Masih lagi catatan kisah di awal bulan September sewaktu ahli keluarga encik suami berkumpul di Besut, Terengganu.
Hari Ahad iaitu hari terakhir berkumpul, kami makan tengah hari di Aji Aji Seafood yang terletak di Jerteh. Malam sebelumnya ada juga keluar makan bersama, tapi masa tu ada ahli keluarga yang belum tiba di Terengganu dan ada yang masih di asrama.
Susah nak dapat keluar makan bersama seluruh ahli keluarga begini.
Keseluruhan ahli keluarga besar ada 19 orang termasuk mak mentua. Tapi ada seorang biras saya yang tak dapat ikut serta. Jadinya kehadiran 18 orang.
Tempahan awal sudah dibuat. Jadinya tak perlu lama menunggu makanan.
Sotong goreng tepung yang rangup di luar, lembut di dalam. Sebelahnya tu tomyam putih. Semuanya ada dua set hidangan. Ada beberapa lauk lagi yang tak diambil fotonya.
Budak kecil yang menjadi latar belakang foto ikan ni sedang mengantuk. Selepas makan beberapa suap, matanya terpejam-pejam. Akhirnya tidur dengan bersandar di kerusi. Hehe…
Pilihan air sirap dan air oren.
Alhamdulillah, semuanya memuaskan selera dan habis di makan. Selesa makan di restoran Aji Aji Seafood ni. Lengkap ada tandas dan surau. Tambahan pula masa kami makan ni tak begitu ramai pelanggan, dapatlah menikmati makanan dalam suasana yang tenang.
Esok paginya, masing-masing bergerak pulang. Satu keluarga ke Perlis, satu keluarga lagi ke Selangor dan keluarga kecil kami ke Pulau Pinang. Mak mentua pula nak bertukar angin, nak tinggal sekejap bersama keluarga adik ipar di Besut. Asyik tengok sawit di Johor, kali ni tengok pantai pula. Dan semakin aktif. Lepas beberapa hari di sana, mak mentua sekali lagi ikut mendaki Bukit Keluang. Tu diaa…sungguh saya tak sangka.
Sedapnya sotong goreng tepung tu. Mesti rangup & manis2 rasanya. Alhamdulillah ramai yg dtg berkumpul walaupun dari jauh.
ReplyDeletesedapnya menu tu kak, lagi lah ikan yang ternganga tu, seafood mesti fresh tu
ReplyDeleteComel je si kecik yg tertidur tu hihi...
ReplyDeleteWah, ibu mertua puan mcm mertua saya juga, kekal aktif di usia sebegini 👍
meriahnyer., ;p
ReplyDeleteSeronok makan ramai. Apapun makanan habis makan tanda sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah mak mertua masih sihat. Hehe tukar-tukar lokasi.
Alhamdulillah, dapat makan besar bersama keluarga besar.
ReplyDeleteHidangannya pun semua sedap belaka.
Hi Ujie...enjoi ya...
ReplyDeleteAlhamdulillah mak mertua kak Ujie masih sihat dan cergas. Sedapnya seafood Terengganu. Eh rindu pulak
ReplyDeleteNampak menarik Sotong tepung tu..
ReplyDeleteKalau makan ramai-ramai macam ini memang best.. Kena tempah awal supaya tak lama menunggu kan..
seronok berkumpul ramai2...Alhamdulillah, mak mertua suka aktiviti hiking..
ReplyDeleteSama je warna sirap ngan oren tu....
ReplyDelete😄 yang oren tak masuk bergambar.
DeleteSeronok makan ramai2 mcm ni..
ReplyDeleteSeronok sesekali berkumpul dan makan bersama. Bukan senang nak lengkapkan satu family bila berjumpa.
ReplyDelete