Memerhatikan tumbuh-tumbuhan hutan merupakan antara perkara yang saya suka lakukan apabila masuk ke hutan. Ianya bagai satu terapi diri apabila dapat menemui, memerhati dan memotret tumbuhan yang menarik pada pandangan mata saya. Tersenyum bahagia gitu. Mungkin encik suami yang kurang bahagia, sebab saya kerap berhenti membelek itu ini. Hehe…
Saya abadikan di blog ini foto-foto flora yang sempat saya rakamkan sepanjang pendakian di Bukit Jambul, Bayan Lepas pada 31 Ogos lalu :
Entah bunga atau buah, cantik berwarna merah menyerlah di kehijauan hutan.
Ada dua perkara yang menarik perhatian saya - dedaun yang memanjat batang pokok dan tekstur kulit batang pokok itu sendiri.
Anak pokok dengan daun berwarna putih.
Walaupun dah kering begini, tetap menarik pada pandangan saya.
Cendawan - subjek fotografi yang cukup menarik kerana kepelbagaian bentuk, saiz dan warnanya.
Cendawan bersaiz kecil. Cantik berwarna pink lembut. Agak sukar saya nak memotret kerana saiznya yang kecil dan terletak pada kedudukan yang agak tersorok.
Cendawan berwarna oren.
Cendawan kecil berwarna pink yang sangat cantik.
Fauna tak ada ke? Pastinya ada, cuma tak memunculkan diri. Kadang-kala terdengar bunyi dahan pokok bergoyang. Tapi bila saya pandang atas, tak kelihatan empunya diri. Ada juga sekali tu saya hampir terpijak seekor ulat bulu bersaiz besar berwarna kelabu gelap, terkejut saya. Mujur tak menjerit. Haha…
Subhanallah, cantik belaka ciptaan Allah SWT.
ReplyDeleteLawa2 semua gambar
ReplyDeleteFlora2 yang unik
ReplyDeletekalau kat lembah klang ni kena pergi floria putrajaya lah .. itupun event setahun sekali... hehe
ReplyDelete🥰 yg jarang jumpa ni. Fauna alam semulajadi
ReplyDeletekak Ujie happy, rasanya suami akak pun happy jugak. mungkin saja tak tunjuk. hehe
ReplyDeleteTidak pernah tengok cendawan atau kulat berwarna-warni yang Puan Ujie potretkan.
ReplyDeleteHehe kalau saya tidak harap terserempak dengan fauna. Takut sedikit.
Samalah kita, PH pun suka ambil gambar sebegini ..mcm wildflowers ke, pun ambil gambar. Cantik sebenarnya tumbuhan2 kecil & liar ni.
ReplyDeleteCantik gambar Ujie ambil. Jelas. Ujie guna camera DSLR ke, atau henpon?
ReplyDeleteTerima kasih kepada teknologi. Hehe
DeleteSaya guna henpon Samsung.
SubhanaAllah.. Cantik sungguh citaan yang maha Kuasa..
ReplyDeletePandai sis membidik gambar..
cantik...pelbagai jenis cendawan...
ReplyDeleteCiptaan Tuhan cantik sekali
ReplyDelete