Orang lain dah lebih awal (malah berkali-kali) menghadiri kenduri kahwin, saya dan encik suami pula baru pertama kali menghadiri kenduri kahwin selepas pandemik COVID-19. Kasihan sungguh. Haha…
Maklumlah, kami pun masih baru menetap di PP ni - berpindah sewaktu PKP Fasa 1. Tak ada keluarga mahupun saudara-mara di sini. Jadinya memang tak dapat undangan ke majlis perkahwinan di sini. Undangan dari keluarga, saudara-mara dan kenalan yang jauh nun di KL atau Johor tu pula, tak dapatlah kami penuhi.
Majlis perkahwinan berlangsung semalam - hari Sabtu. Diadakan di sebuah dewan.
Foto suasana di dalam dewan. Kami hadir atas undangan pengantin perempuan, rakan sekerja encik suami. Ada juga foto kami bersama pasangan mempelai, tapi pada kamera juru gambar.
Selain menu utama nasi, saya sempatlah merasa roti puri dan kuah kari, dadih, bubur kacang dan kuih bakar. Sedap semuanya. Tiada foto makanan dirakam, kita fokus makan saja. Hehe…
Alhamdulillah. Ini juga merupakan kali pertama kami menghadiri majlis perkahwinan di PP. Sebab tu saya perlu catatkan di blog sebagai satu memori.
Selepas itu, kami terus ke AEON Mall BM untuk membeli barang keperluan. Perkara yang sangat jarang berlaku - saya berjalan ke hulu ke hilir dengan baju kurung dan kasut cantik! Biasanya saya lebih selesa memakai baju blaus, seluar slack dan kasut Skechers untuk ke mana-mana. Syukur kasut cantik tersebut masih muat dan tak rosak setelah lama tidak dipakai (sekurang-kurangnya selama 2 tahun 6 bulan). Baju kurung tu ada juga dipakai sewaktu hari raya.
mana gmbr baju kurung dan kasut yg chantek tu cikkak ujie., ;p
ReplyDeleteps. wak dh tukar blog lain ye cikkak ujie, leh update link ;p
Hehe...saja je cakap cantik, pasal sesekali je pakai kann..
DeleteOk Wak, dah update link. Patutlah tak boleh bukak link blog sebelum ni.
Wah, specialnya kenduri dia. Roti puri pun ada. Sedap tu! :)
ReplyDeleteMemang sangat sedap 😋
DeleteMemang patut coretkan sebab pertama kali hadiri kenduri kahwin PP dengan makanan dan suasana berbeza.
ReplyDeleteHarap lepas itu banyak jemputan di sekitarnya.
InsyaAllah 😀
DeleteUncle dah berkali2 dah.... :D
ReplyDeleteItulah...saya lambat 😁
Delete2 tahun 6 bulan tu lama gak. Kasut jaman now cepat betul rosak
ReplyDeleteMula tu risau jugak kot dah rosak, lega tengok elok je. Selamat tak payah beli lain 😅
DeleteNak juga tengok kasut cntik tu puan :p
ReplyDeleteKasut biasa2 je PH, bukan runcing depan, tumit tinggi pun 😄
DeleteSedap2 menu kenduri kawen skrg ni kan Mcm2 pilihan.
ReplyDeletealhamdulillah rezeki .
Saya dah 3x pergi ke wedding lepas pandemik, yg 1st anak Sislin di JB, kedua kawan baik saya, dan ketiga adik kawan satu ofis dulu.
ReplyDeletememacam menu nya ye kak....
ReplyDeleteRindu lauk kenduri
ReplyDeletemcm2 juadah sampingan..roti puri + kari,,,sedapnya..
ReplyDelete