDelete
  8. hiking
    rinduuu nak masuk utan tgk gambar2 disini
    tp xtau la mampu ke tak lg he hee

    ReplyDelete
  9. Wahhh, jarang bersenam tapi mampu mendaki, kagum sy!

    ReplyDelete
  10. suka suasana redup dlm hidup....bagus ada syarikat yg taja bangku2, unik sekali alat angkat berat tu...

    ReplyDelete
  11. nampak ioi saya ingatkan bukit ni belakang ioi mall😁😁

    sukaaaaaa suasana redup dan tenang mcm ni... rasa relaks sangat...

    ReplyDelete
  12. Kalau Juru ni saya ingat tol Juru je sebab mas study Penang dulu asal sampai tol Juru dekat nak sampai dah tu. Trail ni nampak terang dan bersih. Jalan itik tu rare betul. Paling suka trail lantai. Nampak tempat rehat mesti nak rehat. Bagus juga ada penjaga tengok² kawasan biar elok bersih dan selamat. Tahniah kak berjaya sampai ke puncak. Saya tak boleh dah. Pewai dan mesti banyak stop. huhu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****